CARA DAFTAR SHOPEE SELLER MALAYSIA
Kepada para peniaga yang ingin menjual barangan secara online, anda boleh mencuba jual di platform shopee. Semestinya anda ingin mengetahui cara daftar sebagai shopee seller kan? Jangan bimbang, ikuti artikel ini untuk mengetahui caranya.
CARA DAFTAR AKAUN SHOPEE
Untuk anda menjual di Shopee, anda perlu ada akaun Shopee. Berikut adalah cara daftar akaun shopee:
- Layari pautan: www.shopee.com.my
- Klik pada SIGN UP.
- Masukkan NOMBOR TELEFON yang aktif.
- Masukkan KOD VERIFIKASI yang diterima di handphone anda
- Masukkan USERNAME anda inginkan.
- Masukkan PASSWORD yang anda inginkan.
- Selesai mendaftarkan akaun shopee anda.
CARA AKTIFKAN AKAUN SHOPEEPAY
Pastikan anda aktifkan akaun SHOPEE PAY anda setelah siap daftar akaun. Cara daftar Shopee Pay adalah seperti berikut:
- Login akaun Shopee anda: www.shopee.com.my
- Masukkan Username dan Password anda, tekan login
- Klik pada Shopee Pay untk aktifkan
- Masukkan No kad Pengenalan anda untuk disahkan
- Klik Picture untuk masukkan wajah anda. (contoh panduan diberikan)
- Kemudian anda dikehendaki mengambil gambar anda beserta kad pengenalan anda. (contoh panduan diberikan)
- Setelah lengkap semuanya, Shopee akan mengesahkan akaun anda dalam jangka masa 24 jam.
CARA DAFTAR SHOPEE SELLER
Anda sudah ada akaun Shopee, kini anda sudah dibenarkan untuk menjadi Seller atau ingin menjual, anda kena daftar yang lain pula iaitu:
- Layari: www.shopee.com.my
- Klik Seller Centre di bahagian kiri atas
- Tick pada I have read, dan klik Accept.
- Masukkan alamat atau lokasi anda bagi tujuan maklumat seller, klik Confirm
- Klik pada Shop Profile. Masukkan segala maklumat yang diperlukan
- Klik My Shipping. Disini terdapat 3 pilihan yang anda perlu tahu
- Shopee Supported Logistic SSL – Secara ringkas, anda akan post mengguanakn Airway Bill (AWB) dan anda perlu print.
- More Shipping Option (Others) – Anda boleh tentukan shipping cost anda.
- Shipping Fee Included – Jika anda on kan seolah-olah anda menjual barang yang kosnya termasuk harga postage.
- Kemudian anda perlu tetapkan bahagian payment.
- Anda perlu ke Setting > Basic Setting dan pilih Payment Setting.
- Anda perlu tetapkan wallet sendiri dimana segala bayaran daripada pelanggan akan masuk ke sini.
- Tekan Create (update) dan tetapkan pin number > send OPT dan masukkan kod yang diberikan kepada anda dan klik Next dan Confirm.
- Tetapkan Bank Akaun
- Pergi bahagian Finance > Bank Account dan klik Add Bank Account.
- Pilih bank yang anda ingin gunakan dan masukkan no akaun
- Selesai daftar akaun Shopee Seller
CARA MASUKKAN BARANGAN JUALAN DALAM SHOPEE
Adalah digalakkan menggunakan komputer atau laptop serta sudah sediakan segala gambar produk terlebih dahulu. Caranya adalah seperti berikut
- Pergi ke bahagian dashboard Seller Centre dan klik My Products.
- Klik pada Add New Product.
- Seterusnya pilih kategori produk anda. Sudah selesai klik Next.
- Seterusnya anda perlu masukkan butiran atau details berkaitan produk anda.
- Setelah selesai semuanya, klik Publish.
- Anda telah berjaya memasukkan barangan jualan anda
Ketahui juga tentang BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT PENGELUARAN DARIPADA SHOPPEPAY KE BANK?
Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari https://shopee.com.my/
Recent Comments