RENEW INSURANS ROADTAX MOTORSIKAL & KERETA BJAK.MY (CARA BAYAR)

RENEW INSURANS ROADTAX BJAK.MY

Syarikat insurans mengiktiraf Bjak.my sebagai saluran perbaharui cukai kenderaan terbesar di Malaysia.

Bjak.my adalah platform pertama di negara ini yang menyediakan perkhidmatan perbandingan insurans dan takaful kenderaan dengan kerjasama lebih daripada 10 syarikat insurans serta pengendali takaful terkemuka seperti Pacific & Orient, Allianz, Takaful Malaysia, Zurich Takaful, MSIG dan Liberty.

Pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Bjak.my dapat melakukan penjimatan antara RM50 sehingga
RM450 bergantung kepada premium asas yang dipilih melalui perbandingan harga dilakukan.

Dengan perbezaan variasi premium sehingga 40 peratus di antara syarikat insurans, Bjak.my telah membantu rakyat Malaysia melakukan penjimatan sehingga RM30 juta dalam enam bulan terakhir.

RENEW INSURANS ROADTAX BJAK.MY /APAKAH BJAK.MY

Bjak adalah syarikat yang tertumpu pada kaedah alaf baru bagi memudahkan urusan insurans dan memberi manfaat kepada semua. Kami di Bjak bertekad untuk membuka ruang ekosistem dalam memberi peluang yang adil dan sekata, serta menjamin aspek keselamatan buat semua.

MENGAPA ANDA HARUS MEMILIH BJAK.MY?

Antara kelebihan memperbaharui insuran & roadtax menggunakan Bjak.My ialah:

  1. Anda tidak perlu ingat lagi tarikh luput roadtax anda
    • Bjak sentiasa memberi peringatan tentang tarikh luput insurans kenderaan anda supaya tidak lagi terlepas dengan tarikh luput cukai jalan.
  2. Jaminan Layanan Terbaik
    • Perkhidmatan pelanggan 24 jam. Dapatkan bantuan kami bila-bila masa.
  3. Buat Tuntutan Bila-bila Masa
    • Bjak membantu anda mengelak daripada urusan rumit dengan Penanggung Insurans dan memastikan anda menikmati proses tuntutan yang lancar.
  4. Tiada Caj Tersembunyi
    • Hanya bayar untuk Insurans
  5. Harga yang lebih MURAH
    • Bjak akan carikan harga dan liputan yang paling sesuai untuk anda.
  6. Pembaharuan Terpantas di Malaysia
    • Jangan buang masa lebih daripada 1 minit. Perbaharui dengan dua langkah mudah.

CARA RENEW INSURANS ROADTAX Bjak.my

Berikut adalah merupakan cara renew menggunakan Bjak.my:

  1. Layari laman web rasmi DISINI
  2. Klik pilihan INSURANS KERETA/MOTOR. Klik Mint Quote Percuma.
  3. Isikan MAKLUMAT yang diperlukan seperti
    • No kenderaan
    • No kad pengenalan
    • Nama pemilik kenderaan
    • Email
    • No telefon (daftar whattsap)
    • Poskod kediaman
  4. Baca TERMA & SYARAT, kemudian tick pada ruangan yang disediakan
  5. Seterusnya klik pada DAPATKAN SEBUT HARGA
  6. Selesai, QUATATION anda akan dapat melalui email anda atau melaui whattsap. Anda akan diberikan pelbagai pilihan insurans beserta dengan harga.


NOTA: Pastikan anda letak email yang aktif. Sebab tak sampai 5 minit, quotation perbandingan harga akan di hantar ke email. Untuk info, sebut harga perbandingan harga insuran roadtax hanya sah selama 48 Jam sahaja. Oleh itu, kena cepat pilih dan bayar.

CARA PEMBAYARAN RENEW INSURANS ROADTAX BJAK.MY

  1. Setelah anda selesai memohon quatation seperti di atas. Bjak akan menghantar perbandingan harga insuran melalui email anda.
  2. Semak email anda, akan ada satu link yang akan diberikan. Klik link tersebut, anda dah boleh lihat pelbagai pilahan sebut harga insuran
  3. Kemudian klik pada insuran yang anda inginkan, Isi semua maklumat dan Klik Bayar Sekarang.
  4. Semasa proses pembayaran, anda membuat pilihan sama ada ingin tambah:
    • Roadtax
    • Perlindungan tambahan
    • VIP Bjak (Tuntutan Mudah)

MASA PENGHANTARAN ROADTAX BJAK

  • Semenanjung Malaysia 2 – 3 hari bekerja
  • Sabah dan Sarawak 5 hari bekerja

SOALAN LAZIM

Bagaimana caranya Bjak dapatkan perincian mengenai kenderaan dan insurans saya jika maklumat yang diberikan tidak lengkap ketika proses transaksi?

Bjak akan mengesahkan semua maklumat dan perincian dengan JPJ. Jika maklumat yang diberikan tidak lengkap, Bjak akan hubungi anda semula bagi mendapatkan maklumat yang tertinggal dan lengkapkan transaksi.

Apakah kaedah pembayaran yang ada di Bjak.my?

VISA/Mastercard

FPX ( Maybank2U, CIMB Clicks, RHB Now dan lain-lain)

Bayaran secara tunai di 7-eleven

Pelan ansuran

Sebutharga dari syarikat insurans yang manakah saya boleh dapatkan di Bjak.my?

Antaranya ialah Takaful Malaysia, Pacific and Orient, Zurich Takaful, Liberty Insurance, MPI Generali, MSIG, Tokio Marine, Allianz, Lonpac Insurance, RHB Insurance, Etiqa Takafu, Great Eastern

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan tentang renew insurans roadtax bjak.my, anda boleh berhubung melalui:

Whattsap: 0166999129 (9am hingga 10pm, Isnin hingga Ahad)
Web rasmi Bjak: bjak.my

Macam mana nak bayar roadtax online,boleh juga cuba di portal MySIKAP JPJ