Bantuan Keluarga Malaysia RM900 (Semakan Bayaran)
Tahukah anda, pengkreditan bayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia RM900 akan mula dilakukan bermula Bulan September Tahun 2022.
Bagi kategori isi rumah, bayaran adalah daripada RM200, RM300, RM400, RM500, RM600 dan RM700 bagi setiap keluarga dengan pendapatan isi rumah RM0 sehingga RM2,500 tertakluk kepada kategori umur.
Untuk makluman umum,bagi kategori isi rumah dengan pendapatan dari RM 2,501 sehingga RM 5,000 pula akan menerima bayaran sebanyak dari RM 100 dan RM 400 sahaja tertakluk pada kategori usia pemohon.
Manakala kepada kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT), bayaran yang akan diterima bermula daripada RM 600 sehingga RM 900 dengan jumlah tambahan yang mempunyai anak yang berjumlah RM 500. Bagi kategori bujang akan menerima bayaran sebanyak RM 150 pada bulan September nanti. Bantuan 1 Keluarga adalah merupakan 1 instumen dalam kerangka bantuan atau lebih dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Untuk bulan september, dijangka bantuan BKM akan mula disalurkan.
Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia RM900
1
- Bayaran dikreditkan bermula pada 28 Mac 2022 secara berperingkat dan 30 Mac 2022 secara tunai di cawangan BSN
2
- Bayaran dikreditkan bermula pada 27 Jun 2022 secara berperingkat begitu juga dengan bayaran tunai di cawangan BSN
3
- Bayaran dikreditkan bermula pernghujung Ogos atau awal September 2022
4
- Bayaran dikreditkan bermula pada Disember 2022
Berapakah Kadar BKM ?
Berikut disenaraikan kadar bantuan BKM yang diberikan mengikut golongan:
Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon
Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
>Bilangan anak 1-2: RM800
>Bilangan anak 3 ke atas: RM900
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
>Bilangan anak 1 hingga 2: RM600
>Bilangan anak 3 ke atas: RM600
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
Jumlah BKM Fasa-3: RM150
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
Jumlah BKM Fasa-3: RM150
Cara Semakan Status BKM Fasa-3
Berikut adalah cara untuk membuat semakan BKM:
- Log masuk ke bkm.hasil.gov.my
- Klik Semakan Status
- Paparan kelayakan akan ditunjukkan
- Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM Fasa-1 hingga Fasa-4, anda boleh layari bkm.hasil.gov.my
Jom Semak : Bantuan Kewangan Budi
Trackbacks/Pingbacks