STO 2.0 : Permohonan Temujanji Online Imigresen & Waktu Operasi Kaunter

STO TEMUJANJI IMIGRESEN
  • STO 2.0 : Cara Buat Temujanji Imigresen Online & Waktu Operasi Kaunter

STO 2.0 menawarkan perkhidmatan khas berkaitan dengan Pekerja Asing, Perkhidmatan Ekspatriat, Penguatkuasaan dan Perkhidmatan Visa & Pas dan perkhidmatan UTC.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang cara membuat permohonan temujanji online melalui STO 2.0 (Sistem Temujanji Online) Jabatan Imigresen Malaysia.

Apakah Sistem Temujanji Online (STO) Imigresen Malaysia?


Permohonan janji temu dalam tempoh PKP sebelum ini dilakukan melalui Sistem Temujanji Online (STO) di Portal STO 2.0 Imigresen Malaysia.

Perkhidmatan secara janji temu dilaksanakan bagi memastikan langkah pencegahan penularan pandemik COVID-19 dapat dipatuhi terutama dari aspek penjarakan fizikal serta mematuhi peraturan dan SOP yang telah ditetapkan.

Sistem Temujanji Online (STO) bagi permohonan dan pembaharuan pasport Malaysia dimansuhkan mulai 11 Mei 2022.

  • STO bagi urus niaga lain masih diteruskan seperti biasa.

Cara Mohon Temujanji Imigresen Online Melalui STO 2.0

  1. Sila layari laman web rasmi http://sto.imi.gov.my/sto/booking.php
  2. Isikan nama dan maklumat yang diperlukan dalam ruang yang disediakan
  3. Pilih cawangan dan masa untuk hadir ke kaunter
  4. Sila semak dan sahkan sebelum menghantar permohonan.
  5. Pemohon mesti mengisi semua maklumat dalam ruangan yang diperlukan.
  6. Maklumat tersebut termasuk Nama, No Kad Pengenalan / Pasport, Alamat Penuh, Alamat E-mel dan butiran maklumat lain. Jabatan Imigresen berhak untuk menolak mana-mana permohonan yang didapati tidak lengkap/tidak sah.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk MANUAL PENGGUNA DI PAUTAN BERIKUT: http://sto.imi.gov.my/sto/manual/sto_user_manual.pdf

Terma & Syarat

  1. Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, sila buat pilihan lain;
  2. Permohonan temujanji boleh dibuat seawal tiga(3) bulan sebelum tarikh temujanji dan tertakluk kepada kekosongan;
  3. Pilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Imigresen;
  4. Pemohon perlu berada di pejabat Imigresen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu temujanji. Pihak Imigresen berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya lewat;
  5. Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat;
  6. Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temujanji;
  7. Notifikasi butiran temujanji akan diemel kepada pemohon, sila cetak dan bawa semasa temujanji.
  8. Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem. Jabatan Imigresen berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan.
  9. URUSAN PEMBAYARAN ADALAH SECARA E-PAYMENT MENGGUNAKAN KAD ATM/DEBIT ATAU KAD KREDIT.
  10. Sila rujuk laman web rasmi jabatan di www.imi.gov.my untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan.

WAKTU OPERASI PEJABAT IMIGRESEN

  • Semua pejabat pengeluar pasport di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan Melaka akan beroperasi pada hari Sabtu mulai 8 pagi hingga 1 petang bermula 14 Mei depan.
  • Waktu pengoperasian kaunter imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor Bahru juga dipanjangkan sehingga 10 malam bermula 16 Mei 2022.

WAKTU OPERASI UTC TEMUJANJI IMIGRESEN

Berikut adalah merupakan watu operasi Imigresen di UTC Iaitu:

SEMUA NEGERI SELAIN PERLIS, PAHANG, TERENGGANU DAN KEDAHPERLIS, PAHANG, TERENGGANU DAN KEDAH
Setiap HariSetiap Hari
8.00 Pagi – 7.00 Malam8.00 Pagi – 5.00 Petang
Hujung MingguHujung Minggu
8.00 Pagi – 5.00 Petang8.00 Pagi – 5.00 Petang

SOALAN LAZIM (FAQ) STO IMIGRESEN

Adakah tempahan temujanji ini boleh mengikut masa yang saya inginkan?

  • Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, sila buat pilihan lain.

Bagaimana sekiranya permohonan jatuh pada hari kelepasan Am?

  • Permohonan akan terbatal sekiranya tarikh temu janji jatuh pada tarikh cuti kelepasan am, cuti peristiwa atau cuti yang diumumkan oleh kerajaan secara mengejut dan permohonan baharu perlu dibuat semula

Adakah boleh menggunakan tunai semasa pembayaran?

  • Urusan pembayaran adalah secara e-payment menggunakan kad atm/debit atau kad kredit.

Maklumat Lanjut STO Temujanji Imigresen Online


Untuk sebarang pertanyaan, sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) http://eapp.imi.gov.my/spo bagi mendapatkan sebarang informasi mengenai Jabatan Imigresen Malaysia.

ATAU

Rujuk Soalan Lazim / Frequently Asked Questions (FAQs) http://sto.imi.gov.my/sto/faq_sto.php

ATAU

Hubungi talian Hotline di 03-88882010 dan 03-80008000.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Jabatan Imigresen Malaysia di https://www.imi.gov.my atau portal yang berkaitan di bawah:

Portal Rekalibrasi : https://imigresen-online.imi.gov.my/myimms/main
Sistem Maid Online (SMO) : https://maid-online.imi.gov.my/maid/main
My Travel Pass : https://mtp.imi.gov.my/myTravelPass/main
ePLKS@JIM : https://imigresen-online.imi.gov.my/plks/main

ARTIKEL LAIN : SEMAK NO PLAT KENDERAAN TERKINI