CARA REPORT KESALAHAN TRAFIK JPJ MELALUI Email/WhatsApp

REPORT KESALAHAN TRAFIK

Kesalahan trafik merupakan salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan dan kecelakaan di jalan raya. Antara kesalahan trafik tersebut termasuklah tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar yang boleh menyebabkan kecederaan bagi penumpang kenderaan atau penunggang motorsikal. Atas sebab itu peraturan jalan raya telah diwujudkan bagi membendung pengguna melakukan kesalahan trafik

Biasanya laporan kesalahan trafik atau dikenali sebagai saman akan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selain Polis Diraja Malaysia (PDRM). Saman akan dikeluarkan melalui beberapa cara seperti sekatan jalan raya, kamera Automated Enforcement System (AES) dan kamera Automated Awareness Safety System (AWAS). Kini selain daripada pihak berkuasa, orang awam juga boleh membuat aduan tentang kesalahan trafik yang dilakukan oleh pengguna jalan raya

Contoh Kesalahan Trafik Yang Boleh Dibuat Laporan

  1. Mengekori kereta hadapan dengan terlalu dekat
  2. Menyalahgunakan laluan lorong kecemasan
  3. Memotong barisan di jalan raya

CARA REPORT KESALAHAN TRAFIK JPJ

Sekiranya anda merakam kesalahan trafik, berikut adalah merupakan cara lapor:

Report Kesalahan Trafik Menggunakan Email

  1. Hantarkan laporan aduan melalui emel ke aduantrafik@jpj.gov.my
  2. Masukkan butiran pengadu seperti berikut:
    • Nama Penuh
    • No Kad Pengenalan
    • Alamat Surat Menyurat
    • Nombor Telefon
  3. Nyatakan butiran kesalahan sebagai bukti bersama maklumat berikut:
    • Laporan ringkas aduan
    • Jenis Kenderaan
    • Tarikh dan Masa
    • Nombor Pendaftaran Kenderaan
    • Tempat Kejadian
    • Salinan Foto, Video atau Dokumen Berkaitan
  4. Pihak JPJ akan mengeluarkan Notis 114 iaitu notis temu siasat pada pemilik kenderaan yang dilaporkan untuk memberi keterangan lanjut berhubung kesalahan yang dilakukan
  5. Sekiranya didapati bersalah, Notis P22 iaitu notis saman akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan terbabit

NOTA: Pastikan gambar atau video yang diambil adalah jelas. Pengaktifan location tags pada tetapan aplikasi kamera digalakkan bagi memudahkan mendapatkan rekod maklumat masa, tarikh dan lokasi yang lebih tepat

Report Kesalahan Trafik Menggunakan Whatsapp

  1. Whatsapp ke 013-4498997
  2. Nyatakan butiran kesalahan sebagai bukti bersama maklumat berikut:
    • Laporan ringkasan aduan
    • Tarikh / masa
    • Tempat kejadian
    • Jenis kenderaan
    • Nombor pendaftaran kenderaan
    • Salinan foto, video atau dokumen berkaitan
  3. Masukkan juga butiran pengadu seperti berikut:
    • Nama penuh
    • Alamat surat menyurat
    • Nombor kad pengenalan
    • Nombor telefon

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut,anda boleh layari facebook rasmi JPJ di pautan https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/

BACA JUGA : CARA CHECK SAMAN MELALUI SMS