Cara Semak Keputusan SPM ONLINE 2022

Semak Keputusan SPM

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan diumumkan secara rasmi pada 8 Jun 2023 (Khamis), jam 10 pagi.

Selepas sekurang-kurangnya 3 bulan sejak permulaan peperiksaan SPM 2022, sudah pasti calon-calon SPM serta ibu bapa merasa teruja (atau gementar) untuk menerima berita yang, mudah-mudahan, menggembirakan dalam bentuk kertas keputusan SPM 2022.

Oleh itu, kami telah menyediakan panduan langkah demi langkah yang jelas untuk membantu anda melakukan semakan keputusan SPM 2022 secara dalam talian atau online!

Keputusan ini boleh disemak secara atas talian tanpa hadir ke sekolah.

Cara Semak Keputusan SPM ONLINE 2022

Secara Hadir Ke Sekolah

  1. Pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi.
  2. Namun perlu diingatkan sistem tersebut bukan untuk cetakan slip keputusan peperiksaan. Pelajar masih perlu hadir ke sekolah bagi mendapatkan slip keputusan peperiksaan masing-masing.
  3. Untuk calon persendirian yang, contohnya, menduduk peperiksaan melalui penyertaan bersama Jabatan Pendidikan Negeri boleh menerima keputusan SPM 2022 melalui pos.

Secara Atas Talian

Semak secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2022 mulai pukul 10.00 pagi pada 08 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023; dan/atau

Slip keputusan penuh boleh dimuat turun selepas 4 hari pengumuman keputusan melalui pautan myresult3.moe.gov.my

Secara Pesanan Ringkas Atau SMS

Sama seperti kaedah dalam talian, sistem ini hanya boleh diakses di antara 8 Jun 2023, pukul 10 pagi ke 14 Jun 2023, pukul 6 petang.

Anda boleh memperoleh ringkasan keputusan SPM 2022 anda dengan menaip SPMNo.ICAngkaGiliran & hantar ke 15888.

Semak secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 08 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.

Soalan Lazim


Bagaimanakah semakan semula keputusan boleh dibuat?
Semakan semula keputusan boleh dibuat melalui laman web https://elp.moe.gov.my atau memuat turun aplikasi e-LP di Google Store atau Apple App Store.

Berapa lama tempoh permohonan semakan semula dibuka?
Tempoh semakan semula dibuka adalah selama 30 hari iaitu daripada 8 Jun 2023 sehingga 7 Julai 2023.

Berapakah kadar caj yang dikenakan bagi semakan semula?
Kadar caj yang dikenakan bagi semakan semula adalah RM100 bagi setiap subjek.

Bolehkah bayaran permohonan dibuat secara tunai?
Tidak. Bayaran penyemakan semula keputusan dibuat secara dalam talian sahaja.

Info Lanjut


Untuk info lanjut mengenai semakan semula keputusan SPM 2022, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/ atau https://elp.moe.gov.my/.

Artikel lain : PANDUAN PERMOHONAN GANTI SIJIL SPM HILANG