CARA BAYAR PINJAMAN PTPTN
![CARA BAYAR PINJAMAN PTPTN CARA BAYAR PINJAMAN PTPTN](https://www.sumberharian.com/wp-content/uploads/2022/07/CARA-BAYAR-PINJAMAN-PTPTN-1024x507.png)
Kebanyakkan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi seperti Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Master dan lain-lain peringkat pengajian semestinya akan membuat pinjaman PTPTN.
Ikuti artikel ini untuk mengetahetahui cara pembayaran pinjaman PTPTN.
MAKLUMAN POTONGAN GAJI BAYARAN PTPTN
- Pembayaran balik pinjaman bagi penjawat awam yang menerima pinjaman PTPTN telah diwajibkan untuk membuat pembayaran semula melalui potongan gaji mulai September 2015.
- Pihak PTPTN akan mengurusan untuk bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji dan tidak lagi melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
- Jadual Bayaran Balik (JBB) telah ditetapkan dan potongan gaji akan mengikut jadual tersebut.
- Potongan gaji adalah untuk bulanan semasa sahaja dan sebarang tunggakan perlu dijelaskan melalui kaedah lain
- Baki tempoh bayaran balik yang dibenarkan untuk permohonan potongan gaji ialah 6 bulan dan jumlah pinjaman minimum untuk permohonan potongan gaji adalah RM500.00
CARA BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN MELALUI POTONGAN GAJI
Berikut adalah merupakan cara membuat potongan balik pinjaman PTPTN melalui potongan gaji:
- Tindakan Peminjam
- Peminjam dikehendaki melengkapkan Borang Kebenaran Potong Gaji Bayaran Balik Pembiayaan Pendidikan PTPTN
- Borang bileh didapati di portal Rasmi PTPTN
- Serahkan borang di mana-mana cawangan PTPTN yang berhampiran.
- Tindakan Majikan
- Kemukakan data Borang Potongan Gaji PTPTN oleh Majikan yang lengkap mengandungi
- Maklumat Majikan
- Maklumat pembayaran
- Maklumat pekerja (No Kad pengenalan, Nama, Jumalah potongan, Nogaji/pekerja)
- Borang tersebut perlu dikemukakan kepada PTPTN dalan bentuk softcopy (Ms Excel) atau serahan tangan ke pejabat PTPTn berdekatan.
- Kemukakan data Borang Potongan Gaji PTPTN oleh Majikan yang lengkap mengandungi
- Tindakan Selanjutnya
- Pihak PTPTN akan kemaskini rekod potongan gaji ke dalam sistem.
- Pihak PTPTN akan kemukakan rekod potongan gaji baharu kepada majikan pada setiap akhir bulan (sekiranya ada)
- Majikan akan melakukan porongan Gaji.
- Majikan akan kemukakan data dan bayaran potongan Gaji kepada PTPTN sebelum 15 haribulan pada bulan berikutnya.
- PTPTN akan kemaskini maklumat pembayaran dan penyata peminjam.
- Peminjam boleh membuat semakan rekod bayaran balik yang telah dikemaskini di Penyata Pinjaman.
CARA BAYAR PINJAMAN PTPTN SECARA ONLINE
Terdapat tiga (3) bayaran balik secara online iaitu:
- Melalui Portal Rasmi PTPTN (FPX)
- Melalui portal rasmi bank ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN.
- Melalui MypayPTPTN (www.mygovmobile.malaysia.gov.my)
Ketahui juga tentang CARA BAYAR PINJAMAN KERETA GUNA ONLINE BANKING
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh hubungi:
- Talian khidmat pelanggan: 03 2193 3000
- Laman Rasmi PTPTN: https://www.ptptn.gov.my/
CARA BAYAR PINJAMAN PTPTN, CARA BAYAR PINJAMAN PTPTN SECARA ONLINE, CARA BAYAR PTPTN Melalui MypayPTPTN, CARA BAYAR PTPTN Melalui portal rasmi bank ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN., CARA BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN MELALUI POTONGAN GAJI, CARA BAYART PTPTN Melalui Portal Rasmi PTPTN (FPX), MAKLUMAN POTONGAN GAJI BAYARAN PTPTN
Trackbacks/Pingbacks