CARA PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN BUDI

Seharusnya bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.
Kini terdapat pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan BUDI yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan BUDI yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
KADAR BANTUAN KEWANGAN BUDI
Berikut adalah merupakan kadar bantuan yang diberikan kepada penerima yang layak iaitu:
- Peringkat Diploma/Asasi/Matrikulasi: RM1,500
- Peringkat Ijazah Sarjana Muda: RM2,000
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN BUDI
Kepada pemohon yang ingin membuat permohonan seharusnya menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Permohonan terbuka kepada pelajar/pemohon yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pangajian Tinggi Awam atau Swasta Tahun 2022 untuk kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semanjung Malaysia) dan diiktiraf oleh kerajaan.
- Pemohon mestilah warganegera Malaysia berasal dari Negeri Sabah dan berumur tidak lebih 25 tahun.
- Ibu dan bapa pemohon atau penjaga adalah tergolong dalam B40 dan M40.
- Pemohon telah mendapat pengesahan kemasukan ke IPT.
CARA PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN BUDI
Kepada pemohon yang berkelayakan yang ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari laman web permohonan BUDI dipautan https://budi.sabah.gov.my/
- Pada paparan utama, klik pada Permohonan
- Seterusnya klik pada Daftar yang berada di sebelah kanan paparan.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap, semak kembali maklumat anda dan klik pada Daftar.
- Setelah proses pendaftaran selesai, log masuk akaun anda kembali dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dengan tepat.
- Kemudian sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.
- Selesai
Baca juga tentang CARA BAYAR PINJAMAN PTPTN
Trackbacks/Pingbacks