SEMAK CCRIS ONLINE
Pastinya untuk membuat pinjaman, semestinya laporan CCRIS diperlukan. Seperti sebelumnya, untk dapatkan laporan ini boleh dimohon di Bank Negara Malaysia. Tetapi kini anda boleh memohon laporan CCRIS secara online menggunakan eCCRIS. Bagaimana caranya? Jangan bimbang, ikuti artikel ini untuk mengetahui caranya
SEMAK CCRIS ONLINE/KETAHUI APA ITU CCRIS
CCRIS adalah ringkasan kepada Central Credit Reference Information System. Ia sangat berguna bagi memastikan anda mendapat kelulusan dalam permohonan pinjaman anda. Dengan ini, CCRIS memainkan peranan yang penting dalam memastikan permohonan pinjaman anda diluluskan.
LAPORAN YANG DIKELUAR CCRIS
CCRIS hanya mengeluarkan laporan yang dikemaskini oleh pihak institusi kewangan masing-masing untuk menganalisa perkara berikut:
- rekod pembayaran
- jumlah pinjaman keseluruhan
- rekod permohonan
KOMPONEN YANG TERDAPAT DALAM LAPORAN CCRIS
Terdapat 3 kompenan dalam laporan ini iaitu:
- Rekod pinjaman sedia ada
- Maklumat, jenis, jumlah, penyedia kredit, tindakan undang-undang dan sebagainya
- Akaun di bawah pemerhatian khas
- Kredit tak berbayar yang diletakkan dalam pengawasan khas institusi kewangan
- Permohonan untuk kredit
- Status permohonan untuk pinjaman yang dibuat
CONTOH BACAAN LAPORAN CCRIS
Berikut adalah merupakan cara baca laporan CCRIS
- Maklumat rekod rekod bayaran anda kepada pihak bank akan tertera dalam laporan CCRIS.
- Rekod anda tertera 0 sekiranya anda membuat pembayaran pada masa yang telah ditetapkan
- Rekod akan tertera 1 sekiranya anda telewat sebulan
- Rekod akan tertera 2 sekiranya anda terlewat 2 bulan
- Bacaan seteruya akan menunjukkan berapa bulan anda terlewat membuat pembayaran.
HUTANG YANG ADA PADA LAPORAN CCRIS
Berikut adalah merupakan hutang yang dimasukkan ke dalam laporan CCRIS:
- Hutang PTPTN
- Pembiayaan pinjaman peribadi bank
- Pinjaman Rumah/Kedai dan sebagainya
- Kad Kredit
- Pembiayaan perniagaan dari bank
- Pembiayaan untuk kenderaan/kereta dan sebagainya
CARA DAFTAR CCRIS ONLINE GUNA eCCRIS
Sebagai pengguna kali pertama seharusnya anda daftarkan akaun terlebih dahulu:
- Layari pautan BNM Telelink eCCRIS: bnm.my/LINK
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan pada borang tersebut
- Muat naik dokumen yang diperlukan:
- Salinan MyKad (depan dan belakang)
- Bil telefon terkini
- 2 dokumen sokongan lain: contohnya lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit dan sebagainya
- 6 digit nombor pin sementara akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan
- Selesai proses pendaftaran
CARA BUAT SEMAKAN CCRIS ONLINE GUNA eCCRIS
Untuk membuat sekaman secara online, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan eCCRIS: https://eccris.bnm.gov.my/eccris/pages/sec/login.xhtml#!
- klik Login Kali Pertama.
- Masukkan nombor MyKad dan 6 digit nombor pin sementara.
- Ikut arahan di paparan untuk melengkapkan pendaftaran.
- Akhir sekali boleh muat turun laporan CCRIS masing-masing.
Semak ccris online, Sekiranya anda mempunya permasalah atau untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh merujuk di laman rasmi atau hubungi info di bawah
- Hubungi: 1-300-88-5465
- Email: bnmtelelink@bnm.gov.my
- Website: https://eccris.bnm.gov.my
Ketahui juga tentang I-AKAUN KWSP ONLINE: CARA DAFTAR, SEMAK PENYATA & MOHON PENGELUARAN
Trackbacks/Pingbacks