Cara Permohonan Mystep Terkini 2023 (Gaji RM1400-RM2000)

PERMOHONAN MYSTEP 2023

Kerajaan telah memperuntukkan rm700 juta bagi program Short Term Employment Program yang akan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Permohonan Mystep 2022 (Gaji RM1400-RM2000)

APA ITU MySTEP?
Ianya adalah satu program yang menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat malaysia bagi satu jangka masa pendek.

SENARAI KEMENTERIAN DAN GLC TERLIBAT PROGRAM MySTEP


Klik pada pautan berikut untuk melihat senarai kementerian dan GLC yang terlibat:

Senarai Kementerian
Senarai GLC

Syarat Kelayakan


Berikut adalah merupakan syarat kelayakan untuk permohonan mystep yang telah ditetapkan:

Penempatan Pekerjaan Permohanan Mystep

i. Terdapat dua saluran program penempatan permohonan mystep di bawah MySTEP iaitu:
a)Penempatan di Sektor Awam
b)Penempatan di GLC dan rakan strategik
ii. Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output tanpa tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas yang terpakai kepada pegawai awam.
iii. Personel MySTEP yang ditempatkan di Sektor Awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.
iv. Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.
v. Kuota khas sebanyak satu (1) peratus kepada golongan OKU di dalam Sektor Awam / GLC / rakan strategik

Permohonan Mystep Terkini 2023 /TEMPOH PERKHIDMATAN UNTUK MySTEP


Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:

a)Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
b)Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 30 Jun 2023 (untuk Sektor Awam sahaja)

SKOP KERJA MySTEP


Personel MySTEP dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan dan bersesuaian dengan keperluan Kementerian / Jabatan dan Agensi / GLC / rakan strategik.

KADAR UPAH / BAYARAN MySTEP

i. Kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja .

*Nota: Kadar sebenar tertakluk kepada setiap program penempatan GLC.
Bayaran upah perlu mengandungi elemen caruman kepada PERKESO dan KWSP.

Cara Permohonan Mystep 2023 /Kemudahan MySTEP


Kemudahan yang diberikan kepada personel My STEP adalah:

Cara Permohonan MySTEP 2023


Permohonan mystep boleh dibuat secara terus kepada kementerian atau GLC yang mengambil bahagian atau secara online dengan mengisi borang permohonan pada pautan mystep

Iklan jawatan kosong personel My Step juga akan disiarkan dari semasa ke semasa oleh agensi yang mempunyai kekosongan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN PERMOHONAN MySTEP


Untuk maklumat lanjut, sila layari portal laman web Kementerian Sumber Manusia di sini: https://www.mohr.gov.my/index.php/en

Semua rakyat Malaysia yang berkelayakan mesti mengambil peluang sebaik sahaja program ini dibuka kepada orang ramai. Jangan terlepas peluang ini. Maklumat lanjut akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

Artikel lain : BANTUAN 1 KELUARGA RM900