cara PERMOHONAN RAYUAN STR 2023 (TARIKH RAYUAN)

Seperti yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan
Menteri Kewangan, semasa membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan (2023)
pada 29 Mac 2023 di Dewan Negara, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 2 diawalkan kepada awal bulan April 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat
menjelang Aidilfitri.

Pembayaran STR Fasa 2 bernilai RM1.26 bilion kepada 8.7 juta golongan B40 akan
dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data
STR secara berperingkat mulai 5 April 2023 (Rabu).

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai
akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang
sama. Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di
Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 5 April 2023.

Dengan pembayaran ini, sejumlah RM2.93 bilion peruntukan STR telah dibayar kepada
golongan B40 pada tahun 2023.

Pembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 dan Fasa 4 akan dilaksanakan mengikut jadual yang
ditetapkan iaitu pada bulan Julai dan November tahun ini dengan mengambil kira
permohonan baharu/kemas kini STR yang diterima semasa tempoh permohonan dan
pengemaskinian.

Jika anda telah membuat semakan status kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dan keputusan permohonan STR anda adalah gagal,bagaimanakah cara untuk buat permohonan rayuan STR? Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat rayuan berdasarkan kod alasan yang diberikan, semoga membantu.

KELAYAKAN PERMOHONAN RAYUAN STR FASA 1


Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR Fasa 1 adalah:

  • Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR Fasa; atau
  • Pemohon yang berstatus Lulus STR Fasa 1 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

CARA BUAT PERMOHONAN RAYUAN STR FASA 1

Terdapat dua cara permohonan rayuan boleh dibuat.

  1. Melalui atas talian pada laman web MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx
    – login ke dalam sistem MySTR klik PermohonanRayuan.
  2. Penghantaran Borang Rayuan STR di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan).
    NOTA: Perlu diingat bahawa dokumen sokongan diperlukan semasa melakukan rayuan ianya bergantung kepada jenis kod tidak lulus anda.

SEMAKAN STATUS KELULUSAN RAYUAN STR FASA 1


Permohonan yang diluluskan akan menerima STR boleh membuat semakan status rayuan terkini boleh dibuat secara atas talian:

  1. Layari laman web rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx
  2. Masukkan no kad pengenalan anda
  3. Masukkan kod catcha yang tertera
  4. Tekan semak
  5. Status BKM anda akan terpapar:
    • Nombor Pengenalan Akaun dikredit
    • Nama Penerima
    • Fasa Pembayaran
    • Jumlah dikredit
    • Status Kredit
    • Nama Bank
    • Nombor Akaun Bank
  6. Maklumat permohonan dan status kelulusan rayuan anda akan dipaparkan.

TARIKH BAYARAN KELULUSAN RAYUAN STRA FASA 1


Pembayaran kelulusan rayuan STR akan dibuat bayaran pada (akan dikemaskini kemudian) ⠀

KAEDAH PEMBAYARAN RAYUAN STR


Pembayaran Rayuan STR adalah seperti berikut:

  1. Ada Akaun Bank
    – Pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan / dikemas kini mulai 20 September 2022 secara berperingkat
  2. Tiada Akaun Bank
    -Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 20 September 2022

KOD ALASAN TIDAK LULUS STR

Jika anda telah membuat semakan status STR ,akan dipaparkan alasan tidak lulus NKM melalui KOD TIDAK LULUS STR yang dinyatakan. Antara alasan TIDAK LULUS BKM adalah seperti berikut:

KOD TIDAK LULUS/ALASAN TIDAK LULUS

01 Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan

02 Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan

03 Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan\ data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan

04 Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi

05 Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan

06 Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang

07 Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa

08 Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000

09 Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500

10 Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi

11 Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian

12 Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad

13 Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad

14 Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian

15 Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

16 Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)

17 Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah / Pembelian Saham Hartanah yang melebihi RM500,000

18 Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi

19 Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian 20 Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi

21 Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain

22 Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain

23 Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain

24 Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain

25 Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain

26 Anak telah membuat permohonan lain

27 Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain

29 Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan

30 Pemohon berstatus Kahwin tetapi maklumat Pasangan tidak lengkap

31 Status Perkahwinan perlu pengesahan

32 Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan

33 Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan

34 Pasangan meninggal dunia

35 Anak meninggal dunia

36 Pendapatan perlu pengesahan

38 Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan

41 Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan

KETERANGAN STATUS TIDAK LULUS KATEGORI BUJANG (KOD 06).


Permohonan STR Fsa 1 saya tidak lulus kerana pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang (Kod 06). Apakah yang dimaksudkan dengan tidak melepasi syarat kelayakan berkenaan?

  • Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:
    – Berstatus pelajar pada tahun 2022/2023; atau
    – Berumur 19 tahun – 20 tahun dan bukan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Saya masih belajar dan Permohonan STR FAsa 1 saya adalah berstatus Tidak Lulus bagi Kategori Bujang (Kod 06). Adakah saya boleh membuat Permohonan Rayuan STR?
    -Pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk membuat Permohonan STR. Walau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa. Permohonan Rayuan BKM hanya dibenarkan sekiranya tamat pengajian sesi 2022/2023 atau sekiranya anda merupakan pelajar separuh masa. Maklumat dokumen sokongan yang perlu dikemukakan akan dimaklumkan kemudian.

PERMOHONAN RAYUAN STR TIDAK DIBENARKAN SECARA DALAM TALIAN

Berikut adalah permohonan rayuan yang tidak boleh dibuat secara online bagi kod TIDAK LULUS yang berikut:

KOD TIDAK LULUS/ALASAN TIDAK LULUS
19 Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi
21 Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
22 Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain
23 Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain
24 Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
25 Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain
26 Anak telah membuat permohonan lain
27 Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
NOTA: perlu kemukakan Rayuan ke Cawangan LHDNM yang berdekatan bersama Borang Rayuan STR yang lengkap dan dokumen sokongan (jika berkaitan) mulai (Akan dikemaskini kemudian)

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN STR FASA 1


Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat:

Secara dalam talian – mulai (akan dibuka pada masa akan datang). Secara borang kertas – mulai (akan dibuka pada masa akan datang).

  • tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

ARTIKEL LAIN : KEMASKINI STR FASA 1

SOALAN LAZIM (FAQ) RAYUAN STR


Saya gagal/tidak lulus STR boleh ke buat rayuan?

  • Ya boleh


Bilakah tarikh buka permohonan rayuan STR Fasa 1?

  • Akan dikemaskini kemudian


Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat mohon rayuan STR?

  • Rujuk alasan dan dokumen yang diperlukan untuk mohon rayuan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN CARA PERMOHONAN RAYUAN STR


Jika ingin maklumat lanjut & pertanyaan tentang BKM

Sila hubungi nombor hotline BLM di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

1-800-88-2747
Sila hubungi nombor hotline BKM di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:

03-8882 4565
03-8882 4566
Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

03- 89111000