CARA BUAT SEMAKAN STATUS EKASIH 2023 (PENDAFTARAN DAN PERMOHONAN BARU)
Bank Data Kemiskinan Nasional eKasih mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.
Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.
Ciri-ciri utama eKasih:
- Semakan status kemiskinan secara online
- Penyelarasan maklumat bantuan
- Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
- Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
- Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
- Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
Untuk pengetahuan anda, Sistem eKasih 2022 ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan di Malaysia.
Secara Ringkasnya, bantuan eKasih adalah untuk mereka yang merupakan golongan miskin tegar.
Apakah eKasih?
eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.
Melalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses boleh:
- Membuat semakan status kemiskinan secara online
- Menyelaraskan maklumat bantuan
- Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
- Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
- Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
- Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
Selain tujuan di atas, data eKasih juga akan digunakan untuk pemberian bantuan skim i-Suri KWSP sebanyak RM480 setahun seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2022.
CARA MOHON SEMAKAN STATUS EKASIH 2023
- ONLINE
- Sebagai maklumat anda, semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan yang dokiongsikan berikut:
- https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx
- MANUAL
- Jika anda tidak mempunyai kemudahan internet, anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.
Jenis Bantuan Yang Boleh Diterima Individu Yang Berdaftar Dengan e-Kasih
Pendaftaran e-Kasih akan mewujudkan nama seseorang dalam data kerajaan.
Melalui data ini, pendaftar layak untuk menerima beberapa jenis bantuan kerajaan contohnya:
- Program MyKasih
Pada tahun 2021 – Januari 2022, mereka yang tersenarai dalam data eKasih akan menerima bantuan RM100 sebulan untuk tempoh 3 bulan di bawah Program MyKasih. - Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Bantuan Keluarga Malaysia adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2022. - I-Suri (Insentif RM480 KWSP)
Surirumah yang berdaftar dengan e-Kasih juga layak memohon bantuan di bawah skim i-Suri KWSP. Dengan caruman serendah RM5 sebulan atau RM60 setahun, surirumah boleh mendapat insentif RM480 setahun daripada kerajaan di bawah skim ini.
- Bantuan JKM
Terdapat 11 jenis Skim Bantuan JKM yang boleh dimohon berdasarkan kategori kelayakan iaitu:
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK) – Bulanan RM150 hingga RM1000
- Elaun Pekerja Cacat (EPC); – RM500 sebulan seorang.
- Bantuan Am Negeri – Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
- Bantuan Orang Tua (BOT); – RM500 sebulan seorang.
- Bantuan Am Persekutuan (BA); – RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
- Bantuan Anak Pelihara (BAP); RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
- Bantuan Latihan Perantis (BLP); – RM200 sebulan seorang.
- Bantuan Geran Pelancaran (GP); – Maksimum RM2,700 sekaligus.
- Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
- Tabung Bantuan Segera (TBS).
Info lanjut: BANTUAN BULANAN JKM
PANDUAN PENDAFTARAN/CARA MOHON EKASIH 2023
Jika terdapat individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN). Oleh yang demikian, Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui kaedah berikut
–
- Talian telefon
- Kaedah surat
- e-mel rasmi
- membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)
Berikut adalah senarai perkongsian nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
SEMAKAN STATUS eKASIH 2023 /SYARAT KELAYAKAN
Bagi memohon bantuan eKasih 2022,anda mestilah mengetahui syarat untuk memohon.
Untuk pengetahuan anda seseorang dikira layak apabila tergolong dalam yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 ( bagi bandar) atau RM1,000 ( bagi luar bandar) sebulan.
MAKLUMAT LANJUT SEMAKAN STATUS EKASIH 2023
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan eKasih 2022, anda boleh layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.
Selain itu juga, anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai yang dikongsikan di atas atau terus menghubungi ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan dan persoalan.
Pertanyaan melalui e-mel boleh dihantar kepada pertanyaan@icu.gov.my
SOALAN LAZIM
(1) Apakah eKasih?
eKasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh Kementerian/Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.
(2) Adakah eKasih itu satu program bantuan Kerajaan?
eKasih bukanlah program, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar. Data eKasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.
(3) Bilakah eKasih diwujudkan?
eKasih dibangunkan secara in-house oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bermula pada Jun 2008 sistem ini telah digunakan sepenuhnya.
(4) Apakah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang digunakan?
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) setiap dua (2) tahun sekali. PGK semasa (tahun 2019) adalah seperti berikut:
Trackbacks/Pingbacks