PENGELUARAN SHOPEEPAY KE BANK
BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT PENGELUARAN DARIPADA SHOPPEPAY KE BANK?
Terkini Shopee amat dikenali serata dunia sebagai e-dagang terbesar kerana pelbagai barangan yang anda inginkan tersedian di dalam platform ini. Sudah semestinya anda sudah pun memiliki akaun Shopee.Tetapi pernah tak terjadi kepada anda, barangan yang dipesan atau rosak atau bermasalah, semestinya anda ingin refund kembali wang anda.
Wang refund tersebut akan masuk ke dalam akaun shopeepay anda. Semestinya anda ingin mengetahui cara keluarkan baki dalam akaun shopeepay anda ke dalam akaun bank. Jangan bimbang, kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat pengeluaran dari shopeepay anda ke akaun bank.
.
KENAPA PERLU BELI GUNA SHOPEE?
Semestinya anda ingin mengetahui kenapa anda perlu membeli di Shopee berbanding e-dagang yang lain kan. Antaranya ada beberapa sebab iaitu:
- Kepelbagaian produk pada harga yang sangat berpatutan.
- Setiap pembelian dilindungi oleh Shopee Guarantee di mana pembayaran anda disimpan oleh sistem kami dan hanya akan dibayar kepada penjual apabila anda menerima produk dalam keadaan yang baik.
- Kemudahan penghantaran percuma sehingga 5kg di Semenanjung Malaysia dan 1kg di Sabah dan Sarawak.
- Shopee Mall menyediakan produk-produk berjenama yang tulen pada harga yang sangat berpatutan.
- Kempen jualan yang memberikan anda diskaun harga yang hebat. 7.7 Orange Madness, 9.9 Super Shopping Day, 10.10 Brands Festival, 11.11 Big Sale, 12.12 Birthday Sale, Raya Sale dan Chinese New Year Sale memberikan anda produk-produk pada harga runtuh yang tidak terbanding.
CARA UNTUK MEMBUAT PENGELUARAN DARIPADA SHOPPEPAY KE BANK
Daftar Akaun Bank di Shopee
Untuk membuat pengeluran, semestinya anda daftarkan terlebih dahulu akan bank anda seperti berikut:
- Buka aplikasi Shopee (Android / IOS) di telefon pintar anda.
- Klik pada ikon ‘Me’ di bahagian bawah sekali.
- Klik butang ‘Log In’. Masukkan samada email/no telefon bimbit/username dan kata laluan yang telah didaftarkan. Klik butang ‘Log In’.
- Setelah berjaya masuk ke akaun Shopee anda, klik butang Setting dan klik butang ‘Bank Accounts / Cards’.
- Klik butang ‘Add Account Bank’ dan anda akan terus menerima satu kod verifikasi dari Shopee melalui SMS.
- Masukkan kod verifikasi tersebut dan klik butang ‘Verify’.
- Anda akan diminta untuk masukkan nama penuh anda, nombor akaun dan nama bank. Klik butang ‘Next’.
- Sekiranya semua maklumat akaun bank adalah betul dan tepat, klik butang ‘Done’.
- Anda akan menerima satu SMS dari Shopee yang akan memaklumkan akaun bank anda telah dikemaskini dalam akaun Shopee.
Membuat Pengeluaran Wang Melalui Shopee Wallet
- Buka aplikasi Shopee anda dan klik pada ‘My Wallet’.
- Wang terkumpul dalam akaun Shopee akan dipaparkan pada bahagian ini.
- Semak jumlah wang yang terdapat dalam Shopee Wallet.
- Klik butang ‘Withdraw’ bagi membuat pengeluaran.
- Masukkan jumlah pengeluaran yang diinginkan dan pastikan nombor akaun anda adalah betul dan tepat. Jumlah minimum pengeluaran yang dibenarkan adalah RM 1.00.
- Klik butang ‘Confirm’ sekiranya anda benar – benar telah pasti untuk membuat pengeluaran.
- Bagi melengkapkan proses pengeluaran, anda perlu memasukkan nombor PIN wallet anda. Sekiranya anda tidak mempunyai nombor PIN, maka proses pengeluaran wang tidak dapat diteruskan. Penggunaan PIN wallet ini sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang penipuan semasa transaksi pengeluaran.
- Setelah memasukkan nombor PIN wallet, klik butang ‘Confirm’ sebagai langkah terakhir proses pengeluaran.
- Skrin akan memaparkan semua maklumat berkaitan pengeluaran wang sebagai rujukan anda.
Artikel lain : CARA TETAPKAN SEMULA KATALALUAN SHOPEE
Trackbacks/Pingbacks