RUMAH MAMPU MILIK KHAS B40 (TEDUH)

RUMAH MAMPU MILIK B40

 RUMAH MAMPU MILIK B40 .Jabatan Perumahan Negara telah menyediakan laman web bagi memberikan kemudahan buat rakyat Malaysia khususnya golongan B40 untuk menyemak rumah yang mereka bakal miliki secara beli atau sewa yang dikenali sebagai TEDUH.

TEDUH merupakan laman web yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia dan menjadi gerbang “One-Stop Centre” kepada individu yang ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

SKIM PERUMAHAN TEDUH

  1. Skim PPAM
    • Skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 yang bertujuan untuk membolehkan penjawat awam yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.
    • Maklumat lanjut mengenai Skim PPAM: klik DISNI
  2. Skim SPP
    • Skim Pinjaman Perumahan (SPP) merupakan skim yang diuruskan melalui akaun tabung amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah.
    • Maklumat lanjut mengenai Skim SPP: klik DISINI
  3. PPR Dimiliki
    • PPR Dimiliki merupakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan penempatan terancang dan selesa kepada kumpulan sasar iaitu golongan setinggan dan berpendapatan rendah RM3,000 ke bawah.
    • Harga jualan bagi rumah tersebut iyalah RM35,000 per unit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 per unit di Sabah dan Sarawak. Program ini membantu kumpulan sasar untuk memiliki rumah.
    • Maklumat lanjut mengenai Skim PPR Dimiliki: klik DISINI
  4. PPR Disewa
    • Program PPR Disewa ini telah diperkenalkan pada tahun 2002 lagi dan ianya bertujuan untuk disewakan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan pada kadar RM124 sebulan.
    • Maklumat lanjut mengenai Skim PPR Disewa: klik DISINI
  5. PR1MA
    • PR1MA merupakan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar yang berpendapatan sederhana.
    • Harga rumah PR1MA bermula dari RM100,000 sehingga RM400,000.
    • Maklumat lanjut mengenai Skim PR1MA: klik DISINI
  6. Rumah Transit
    • Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudaan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur 18 – 30 tahun.
    • Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250 sebulan bagi tempoh 2 tahun. Penyewa akan diberi notis 6 bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.
  7. Rumah Ikram Keluarga Malaysia
    • Ini adalah inisiatif daripada kerajaan dalam menyediakan kediaman yang berdaya huni dan selamat khusus kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dah kehilangan tempat berteduh.
    • Maklumat lanjut mengenai Rumah IKRAM Keluarga Malaysia: klik DISINI

Baca Juga Tentang SEMAK WANG TAK DITUNTUT ONLINE (CARA CHECK EGUMIS.ANM.GOV.MY)

CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK B40 TEDUH

  1. Layari laman web SPRN di https://sprn.kpkt.gov.my/
  2. Daftar Akaun Pemohon
  3. Isikan semua maklumat yang diperlukan seperti (Nama, No Kad Pengenalan, Alamat e-mel).
  4. Pastikan emel yang telah didaftarkan adalah betul dan masih aktif.
  5. Pilih skim perumahan yang anda inginkan. Berikut adalah skim perumahan yang masih tersedia:
    • Rumah IKRAM Keluarga Malaysia
    • PPR Disewa
    • PPR Dimiliki
  6. Muat naik semua dokumen yang diperlukan. Pastikan dokumen yang dimuat naik adalah format PDF dan saiz fail tidak melebihi 3MB.
  7. Setelah anda memuat naik semua dokumen, pemohon boleh membuat pengesahan permohonan dan selesai!

RUMAH MAMPU MILIK B40. Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi:

  • Tel: 03-8891 4475/ 03-8891 4200
  • Emel: teduh@kpkt.gov.my
  • MyHome Tel: 03-8891 4027 / 4054 / 4055 / 4062
  • PPR Tel: 03-8891 4052 / 4059 / 4384
  • Rumah Transit Tel: 03-8891 4052 / 4061 / 4400