LANGKAH TRANSFER DUIT EWALLET TNG KE AKAUN BANK
Dalam zaman berteknologi tinggi sekarang, ramai dalam kalangan kita yang memilih untuk menggunakan pembayaran secara online, e-wallet atau QR pay semasa membeli barang. Oleh itu mungkin ramai juga dalam kalangan kita yang sudah menambah nilai dalam akaun e-wallet dalam jumlah yang banyak sampai tak sedar duit dalam akaun dah habis!
Touch n Go (TNG) eWallet merupakan dompet elektronik (e-dompet) yang mengandungi wang elektronik (e-wang).Perkhidmatan aplikasi mudah alih ini ditawarkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (TNGD). TNG eWallet menyediakan perkhidmatan seperti tambah nilai, pembayaran, dan pemindahan wang melalui telefon pintar anda pada bila-bila masa di mana-mana jua di Malaysia.
TNG eWallet menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti berikut:
Pindahan wang ke pengguna TNG eWallet yang lain
- Tambah nilai prabayar telefon anda
- Membayar bil utiliti dan pascabayar anda
- Beli tiket wayang
- Pembayaran kod QR di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
- Pembayaran kod QR dinamik di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
- Untuk membayar tol melalui kaedah RFID dan PayDirect
Kelebihan Touch N GO eWallet
TNG eWallet adalah satu aplikasi pembayaran mudah yang membolehkan pengguna membuat pembayaran menggunakan telefon pintar mereka. Berikut adalah beberapa kelebihan TNG eWallet:
- TNG eWallet mudah digunakan dan membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan hanya beberapa klik sahaja.
- Pengguna TNG eWallet boleh membuat kod QR sendiri dan menggunakan kod QR tersebut untuk menerima pembayaran daripada pelanggan.
- TNG eWallet sering menawarkan promosi dan diskuan yang menarik bagi pengguna mereka.
- Pengguna TNG eWallet boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk membuat pembayaran di kedai-kedai dan restoran yang menyokong aplikasi tersebut.
- TNG eWallet dilindungi dengan lapisan keselamatan yang tinggi dan ia telah menjadi aplikasi yang dipercayai di Malaysia.
- TNG eWallet membolehkan pengguna mereka mengumpul point yang boleh ditebus untuk mendapatkan hadiah dan ganjaran yang menarik.
- Dengan TNG eWallet, pengguna boleh mengurangkan penggunaan wang kertas dan mengurangkan jumlah sampah di persekitaran.
Sekarang DuitNow dah tersedia dalam aplikasi Touch N GO atau TNG eWallet. Jika Anda nak cuba transfer duit dari TNG ke akaun Bank, Anda boleh ikuti step di bawah ni ye.
CARA TAMBAH NILAI TnG eWALLET
Berikut adalah merupakan cara untuk topup akaun TnG eWallet melalui perbankan internet:
- Buka aplikasi TnG eWallet anda
- Klik pada +Reload eWallet
- Masukkan jumlah tambah nilai yang anda inginkan dan klik pada Reload eWallet
- Seterusnya klik pada FPX Online Banking, dan pilih Bank yang anda inginkan
- Ikuti langkah pembayaran online banking anda hingga selesai
- Anda akan melihat jumlah baki eWallet anda selepas pembayaran selesai
LANGKAH TRANSFER DUIT EWALLET TNG KE AKAUN BANK
Sekiranya anda ingin mengeluarkan wang dari Tng eWallet untuk ditunaikan, anda seharusnya tranfer ke akaun bank anda terlebih dahulu. Berikut adalah caranya:
- Download apps ‘Maybank QRPayBiz’ (Android / IOS)
- Log masuk akan anda. Sekiranya anda pengguna baharu, klik pada ‘REGISTER’
- Isikan no kad pengenalan dan dan tarikh lahir anda
- Setelah siap proses pendaftaran, anda boleh log masuk kembali akaun anda
- Seterusnya klik 3 line yang berada dekat paparan kiri atas tu]
- Klik ‘Settings’ & ‘Static QR’
- Seterusnya paparan OR Code tertera, anda screenshot dan save dalam gallery.
- Kemudian buka aplikasi TnG eWallet anda dan pilih ‘Scan’
- Klik icon gambar yang berapan pada kanan atas aplikasi ewallet & upload QR Code yang anda dah screenshot tadi.
- Seterusnya ikuti arahan selajutnya sehinga selesai anda membuat pindahan ke akaun bank anda.
- Selesai
ARTIKEL LAIN : BANTUAN KEWANGAN
Trackbacks/Pingbacks