Permohonan Sijil SPM Hilang Atau Rosak (Online)

PANDUAN PERMOHONAN GANTI SIJIL SPM HILANG

PANDUAN PERMOHONAN GANTI SIJIL SPM HILANG ATAU ROSAK

Permohonan Sijil SPM Hilang .SIJIL SPM HILANG ?Sekiranya anda hilang sijil SPM kami boleh bagi panduan untuk mengantikan semula. Langkah ini melibatkan cara mendapatkan salinan dan terjemahan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Permohonan kerja kosong antara penyebab mengapa kita memerlukan dokumen pendidikan seperti Sijil Peperiksaan Malaysia , SPM. Terutama sekali memohon jawatan kerajaan. Amatlah penting untuk memastikan kita masih menyimpan dokumen asal tersebut dan bukannya slip.

Bagaimana untuk memohon salinan keputusan peperiksaan?
Permohonan salinan sijil boleh melalui tiga (3) kaedah iaitu:-
1. Secara terus ke Lembaga Peperiksaan (LP)
Pemohon boleh hadir sendiri ke kaunter sijil yang terletak di Lobi Utama, Aras Bawah, Blok E11, Lembaga Peperiksaan, Putrajaya dengan membawa bersama kad pengenalan diri dan salinan keputusan (jika ada).

2. Mewakili pihak ketiga (ibu bapa/suami/ isteri/anak)
Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat. Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon berserta salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan. Permohonan melalui orang perseorangan, agen atau syarikat tertentu tanpa Surat

Pelantikan Wakil tidak dibenarkan.

3. Permohonan melalui pos
Pemohon boleh membuat pemohonan melalui pos dengan cara menghantar Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1.06.

Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan Kad Pengenalan hendaklah dipos ke alamat yang tertera di dalam laman web LP. Pemohon digalakkan menyertakan sampul pos ekspress beralamat sendiri bagi tujuan penghantaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan.

Cara Mohon Salinan Keputusan & Terjemahan

  • Lawat laman web E-Lembaga Peperiksaan di https://elp.moe.gov.my/
  • Klik ‘bahagian Perkhidmatan’
  • Pilih Salinan Keputusan.
  • Pilih salinan keputusan yang anda inginkan sama ada SPM, STAM (Rumi), SPMU, SVM, MPV, MPAV, MCE, PMR, SRP dan LCE.
  • Kemudian isi No. Kad Pengenalan anda.
  • klik Papar Borang Permohonan.
  • Isi semua maklumat dan ;
  • klik MOHON.
  • Selepas membuat permohonan, semak status permohonan anda di laman utama.

*Caj akan dikenakan bagi setiap permohonan salinan keputusan dan terjemahan.

Tempoh Pengeluaran Salinan Sijil Keputusan

  • SPM pada atau selepas tahun 1994 – satu (1) jam.
  • SPM pada atau sebelum tahun 1993 – tujuh (7) hari masa bekerja.
  • PMR pada atau selepas tahun 1998 – satu (1) jam.
  • PMR pada atau sebelum tahun 1997 – tujuh (7) hari masa bekerja.
  • Lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, DLL) – tujuh (7) hari masa bekerja.

Sebarang pertanyaan dalam membuat permohonan, terus ke bahagian Pertanyaan & Aduan di https://elp.moe.gov.my/aduan

artikel lain semak keputusan spm 2021