SEMAKAN BANTUAN BULANAN JKM 2023 (Semakan Tarikh Bayaran)

Kepada yang layak Bantuan Bulanan JKM,pasti anda ingin tahu tentang tarikh bayaran JKM pada bulan Disember,Januari,Februari dan bulan lain.

Berikut adalah maklumat tentang bayaran bantuan JKM yang anda perlu tahu:

  • Bantuan Bulanan JKM dibayar setiap bulan selepas 20 hari bulanan pada setiap bulan.
  • Bayaran bulanan JKM juga diawalkan sebulan lebih awal sejak bulan Mac 2020.

Contohnya pada bulan Oktober 2020,bayaran bagi bulan November akan dibuat bermula 20 Oktober 2020.

  • Bayaran juga dibuat secara berperingkat mengikut jenis bank penerima bantuan JKM.

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN BULANAN JKM 2023

Berikut adalah merupakan jadual pembayaran bagi tahun 2023:

BULAN TARIKH
Januari 1 & 10 Januari 2023
Februari 9 & 10 Februari 2023
Mac 9 & 10 Mac 2023
April 11 & 12 April 2023
Mei 25-30 April 2023
Jun 9 & 10 Jun 2023
Julai 11 & 12 Julai 2023
Ogos 8 & 9 Ogos 2023
September 8 & 9 November 2023
Oktober 10 & 11 Oktober 2023
November 9 & 10 November 2023
Disember 8 & 9 Disember 2023

NOTA: Sekiranya terdapat perubahan bayaran bantuan Januari, JKM akan memaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat

SEMAKAN BAYARAN /CARA PERMOHONAN ONLINE BANTUAN BULANAN JKM 2023

  1. Layari laman web eBantuanJKM di pautan berikut http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;
  2. Daftar permohonan mengikut negeri
  3. Isikan nombor kad pengenalan
  4. Isikan borang berkaitan
  5. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
  6. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
  7. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
    PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

SENARAI BANTUAN BULANAN JKM


Berikut adalah senarai dan kadar Bantuan Bulanan JKM tahun 2023:

  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) sebanyak RM300 Sebulan
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) sebanyak RM500 Sebulan
  • Elaun Pekerja Cacat sebanyak RM450
  • Bantuan Orang Tua(BOT) sebanyak RM500
  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
    – RM150 seorang anak berumur tujuh tahun hingga 18 tahun atau RM200 seorang anak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1000 sekeluarga.

CARA BUAT SEMAKAN BAYARAN BANTUAN JKM

  • Layari jkm.gov.my untuk membuat semakan bayaran bulanan JKM
  • Sila log masuk dan buat semakan bayaran
  • Jika bayaran telah dikreditkan,anda boleh ke bank untuk mengambil duit bantuan

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

  1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

*Sila bawa dokumen di atas semasa hadir ke pejabat.

BORANG PERMOHONAN BANTUAN JKM 2023

  • JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan)
  • Borang Kemaskini Maklumat JKM 20

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN JKM BAYARAN

Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM :

  1. Log masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM
  2. Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’
  3. Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.
  4. Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03 – 8000 8000

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

BACA : BANTUAN STR FASA 1