CARA i-INVEST KWSP UNTUK LABUR ASB
i-Invest ialah sebuah platform atas talian di bawah Skim Pelaburan Ahli (SPA) KWSP yang menguruskan pelaburan ahli dalam dana unit amanah. Pelbagai perkhidmatan dengan fungsi perbandingan dan maklumat berguna untuk membantu ahli membuat perlaburan yang bijak.
Melalui i-Invest ini juga ahli boleh menikmati proses membuat keputusan yang lebih cekap dengan akses mudah dimana saja dan ditambah dengan caj perkhidmatan yang lebih rendah atau lebih tepat lagi kerana tiada pengunaan orang tengah iaitu ejen.
SYARAT I-INVEST KWSP UNTUK LABUR ASB
Berikut adalah merupakan syarat yang ditetapkan kepada ahli KWSP untuk menggunakan kemudahan ini:
- Ahli yang berumur kurang 55 tahun dan simpanan di Akaun 1 KWSP melebihi baki simpanan asas
- Ahli yang berumur 55 tahun/Akaun Emas
Nota: Ahli yang telah mengeluarkan keseluruhan baki KWSP ketika mencecah umur 55 tahun tidak layak menggunakan kemudahan ini. Namun begitu, ahli boleh melaksanakan kemudahan ini ketika mencecah umur 60 tahun (Akaun Emas).
JENSI TRANSAKSI i-INVEST KWSP
Berikut adalah merupakan jenis transaksi yang dibenarkan:
- Pembelian
- Penukaran tabung (switching)
- Jualan balik – sekiranya ahli menjual pelaburan unit amanah, ASNB akan mengembalikan semua jumlah jualan balik pelaburan kepada KWSP.
Nota: Transaksi penukaran tabung (switching) & jualan balik tidak ditawarkan bagi ahli KWSP yang berumur 55 tahun/Akaun Emas.
JUMLAH PELABURAN I-INVEST KWSP
Berikut adalah merupakan jumlah pelaburan yang ditetapkan:
TRANSAKSI | MINIMUM | MAKSIMUM |
Pembelian | RM1,000 | Berdasarkan had pelaburan di KWSP |
Penukaran (Switching) | RM0.01 | Berdasarkan baki terkini tabung unit amanah anda |
Jualan Balik | RM1.00 | Berdasarkan baki terkini tabung unit amanah anda |
SOALAN LAZIM (FAQ) i-INVEST KWSP
Sekiranya saya tiada akaun dengan mana-mana unit amanah ASNB, bolehkah saya melaksanakan i-Invest?
- Tidak boleh. Anda perlu hadir di mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB bagi mendaftar akaun unit amanah ASNB terlebih dahulu.
Saya telah melaksanakan proses pembelian unit amanah menerusi i-Invest tetapi mengapa rekod tersebut tidak dipaparkan di akaun portal myASNB dan i-Akaun (Ahli) KWSP?
- Transaksi pembelian hanya akan dipaparkan di akaun portal myASNB dan i-Akaun (Ahli) KWSP anda setelah ASNB menerima wang tersebut dari KWSP. Proses ini akan mengambil masa seperti berikut :-
Kekerapan pengeluaran yang dibenarkan untuk i-Invest?
- Tiada had kekerapan pengeluaran ditetapkan bagi ketiga-tiga jenis transaksi yang dibenarkan menerusi i-Akaun (Ahli) KWSP. Bagi transaksi pembelian, pengeluaran boleh dilaksanakan sehingga maksimum 25 tabung pada satu masa pengeluaran.
Baca juga tentang SEMAK WANG TAK DITUNTUT ONLINE (CHECK EGUMIS.ANM.GOV.MY)
Trackbacks/Pingbacks