CARA BAYAR PINJAMAN KERETA GUNA ONLINE BANKING
Kebanyakkan orang mesti memiliki sekurang-kurang sebuah kerata kan. Mungkin ada yang baru membeli kereta dan dah perlu start untuk buat bayaran pertama bulan ni. So dah boleh simpan duit siap-siap untuk bayar kereta pulak lepas ni.
Disini kami ingin kongsikan cara untuk bayar pinjaman/loan kenderaan (mostly kereta) secara online. So kepada sesiapa yang nak bayar pinjaman kereta secara online ni. Just follow beberapa langkah dibawah:
CARA BAYAR PINJAMAN KERETA/APA ITU PINJAMAN KERETA
Pinjaman atau loan kereta merupakan salah satu kategori pinjaman yang dilakukan oleh peminjam untuk melakukan tujuan pembelian kereta. so Peminjam perlu membayar balik pinjaman termasuk faedah kepada pemberi pinjaman (iaitu bank) secara ansuran dalam jangka masa tertentu. Kegagalan mematuhinya boleh mengakibatkan kenderaan anda ditarik balik oleh pihak institusi kewangan atau bank.
KADAR PINJAMAN KERETA
Setiap bank biasanya menawarkan kadar faedah pinjaman, jenis produk, fi dan caj yang berbeza. So, anda disarankan untuk membandingkan kadar faedah pinjaman yang dikenakan oleh sekurang-kurangnya tiga institusi kewangan yang berbeza sebelum membuat keputusan.
CARA BAYAR PINJAMAN KERETA MAYBANK
Sekiranya anda membuat loan kenderaan dengan Maybank, so anda harus daftarkan dahulu Online Banking Maybank anda. Berikut adalah cara pembayaran loan kenderaan:
- layari www.maybank2u.com.my
- Login akaun anda.
- Klik ‘Accounts & Banking’ > ‘Bill Payments’ > ‘Make a One-off Payment’
- Pilih ‘Maybank Loan & Hire Purchase’ > Klik ‘Continue’
- Pilih ‘Maybank Hire Purchase’ > Klik ‘Continue’
- Masukkan nombor pendaftaran kenderaan > Klik ‘Continue’
- Jika nombor pendaftaran kenderaan yang dimasukkan betul, nama peminjam akan tertera. Semak dan pastikan nama yang tertera adalah sama dengan nama peminjam > Klik ‘Continue’
- Masukkan jumlah yang nak/perlu dibayar > Klik ‘Continue’
- Klik ‘Request for TAC’ > Masukkan nombor TAC. Klik ‘Confirm’.
- Selesai pembayaran anda
CARA BAYAR -RHB BANK
Sekiranya anda membuat loan kenderaan dengan RHB Bank, so anda harus daftarkan dahulu Online Banking RHB Bank anda. so Berikut adalah cara pembayaran loan kenderaan:
- layari https://logon.rhbbank.com.sg/
- Login akaun anda.
- Pilih Billpay> Other Biller> Open Payment>
- Memasukkan OTP yang diterima
- Cari “RHB / RHBIB Auto Finance (HP)” klik Next
- Masukkan jumlah yang nak/perlu dibayar > Klik ‘Continue’
- Selesai pembayaran anda
CARA BAYAR- PUBLIC BANK
Sekiranya anda membuat loan kenderaan dengan Public Bank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking PBe Bank anda. Berikut adalah cara pembayaran loan kenderaan:
- layari https://www.pbebank.com/
- Login akaun anda.
- Pilih Payment
- Pilih PB Loan/Financing Payment
- Pilih pada To Other Account atau To Favourite Account
- Pilih From Account
- Masukkan Nombor Akaun loan/financing pada Beneficiary Account No
- Masukkan Beneficiary Name, Bank, dan Account No
- Masukkan Jumlah Amaun (RM) dan klik Next
- Klik Request PAC Now untuk dapatkan kod TAC. Masukkan kod TAC
- Sahkan butiran yang dimasukkan dan klik pada Confirm untuk menyelesaikan bayaran
CARA BAYAR PINJAMAN KERETA CIMB BANK
Sekiranya anda membuat loan kenderaan dengan CIMB Bank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking CIMB Bank anda. Berikut adalah cara pembayaran loan kenderaan:
- layari https://www.cimbclicks.com.my
- Login akaun anda.
- Pilih Pay & Transfer.
- Pilih Pay Loans & Cards.
- Masukkan nombor akaun pinjaman (Account Number)
- Pilih Account yang ingin digunakan untuk bayaran.
- Masukkan jumlah bayaran (Amount) dan Tanggal Bayaran (Payment Date)
- Semak butiran pembayaran dan klik Make Payment
CARA BAYAR PINJAMAN KERETA AM BANK
Sekiranya anda membuat loan kenderaan dengan AM Bank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking AM Bank anda. Berikut adalah cara pembayaran loan kenderaan:
- layari https://ambank.amonline.com.my
- Login akaun anda.
- Pilih Pay & Transfer.
- Pilih Pay Loans/Financing.
- Pilih From Account.
- Pilih Fav Account untuk membayar akaun masing-masing.
- Masukkan maklumat seperti Amaun, No Contract/no plat dan lain-lain, klik Next.
- Click Confirm, untuk selesaikan pembayaran
CARA BAYAR PINJAMAN KERETA AFFIN BANK
Sekiranya anda membuat loan kenderaan dengan Affin Bank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking Affin Bank anda. Berikut adalah cara pembayaran loan kenderaan:
- layari https://rib.affinonline.com/retail/
- Login akaun anda.
- Pilih menu My Accounts > Loan/Financing.
- Masukkan jumlah bayaran (Amount)
- Click Confirm, untuk selesaikan pembayaran.
Baca juga tentang CARA ISI BORANG POSLAJU ONLINE (E-KONSAINAN)
Trackbacks/Pingbacks