CARA PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN BAKTIDESA KPLB
TAHUKAH ANDA? Bantuan Pendidikan BAKTIDESA Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyediakan satu (1) mekanisme bantuan kewangan kepada pelajar / miskin tegar di LUAR BANDAR yang memohon untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan sebagai persediaan melanjutkan pelajaran.
Bantuan yang disediakan adalah berbentuk pemberian secara “one-off” sebagai persediaan untuk memasuki institusi pendidikan berkaitan yang diiktiraf seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Hariam / Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian ( Latihan / Pendidikan) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
- Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW dimulakan pada 21 Julai 2005 dengan tujuan untuk menyediakan satu (1) mekanisme bantuan kewangan kepada pelajar miskin/miskin tegar di LUAR BANDAR yang memohon untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan sebagai persediaan melanjutkan pelajaran.
- Bantuan yang disediakan adalah berbentuk pemberian secara “one off” sebagai persediaan untuk memasuki institusi pendidikan berkaitan yang telah diiktiraf seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM, Sekolah Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/Pendidikan) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Kadar bantuan bagi setiap peringkat pengajian adalah sepertimana di Jadual:
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PENDIDIKAN BAKTIDESA
Syarat-syarat yang melayakkan pelajar untuk memohon Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan belum berkahwin;
- Jumlah pendapatan keluarga pemohon adalah sepertimana yang tercatat pada Jadual Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 di bawah;
- Telah ditawar/diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Harian/ Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Institut Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara sepenuh masa;
- Kursus dan bidang latihan yang dijalani perlu mendapat pengiktirafan badan-badan Kerajaan seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), JPK atau badan-badan lain yang berkaitan; dan
- Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh surat tawaran diterima.
BORANG PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN BAKTIDESA
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN MUAT TURUN SYARAT PERMOHONAN
SENARAI DOKUMEN WAJIB BANTUAN PENDIDIKAN BAKTIDESA
Semua Salinan dokumen di bawah hanya boleh disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional [Gred 41 / Kumpulan A dan ke atas]) ATAU Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Sidang/MPKK/ Pengerusi JKKR/ Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/ Temenggong/ Kapitan/ Pemanca (Mukim kawasan tempat tinggal)/ Pengerusi Persatuan Penduduk/ Pengerusi JKKK/ Ahli Parlimen/ ADUN/ Pesuruhjaya Sumpah/Jaksa Pendamai
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon;.
- Salinan Surat Tawaran Masuk ke SBP/MRSM/ Sekolah Asrama Harian/Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam;
- Salinan Pengesahan Pendaftaran masuk ke SBP/MRSM/Sekolah harian/Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam;
- Salinan Penyata Pendapatan Bulanan/Slip gaji bulanan ayah/ibu atau waris/penjaga pemohon yang telah disahkan. Bagi pihak yang tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan/slip gaji, pengesahan pendapatan adalah daripada Penghulu, Pengerusi MPKK, Ketua Kampung atau individu yang berkaitan; dan
- Salinan muka hadapan Buku Akaun Bank/Penyata Ringkas Akaun Bank pemohon yang aktif. Akaun Tabung Haji (TH) dan Amanah Saham Nasional (ASB) adalah tidak diterima.
Borang permohonan rasmi berserta lampiran lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau perkhidmatan kurier kepada pihak urus setia AAB, KKDW di alamat seperti berikut:
UNTUK PENGHANTARAN BORANG & PERTANYAAN LANJUT
URUS SETIA AKAUN AMANAH BAKTIDESA KKDW,
Bahagian Korporat & Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah,
Aras 24, No 47,Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 PUTRAJAYA.
No. tel : 03-8891 2237/2225/2215
No. fax: 03-8888 2336
e-mel: baktidesa@rurallink.gov.my
ARTIKEL LAIN : SEMAK KELAYAKAN EKASIH 2023
Recent Comments