CARA CHECK SAMAN SMS (POLIS & JPJ) SEMAKAN TERKINI
CARA CHECK SAMAN MELALUI NO PLATE/NO KAD PENGENALAN
Untuk anda yang ingin menyemak status saman terkini anda, ia boleh dilakukan dengan mudah sama ada secara SMS. Berikut adalah cara untuk anda chek saman trafik secara SMS sebagai panduan anda ;
Anda juga boleh memohon untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan saman anda melalui e-mel. Perincian saman akan dihantar kepada anda menerusi alamat e-mel yang diberikan:
- CheckSaman PDRM melalui SMS
- Taip POLISSAMANNombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan
- Hantar ke 15888 atau 32728
- Contoh – POLIS SAMAN AES44 atau POLIS SAMAN 920211115055
- Kalau ada saman, boleh bayar di MyBAYAR SAMAN PDRM
- Taip POLISSAMANNombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaanalamat e-mel
- Hantar ke 15888 atau 32728
- Contoh – POLIS SAMAN AES44 cuba@gmail.com atau POLIS SAMAN 920211115055 cuba@gmail.com
- CheckSaman JPJ melalui SMS
- Taip JPJSAMANNombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan
- Hantar ke 15888
- Contoh – JPJ SAMAN 920211115055 atau JPJ SAMAN AES44
- Kalau nak bayar saman di kaunter, anda kena buat TEMUJANJI ONLINE JPJ(STO JPJ)
- Suka diingatkan, caj perkhidmatan sebanyak 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan caj perkhidmatan sebanyak 20 sen akan dikenakan untuk setiap penerimaan mesej. Cubalah check saman anda!
TAWARAN SAMAN JPJ/POLIS TERKINI
Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, JPJ/Polis menawarkan diskaun 80% pengurangan kadar kompaun saman yang boleh dikompaun (kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan) dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
Tarikh Tawaran: 9 -31 Disember 2021
Cara Bayaran: Kaunter JPJ/Trafik, Kiosk JPJ/Polis, Portal JPJ/MyBayar Saman & di Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia KLCC
ARTIKEL LAIN : https://www.sumberharian.com/2023/06/18/semak-egumis-online/
CARA CHECK SAMAN SMS/SOALAN LAZIM
Apa yang akan berlaku sekiranya saya gagal membayar saman trafik?
Kegagalan pesalah trafik untuk melunaskan saman menerusi Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) boleh menyebabkan pesalah disenarai hitam dan dikenakan waran tangkap sekali gus menyebabkan pengguna tidak dibenarkan untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu. Pengguna hanya akan dikeluarkan daripada senarai selepas menjelaskan semua tunggakan saman.
Adakah saman trafik turut ditawarkan diskaun tertentu?
Kebiasaannya, diskaun saman trafik adalah bergantung pada pengumuman semasa. Anda boleh mengikuti laman web atau laman sosial rasmi seperti Facebook atau Instagram Jabatan Pengangkutan Jalan atau Polis Diraja Malaysia untuk mendapatkan kemas kini lanjut dari semasa ke semasa.
Saya baru membeli kereta terpakai, tetapi apabila saya check saman (SMS) guna no plat didapati ada saman. Apakah harus saya lakukan?
Jika anda membeli kereta terpakai dan menyedari kereta baharu anda mempunyai saman tertunggak – anda hanya perlu tunjukkan dokumen pembelian kereta (salinan borang pertukaran nama dan geran baharu) kepada pihak JPJ. Setelah terbukti saman tersebut dikeluarkan sebelum bertukar nama, anda tidak perlu membayar saman bagi pihak pemilik lama.
Namun begitu, jika anda membeli kereta terpakai secara ansuran daripada kenalan anda, anda mungkin perlu berbincang dengan kenalan anda untuk menjelaskan saman tersebut untuk mengelakkan anda daripada tidak boleh memperbaharui cukai jalan. Selain itu, pastikan anda peka dengan sebarang pengumuman diskaun saman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
UNTUK MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT
Jika anda mempunyai lagi sebarang kemusykilan, hantarkan aduan anda ke Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM di talian 03 – 22663319 https://public.jpj.gov.my/public/login.zulatau melalui email ke tadbirtrafik_ba@rmp.gov.my. Untuk aduan JPJ hubungi talian 03 – 8000 8000 atau emailkan ke aduantrafik@jpj.gov.my
Trackbacks/Pingbacks