PERMOHONAN SKIM PERUBATAN MADANI GOLONGAN B40 (SEMAK KELAYAKAN)

PERMOHONAN SKIM PERUBATAN MADANI

Pengenalan SKIM PERUBATAN MADANI


Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut)

Secara dasar, di bawah skim tersebut, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah

Fasa rintis Skim Perubatan MADANI ini akan dilaksanakan di daerah Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat dan Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah). Lokasi Skim Perubatan MADANI adalah seperti berikut:

Skim Perubatan MADANI memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama di antara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut

PERMOHONAN SKIM PERUBATAN MADANI GOLONGAN B40


Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:

  • Demam dan selsema
  • Cirit-birit dan muntah
  • Terseliuh
  • Sakit kepala
  • Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain

Rawatan yang tidak termasuk adalah :

  1. Imunisasi rutin
  2. Saringan kesihatan
  3. Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
  4. Rawatan susulan ibu dan anak rutin
  5. Perancangan keluarga rutin
  6. Perkhidmatan rehabilitasi
  7. Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
  8. Permintaan suplemen

Skim Perubatan MADANI akan tersedia untuk kemudahan golongan yang berkelayakan bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023, mengikut kategori berikut:

Syarat-syarat Kelayakan Permohonan Skim Perubatan Madani

  • Syarat kelayakan:
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2023 dan tanggungan mereka yang berdaftar bagi kategori berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang
    • Kelayakan adalah secara automatik
    • Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain

CARA SEMAK KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM PERUBATAN MADANI

Langkah untuk mendapatkan rawatan Skim Perubatan MADANI

  1. Langkah 1
    • Semak kelayakan anda di laman sini
  2. Langkah 2
  3. Langkah 3
    • Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma
  4. Langkah 4
    • Had manfaat Skim Perubatan MADANI anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang

Soalan Lazim

Apakah Skim Perubatan MADANI?

  • Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-kes Akut).

Apakah objektif Skim Perubatan MADANI?


Objektif Skim Perubatan MADANI adalah:

  • Untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan golongan B40, terutamanya di kawasan bandar kerana dapat meningkatkan akses kepada rawatan penjagan primer akut di klinik-klinik perubatan swasta yang berdekatan dengan tempat kediaman atau bekerja.
  • Untuk meningkatkan penglibatan pengamal perubatan swasta dalam rawatan primer akut, melalui kaedah Kerjasama Awam-Swasta (Public-Private Partnership (PPP))

Apakah manfaat di bawah Skim Perubatan MADANI?

  • Manfaat Skim ini ialah penerima yang layak boleh menerima Rawatan Penjagaan Kesihatan Primer Akut secara PERCUMA di Klinik-klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI.

Siapakah yang layak menerima Skim Perubatan MADANI?

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang. Penerima yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK MENERIMA mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain seperti Iltizam Selangor Sihat, Perak Prihatin dan lain-lain.

Apakah kaedah untuk menyemak kelayakan Skim Perubatan MADANI?

  • Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui laman sesawang Skim Perubatan MADANI : http://www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani. Kelayakan adalah secara AUTOMATIK sewaktu lawatan ke Klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim ini. Penerima yang layak hanya perlu membawa Kad Pengenalan untuk semakan kelayakan di Klinik.

Berapakah jumlah manfaat kelayakan bagi setiap kategori di dalam Skim Perubatan MADANI?

Tiga (3) kategori jumlah manfaat kelayakan untuk Skim Perubatan MADANI ialah (sehingga Disember 2023.) :

  • Isi Rumah Berkeluarga – RM250
  • Warga Emas (tanpa pasangan) – RM125
  • Bujang – RM75

Had manfaat Skim Perubatan MADANI akan berkurang selepas setiap lawatan mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang kami.

Dimanakah lokasi liputan Skim Perubatan MADANI?

  • Fasa rintis Skim Perubatan MADANI ini akan dilaksanakan di daerah Johor Bahru (Johor), Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat & Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).

Mengapa hanya 10 daerah ini dipilih?

  • Bagi fasa rintis Skim Perubatan MADANI, sepuluh (10) daerah yang tersenarai dipilih berdasarkan peratusan tinggi kumpulan B40 yang menetap di kawasan bandar (urban poor). Di samping itu, daerah-daerah ini juga mencatatkan kadar kedatangan yang tinggi di fasiliti KKM berbanding daerah-daerah lain di Malaysia.

Adakah penerima Skim Perubatan MADANI akan dikenakan sebarang bayaran untuk tujuan rawatan dan ubat-ubatan?

  • Tiada sebarang bayaran akan atau boleh dikenakan kepada penerima oleh mana-mana pihak di bawah Skim ini dalam rawatan, prosedur dan ubat-ubatan di bawah Skim Perubatan MADANI. Sekiranya terdapat sebarang aduan yang ingin dilakukan, penerima boleh menghantar emel ke: spm@protecthealth.com.my atau menghubungi +603-8687 2525.

Mengapa Skim Perubatan MADANI hanya layak untuk Kumpulan B40?

  • Beban kos rawatan kesihatan yang tinggi memberi impak serius kepada status kewangan kumpulan ini. Oleh itu, bagi mengelak Kumpulan B40 daripada terus terbeban dalam mendapatkan khidmat rawatan primer akut, Skim ini diwujudkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan. Sekiranya terdapat sebarang aduan yang ingin dilakukan, penerima boleh menghantar emel ke: spm@protecthealth.com.my atau menghubungi +603-8687 2525.

Bagaimanakah saya hendak menyemak baki had manfaat kelayakan?

  • Baki had manfaat kelayakan boleh disemak melalui Klinik Perubatan Swasta sewaktu lawatan untuk mendapatkan rawatan dilakukan atau boleh menghubungi talian di +603-8687 2525.

ARTIKEL LAIN : BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)