SEMAK KWSP ONLINE i-AKAUN KWSP ONLINE: CARA DAFTAR, SEMAK PENYATA & MOHON PENGELUARAN

i-AKAUN KWSP ONLINE

KWSP telah memudahkan akses simpanan KWSP anda melalui i-Akaun KWSP Online bagi semua ahli. Melalui i-Akaun ini, kita boleh memantau transaksi caruman serta memohon e-Pengeluaran dengan lebih mudah.

Jadi, tak semestinya kita memohon pengeluaran RM10,000 daripada KWSP sebab KWSP membenarkan kita untuk membuat pelbagai jenis pengeluaran untuk membantu melegakan beban kewangan.

Di sini dikongsikan cara untuk mendaftar i-Akaun KWSP online dan diterangkan serba-sedikit tentang i-Lestari dan e-Pengeluaran.

Baca juga : PENGELUARAN AKAUN KWSP FLEKSIBEL

KENAPA PERLU DAFTAR i-Akaun KWSP?

i-Akaun KWSP adalah kemudahan yang membantu ahli KWSP menguruskan akaun dengan lebih mudah.

Dengan mendaftar, anda boleh melakukan semua urusan ini hanya di hujung jari:

  • Kemaskini profil peribadi
  • Semak status penamaan
  • Semak kelayakan pengeluaran
  • Daftar simpanan shariah
  • Semak penyata KWSP
  • Semak rekod caruman

CARA DAFTAR i-AKAUN KWSP ONLINE

Sebelum mengakses, anda perlu dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat / kios KWSP berdekatan.

Seterusnya anda hendaklah mengemaskini kata laluan baharu.

Diingatkan, anda perlu membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli) dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.

CARA AKTIFKAN i-AKAUN KWSP ONLINE

  1. Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun. *Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS
  2. Selepas anda setuju, anda perlu  pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.*Jika ID Pengguna tidak terpilih, ID sementara akan digunakan
  3. Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
  4. Log masuk dengan maklumat akaun baru anda dan kini anda bertanggungjawab terhadap simpanan KWSP anda.

PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN

anda  boleh memohon beberapa jenis e-Pengeluaran bagi tujuan tertentu sebelum berpencen atau sebelum berusia 55 tahun melalui i-Akaun KWSP online.

Antara e-Pengeluaran KWSP (sebahagian) yang dibenarkan adalah:

  1. Bina rumah – Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membina rumah
  2. Umur 50 tahun – Pengeluaran dari Akaun 2
  3. Perumahan fleksibel – Menggunakan Akaun KWSP untuk meningkatkan had kelayakan pinjaman
  4. Kesihatan – Pengeluaran dari Akaun 2 untuk menampung perbelanjaan perubatan atau perubatan
  5. Pendidikan – Pengeluaran dari Akaun 2 untuk pembiayaan pendidikan sendiri atau anak-anak
  6. Beli rumah – Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah
  7. Mengurangkan / menyelesaikan baki pinjaman perumahan – Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengurangkan / menyelesaikan baki perumahan
  8. Perumahan PR1MA – Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah PR1MA
  9. Ansuran bulanan pinjaman perumahan – Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membayar ansuran pinjaman perumahan
  10. Haji – Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengerjakan ibadah Haji
  11. Simpanan melebihi RM1 Juta – Kelonggaran untuk mengurus sendiri lebihan simpanan

Baca juga tentang CARA I-INVEST KWSP UNTUK LABUR ASB

MAKLUMAT LANJUT