KALENDAR KUDA TAHUN 2023 (Semakan Tarikh Cuti Umum & Sekolah)

Rakyat Malaysia rasanya pasti tahu dengan kalendar ‘kuda’ yang memaparkan tarikh yang dikeluarkan setiap tahun. Jadi untuk tahun 2023, anda kini boleh mula dapatkan KALENDAR KUDA TAHUN 2023. Boleh la mula rancang percutian lepas ni kan.

Bagi mereka yang kaki jalan, sudah pastinya tertunggu-tunggu kemunculan kalendar tahun 2023 atau kalendar kuda tahun 2023. Pasti ramai yang mengharapkan cuti Sabtu dan Ahad bersambung pada hari Isnin supaya dapat bersama keluarga bercuti di tempat-tempat menarik di Malaysia

Setiap kali munculnya tahun baru, orang ramai pasti ingin mengetahui takwim perjalanan tahun tersebut bagi melihat tarikh-tarikh penting seperti cuti sekolah, cuti perayaan dan sebagainya.

Antara kalendar yang kerap menjadi rujukan sejak dari dahulu adalah kalendar kuda berikutan informasinya yang lengkap seperti tarikh kalendar tahun Islam dan juga kalendar tahun Cina.

MUAT TURUN KALENDAR KUDA TAHUN 2023

Kalau sebelum ni, kita boleh dapatkan KALENDAR KUDA TAHUN 2023 ini di kedai-kedai atau secara percuma jika buat pembelian, tapi kini tidak lagi.

Ini kerana, anda boleh dapatkan kalandar tersebut secara digital dan secara percuma sahaja. Anda boleh muat turun Malaysian Calander 2021-2022 melalui pembangun GT App.

KANDUNGAN KALENDAR KUDA TAHUN 2023

Melalui KALENDAR KUDA TAHUN 2023 ada ditunjukkan tarikh cuti sekolah, cuti peristiwa, cuti umum dan sebagainya. Di dalamnya juga disertakan tarikh perayaan-perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali dan banyak lagi.

Yang pastinya, cari petak yang berwarna kuning dan itulah tanda hari cuti. Selain daripada kalendar masihi, terdapat juga tarikh Maal Hijrah di dalamnya. Memang lengkap sebagai kalender la.

KALENDAR KUDA BULAN JANUARI 2023

Senarai Cuti Bulan Januari 2023

1 Jan 2023(Ahad) Tahun Baru 2023 – Semua negeri. kecuali Kelantan, Kedah, ,Perlis, Johor dan Terengganu
14 Jan 2023(Sabtu) – Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Negeri Sembilan
22 Jan 2023 (Ahad) – Tahun Baru Cina -Semua Negeri
23 Jan 2023 (Isnin) – Tahun Baru Cina (Hari Kedua) – Semua Negeri

KALENDAR KUDA BULAN FEBRUARI 2023

Senarai Cuti Bulan Februari 2023

1 Feb 2023 (Rabu) – Hari Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan
5 Feb 2023(Ahad) – Hari Thaipusam – Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang
18 Feb 2023(Sabtu) – Israk dan Mikraj – Negeri Sembilan, Kedah Dan Perlis

KALENDAR KUDA BULAN MAC 2023

Senarai Cuti Bulan Mac 2023

4 Mac 2023(Sabtu) – Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu -Terengganu
23 Mac 2023(Khamis) – Hari Keputeraan Sultan Johor – Johor
23 Mac 2023(Khamis) – Awal Ramadhan* – Johor, Kedah dan Melaka

KALENDAR KUDA BULAN APRIL 2023

Senarai Cuti Bulan April 2023

7 April 2023(Jumaat) – Good Friday – Sabah dan Sarawak
8 April 2023(Sabtu) – Hari Nuzul Al-Quran -Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu
15 April 2023(Sabtu) – Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
22 April 2023(Sabtu) – Hari Raya Puasa (Aidilfitri)– Semua Negeri 23 April 2023(Ahad) – Hari Raya Puasa (Aidilfitri) Hari Kedua – Semua Negeri
26 April 2023(Rabu)) – Hari Keputeraan Sultan Terengganu-Terengganu

KALENDAR KUDA BULAN MEI 2023

Senarai Cuti Bulan Mei 2023

1 Mei 2023(Isnin) – Hari Pekerja-Semua Negeri
4 Mei 2023(Khamis) – Hari Wesak- Semua Negeri
17 Mei 2023(Rabu) – Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis – Perlis
22 Mei 2023(Isnin) – Hari Hol Pahang – Pahang
30 Mei 2023( Selasa) – Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) – Sabah dan Labuan
31 Mei 2023(Rabu) – Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) – Sabah dan Labuan

KALENDAR KUDA BULAN JUN 2023

Senarai Cuti Bulan Jun 2023

1 Jun 2023(Khamis) – Perayaan Hari Gawai Dayak – Sarawak
2 Jun 2023(Jumaat) – Perayaan Hari Gawai Dayak – Sarawak
5 Jun 2023(Isnin) – Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong – Semua Negeri
18 Jun 2023( Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Kedah – Kedah
28 Jun 2023(Rabu) – Hari Arafah – Terengganu
29 Jun 2023(Khamis) – Hari Raya Korban /Haji/ Aidiladha *Semua Negeri
30 Jun 2023(Jumaat) – Hari Raya Korban /Haji/ Aidiladha (Hari Kedua) Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu

KALENDAR KUDA BULAN JULAI 2023

Senarai Cuti Bulan Julai 2023

7 Jul 2023(Jumaat) – Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia – Pulau Pinang (Penang)
8 Jul 2023(Sabtu) – Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang – Pulau Pinang (Penang)
19 Jul 2023(Rabu) – Awal Muharam – Semua Negeri
22 Jul 2023(Sabtu) – Hari Kemerdekaan Sarawak – Sarawak
30 Jul 2023(Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Pahang – Pahang

KALENDAR KUDA BULAN OGOS 2023

Senarai Cuti Bulan Ogos 2023

23 Ogos 2023(Rabu) – Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar – Johor
24 Ogos 2023(khamis) – Hari jadi Yang Di-Pertua Negeri Melaka – Melaka
31 Ogos 2023(khamis) – Hari Kebangsaan (Kemerdekaan) – Semua Negeri

KALENDAR KUDA BULAN SEPTEMBER 2023

Senarai Cuti Bulan September 2023

16 Sept 2023(Sabtu) – Hari Malaysia- Semua Negeri
28 Sept 2023(Khamis) – Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)- Semua Negeri

KALENDAR KUDA BULAN OKTOBER 2023

Senarai Cuti Bulan Oktober 2023

7 Oct 2023(Sabtu) – Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sabah – Sabah
14 Oct 2023(Sabtu) – Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak – Sarawak

KALENDAR KUDA BULAN NOVEMBER 2023

Senarai Cuti Bulan November 2023

3 Nov 2023(Jumaat),Hari Keputeraan Sultan Perak – Perak
11 Nov 2023(Sabtu),Hari Keputeraan Sultan Kelantan – Kelantan
12 Nov 2023(Ahad),Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Hari Kedua)- Kelantan
12 Nov 2023(Ahad),Hari Deepavali – Semua Negeri kecuali Sarawak

KALENDAR KUDA BULAN DISEMBER 2023

Senarai Cuti Bulan Disember 2023

11 Dec 2023(Isnin) – Hari Keputeraan Sultan Selangor – Selangor
25 Dec 2023(Isnin) – Hari Krismas – Semua Negeri

HARI RAYA PUASA (AIDIL FITRI) 2023

22 April 2023(Sabtu) – Hari Raya Puasa (Aidilfitri)– Semua Negeri 23 April 2023(Ahad) – Hari Raya Puasa (Aidilfitri) Hari Kedua – Semua Negeri

HARI RAYA HAJI (AIDIL ADHA) 2023

29 Jun 2023(Khamis) – Hari Raya Korban /Haji/ Aidiladha *Semua Negeri
30 Jun 2023(Jumaat) – Hari Raya Korban /Haji/ Aidiladha (Hari Kedua) Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu

HARI WUKUF MEKAH 2023

27 Jun 023 (Selasa), 9 Zulhijjah 1444h

MOHON RUMAH MAMPU MILIK KHAS B40 (TEDUH)