EGUMIS: Wang Tak Dituntut (Semakan online 2023)

egumis wang tak dituntut

Apakah itu eGUMIS? eGUMIS adalah sistem semakan bagi memudahkan urusan transaksi dan semakan Wang Tak Dituntut (WTD) secara atas talian / online.). Sistem ini pada awalnya dijangka beroperasi pada suku tahun kedua, tahun 2018 namun ditangguhkan atas sebab tak dapat dielakkan. Bermula 1 Januari 2020, eGUMIS kini sudah boleh diakses sepenuhnya untuk menyemak WTD.

Apakah yang dimaksudkan dengan Wang Tak Dituntut? WTD ini adalah wang kepunyaan seseorang yang tidak bayar dalam tempoh setahun. Jumlah tersebut bergantung kepada akaun anda masing-masing.

Wang ini tidak dituntut oleh pemiliknya dalam satu tempoh yang telah ditetapkan.

Tahukah anda bahawa sehingga Mac 2023 yang lalu, sebanyak RM11bilion wang yang tidak dituntut diterima oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Semakan dibuat menggunakan nombor kad pengenalan (individu) atau nombor pendaftaran syarikat (syarikat).

Antaranya:

  1. Gaji / Upah / Komisen / eGaji
  2. Dividen
  3. .Tuntutan insuran yang telah diluluskan
  4. Simpanan tetap
  5. Deposit / Cagaran
  6. Keuntungan yang telah diisytiharkan
  7. Wang dalam akaun yang tak aktif selama 7 tahun
  8. Akaun Simpanan
  9. Akaun Semasa
  10. Simpanan Tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik)

Fungsi Portal eGumis

Portal eGUMIS menyediakan kemudahan seperti berikut

  • membuat bayaran serahan WTD melalui FPX;
  • memuatnaik Daftar WTD yang telah diencrypt secara atas talian;
  • menyemak status serahan WTD yang dikemukakan secara atas talian;
  • memuatturun resit serahan WTD;
  • memuatturun surat kuiri serahan WTD; dan
  • mengemaskini rekod syarikat/firma yang pernah didaftarkan dalam sistem Pendaftar WTD.
  • Individu dan syarikat/firma dibenarkan untuk membuat semakan WTD secara dalam talian melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat.

Terdapat kemudahan semakan WTD secara online disediakan oleh Pendaftar. Sila rujuk cara semakan di bawah:

Sistem eGUMIS ANM Login Online


Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telahpun melancarkan portal rasmi eGUMIS login untuk permudahkan orang ramai membuat semakan WTD secara online.

Berikut adalah cara untuk semak eGUMIS register:

1.Layari pautan berikut https://egumis.anm.gov.my/
2.Sila daftar secara online. Masukkan nama penuh, nombor kad pengenalan dan emel terkini anda.
3.Log Masuk portal menggunakan kata laluan yang telah di emel.
4.Tukar semula kata laluan anda.
5.Tekan pada “Klik Sini Untuk Carian Wang Tidak Dituntut” untuk semakan dan masukkan kad pengenalan anda.
6.Untuk makluman, sistem ini hanya boleh buat semakan sebanyak 2 kali sehari sahaja.

Semakan secara manual, anda perlu membaca panduan penuh di sini. Disana juga anda boleh memuat turun borang Wang Tak Dituntut sekiranya anda ingin membuat semakan secara manual.

Bagaimana Cara Mohon Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) Online?


Untuk membuat tuntutan secara dalam talian / online, sila ikut langkah-langkah berikut:

1. Klik pada “Teruskan Dengan Permohonan”.
2. Tekan “Tambah Penerima” dan masukkan maklumat peribadi. Tekan “Simpan”.
3. Upload / muat naik dokumen sokongan pada bahagian “Mandatori”.
4. Sila tick pada kotak dan setuju dengan terma syarat. Pilih “Ya”.
5. Proses pembayaran akan dilaksanakan apabila dokumen anda telah “Disahkan”.
6. Tempoh pembayaran akan mengambil masa dan duit tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan.


Ramai telah menggunakan sistem eGUMIS. Ada yang berjaya dapat RM13,000, ada juga cuma mendapat RM20, RM50.

Artikel Lain : CARA UNTUK MENETAPKAN SEMULA KATA LALUAN SHOPEE

Proses Tuntutan WTD


Jika ada jumlah Wang Tak Dituntut, boleh buat Permohonan untuk dimasukkan ke dalam akaun bank kita yang terkini.

Permohonan tuntutan WTD layak untuk pihak-pihak berikut:

  • Empunya/pemilik WTD sendiri;
  • Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
  • pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan
  • Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap

Setelah membuat tuntutan, wang anda akan diproses dan biasanya mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk dikreditkan ke akaun bank yang dinyatakan dalam borang tuntutan.

Soalan Lazim FAQ

  1. Siapakah yang layak dapat WTD (Wang Tak Dituntut)?

Bayaran WTD perlu dibayar kepada mana-mana penerima yang dapat membuktikan bahawa beliau layak.

  1. Bagaimanakah cara untuk membuat semakaN online?

Anda hanya perlu daftar dalam Portal Rasmi. Sila ikuti langkah terperinci dalam website ini.

  1. Apakah dokumen yang perlu dimuat naik?

Dokumen sokongan perlu dimuat naik dalam portal eGUMIS untuk pengesahan.

  1. Adakah kemudahan permohonan tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) secara dalam talian disediakan oleh Pendaftar?
  • Ya, kemudahan permohonan tuntutan WTD secara dalam talian disediakan oleh Pendaftar melalui pautan portal berikut : https://egumis.anm.gov.my/
  • Borang Permohonan Tuntutan dalam talian boleh dilengkapkan setelah proses semakan WTD dan pengguna eGUMIS boleh membuat pilihan rekod WTD yang ingin dituntut.
  • Pemohon dikehendaki memuat naik dokumen sokongan yang berkaitan bagi tujuan mengemukakan Borang Permohonan Tuntutan Bayaran Balik WTD.
  1. Siapakah yang boleh membuat permohonan tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD)?
    Permohonan tuntutan dibenarkan kepada pihak-pihak berikut:
  • (a) Empunya/pemilik WTD sendiri;
    (b) Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
  • (c) pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan
    (d) Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
  • (e) Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap

Soalan Lazim FAQ EGUMIS WANG TAK DITUNTUT

  1. Bagaimanakah pengguna eGUMIS boleh membuat tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) secara dalam talian?
    Pengguna eGUMIS boleh membuat Tuntutan WTD secara dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:
  • Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
  • Langkah 2 : Klik pada ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu)
  • Langkah 3 : Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”
  • Langkah 4 : Klik pada “Tambah Penerima” untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian “Simpan”.
  • Langkah 5 : Muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”
  • Langkah 6 : Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutaN
  • Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DISAHKAN.
  • Langkah 7 : Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai egumis unclaimed money ini, sila hubungi :

03- 2056 8052
03- 2056 8053

Atau boleh terus pergi ke pejabat :

Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak,
50050 Kuala Lumpur