CARA MOHON TUNTUTAN TAKAFUL MALAYSIA BAGI KENDERAAN (CARA MOHON)

CARA MOHON TUNTUTAN TAKAFUL

APA ITU TAKAFUL MALAYSIA

Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K) atau nama ringkasnya, Takaful Malaysia atau Syarikat ditubuhkan pada tahun 1981 apabila Kerajaan Malaysia menubuhkan pasukan petugas bagi mengkaji kebolehlaksanaan penubuhan sebuah syarikat Insurans Islam di Malaysia.

Terkini Takaful Malaysia menyediakan portal online dikenali myTakafulCustomer khusus untuk para pelanggan. Portal ini memudahkan para pelanggan mengakses maklumat berkenaan polisi mereka sendiri

CARA MOHON TUNTUTAN TAKAFUL MALAYSIA


CARA MOHON TUNTUTAN TAKAFUL Untuk Mempercepatkan Tuntutan Motor

Langkah 1: Hubungi untuk bantuan

Hubungi talian 24 jam Tele Bantuan kami di 1800-888-788 untuk bantuan kemalangan, perkhidmatan tunda atau pembaikan kerosakan. Sebagai alternatif bagi pelanggan Takaful Motor Persendirian Komprehensif, sila muat turun applikasi Click for Cover untuk perkhidmatan Tele Bantuan yang lebih cepat dan mudah.

Click for Cover boleh didapati diApp Store atau Google Play
Sebarang pertanyaan berkenaan tuntutan dan sijil, hubungi Khidmat Pelanggan kami di 1-300-88-252-385.

Langkah 2: Kumpulkan Bukti

Catatkan butiran berikut:

  • Lokasi dan masa kemalangan
  • Maklumat peribadi pemandu yang terlibat dalam kemalangan (seperti nombor lesen memandu, nombor telefon dan alamat tempat tinggal)
  • Nama pengendali takaful/insurans kenderaan terlibat
  • Pembuatan/model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan jalan raya
  • Nombor pendaftaran trak tunda (jika ada)
  • Ambil gambar dan catatkan sejauh mana kerosakan pada kenderaan/harta benda yang terlibat
  • Lukis gambarajah ringkas kejadian kemalangan. Ini akan membantu anda ketika membuat laporan polis, apabila diminta untuk melakukannya.

Langkah 3: Membuat Laporan Polis

Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam. Kelewatan membuat laporan polis akan menyebabkan anda didenda.

Langkah 4: Maklumkan kepada kami

Maklumkan kepada kami dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh kemalangan. Kemukakan tuntutan motor berserta dokumen sokongan melalui aplikasi Click for Cover.
Sila hantar semua surat, tuntutan, saman atau writ yang diterima daripada pihak ketiga berkaitan kemalangan dengan segera.

Langkah 5: Hantar Kereta/Motosikal ke Bengkel Panel

  • Hantar kenderaan anda ke Bengkel Panel / Bengkel Motosikal Pilihan terdekat yang diluluskan kami.
  • Kami akan melantik ajuster untuk menaksir kerosakan. Sila bekerjasama dengan pihak penyiasat dan ajuster kerugian yang dilantik untuk melakukan penilaian bebas terhadap pembaikan yang disyorkan oleh bengkel panel.

CARA MOHON TUNTUTAN TAKAFUL Malaysia /Kerosakan Sendiri (OD)

1.Apa itu tuntutan kerosakan sendiri?

  • Tuntutan terhadap kerugian atau kerosakan yang dialami oleh kereta anda di dalam kemalangan pada sijil takaful anda sendiri sekiranya kemalangan itu adalah kesalahan anda.
  • Kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) akan hilang apabila anda melakukan tuntutan.
  • Hanya layak untuk sijil takaful motor komprehensif sahaja.​

2.Penyelesaian Tuntutan – Boleh Dibaiki

Nota:

  • Kereta anda berhemat untuk dibaiki.
  • ​Kereta anda akan dihantar untuk pembaikan di bengkel panel yang diluluskan.
  • Untuk keterangan lanjut as​as penyelesaian tuntutan ‘Boleh Dibaiki’, sila rujuk Takaful myMotor – Sijil Penuh Kenderaan Persendirian (rujuk dibahagian Basis of Settlement).

Dokumen yang diperlukan:

  • Borang Tuntutan Takaful Malaysia Kenderaan yang lengkap diisi
  • Salinan Laporan Polis
  • Salinan Saman Polis​ (jika ada)
  • Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Peserta yang Sah
  • Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemandu yang Sah
  • Salinan terkini Kad Pendaftaran Kenderaan atau Sijil Pemilikan Kenderaan
  • Anggaran daripada Orang yang Membaiki Kenderaan
  • Salinan Borang Pendaftaran Syarikat (Borang 9, 24 dan 49 – hanya sekiranya peserta adalah Syarikat)

3.Penyelesaian Tuntutan – Boleh Dibaiki

Penyelesaian Tuntutan – Tidak Berhemat Dibaiki (Beyond Economic Repair))
Nota:-

  • Sekiran​ya kerosakan kereta anda sangat teruk dan tidak selamat atau berhemat untuk dibaiki, Kami akan mengisyitiharkan Kereta Anda sebagai “Tidak Berhemat Dibaiki”
  • Untuk keterangan lanjut as​as penyelesaian tuntutan ‘Boleh Dibaiki’​, sila rujuk Takaful myMotor – Sijil Penuh Kenderaan Persendirian (rujuk dibahagian Basis of Settlement).
  • Sijil akan tamat secara automatik setelah pembayaran tuntutan dibuat.

Dokumen yang diperlukan:

  1. Borang Tuntutan Takaful Kenderaan yang lengkap diisi
  2. Salinan Laporan Polis
  3. Salinan Polis Saman (jika ada)
  4. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Peserta yang Sah
  5. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemandu yang Sah
  6. Salinan Borang Pendaftaran Syarikat (Borang 9, 24 dan 49 – hanya sekiranya peserta adalah Syarikat)​

Setelah tuntutan diluluskan (setelah surat tawaran dikeluarkan):

  1. Kunci Kenderaan
  2. Surat akur janji daripada syarikat kewangan
  3. Borang JPJ K3 dalam 2 salinan yang telah ditandatangani dan dicop (jika kenderaan syarikat)
  4. Borang JPJ K1C yang telah ditandatangani dan dicop (jika kenderaan syarikat)
  5. Surat resolusi yang telah ditandatangani oleh pengarah dan disahkan Sekretari Syarikat ​ (jika kenderaan syarikat)
  6. Borang `Approved Permit & Custom Declaration’ (jika kenderaan import)
  7. Kad Pendaftaran Kenderaan Asal yang ditandatangani dan dicop (sekiranya kenderaan syarikat) (lihat contoh) atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) yang asal (lihat contoh) berserta carian/ekstrak JPJ berkenaan “Maklumat Terperinci Kenderaan dan Insurans”.
  8. Borang Pindahan Terus yang telah ditandatangani dan salinan buku simpanan bank atau penyata bank
  9. Resit Perlepasan yang telah ditandatangani bersama oleh peserta dan dicop oleh syarikat kewangan

ARTIKEL LAIN : KLIK SINI RENEW INSURANS ROADTAX KENDERAAN

CARA MOHON TUNTUTAN TAKAFUL /Jenis Tuntutan-Tuntutan Takaful Malaysia


1.Kerosakan Sendiri – Knock for Knock (OD-KFK)


Definisi
OD-KFK adalah tuntutan Own Damage Knock for Knock (OD-KFK) sekiranya berlaku kemalangan kenderaan dan bukan disebabkan kesalahan peserta, anda boleh membuat tuntutan OD-KFK terhadap perlindungan komprehensif takaful/insurans sendiri tanpa menjejaskan kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) dan lebih cepat.

Berdasarkan perjanjian di antara dua syarikat takaful/insurans di mana apabila peserta/ pemegang sijil bagi kedua-dua syarikat mengalami kerugian/kehilangan/kerosakan di dalam kejadian sama yang dilindungi (selalunya kemalangan motor); setiap pengendali takaful/insurans akan menanggung kerugian yang dialami oleh peserta/pemegang sijil mereka sendiri tanpa mengambil kira pihak yang didapati bersalah.

Nota: Ini ditentukan oleh keadaan kemalangan dan juga melalui Keputusan Siasatan Polis. Peserta harus memastikan pihak ketiga mempunyai perlindungan takaful /insurans bagi membolehkan tuntutan OD-KFK dibuat. Tuntutan OD-KFK tidak terpakai bagi kenderaan yang mengutip sewa dan tambang seperti teksi, bas dan kereta sewa.

Dokumen yang diperlukan tuntutan takaful malaysia:

  1. Borang Tuntutan Takaful Kenderaan yang lengkap diisi
  2. Salinan Laporan Polis
  3. Salinan Polis Saman (jika ada)
  4. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Peserta yang Sah
  5. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemandu yang Sah
  6. Salinan terkini Kad Pendaftaran Kenderaan atau Sijil Pemilikan Kenderaan
  7. Anggaran daripada Orang yang Membaiki Kenderaan
  8. Salinan Borang Pendaftaran Syarikat (Borang 9, 24 dan 49 – hanya sekiranya peserta adalah Syarikat)

Dokumen Tambahan tuntutan takaful malaysia:

  1. Salinan Laporan Polis Pihak Ketiga
  2. Gambarajah Kemalangan oleh pihak polis
  3. Keputusan Siasatan Polis
  4. Carian JPJ perlindungan takaful/insuran pihak ketiga​
  5. Surat akuan dari peserta yang telah ditandatangan

2.Kecurian tuntutan takaful malaysia CARA MOHON TUNTUTAN TAKAFUL

Definasi
Tuntutan dibuat jika kenderaan dicuri dan hanya sah untuk perlindungan takaful motor komprehensif atau kebakaran dan kecurian pihak ketiga.

Dokumen yang diperlukan:

  1. Borang Tuntutan Takaful Kenderaan yang lengkap diisi
  2. Salinan Laporan Polis
  3. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Peserta yang Sah
  4. Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemandu yang Sah

Setelah tuntutan diluluskan (setelah surat tawaran dikeluarkan):

  • Kunci Kenderaan
  • Surat akur janji daripada syarikat kewangan
  • Borang JPJ K3 yang telah ditandatangani dan dicop (jika kenderaan syarikat)​​ dalam 2 salinan
  • Borang JPJ K1C yang telah ditandatangani dan dicop (jika kenderaan syarikat)
  • Surat resolusi yang telah ditandatangani oleh pengarah dan disahkan Sekretari Syarikat
  • Police Investigation Result / Keputusan Siasatan Polis
  • Borang Pindahan Terus yang telah ditandatangani dan salinan buku simpanan bank atau penyata bank
  • Kad Pendaftaran Kenderaan Asal yang ditandatangani dan dicop (jika kenderaan syarikat sahaja) (lihat contoh) atau Sijil Pemilikan Kenderaan “Vehicle Ownership Certificate” (VOC) yang asal (lihat contoh) berserta carian/ekstrak JPJ berkenaan “Maklumat Terperinci Kenderaan dan Insurans”

3.Cermin Kereta

Definisi
Tuntutan untuk menggantikan atau membaiki mana-mana kaca pada cermin depan/belakang, tingkap atau bumbung matahari yang pecah secara tidak sengaja. Anda tidak akan kehilangan kelayakan NCD jika tuntutan ini dibuat di bawah perlindungan manfaat tambahan cermin kereta. Sila rujuk Takaful myMotor – Sijil Penuh Kenderaan Persendirian (rujuk di bahagian Endorsement C089) untuk maklumat lanjut:

Terdapat dua jenis Tuntutan Cermin:

  1. Penggantian:
  • Manfaat perlindungan tambahan cermin kereta akan tamat sebaik sahaja kaca itu diganti.
  • Sekiranya ingin terus menikmati perlindungan ini anda perlu kuat kuasakan semula perlindungan cermin kereta dan bayar sumbangan tambahan kepada kami.
  1. Pembaikan:
  • Jika kaca yang pecah dibaiki, maka manfaat tambahan perlindungan cermin kereta akan diteruskan tetapi amaun jumlah perlindungan berkurangan setelah ditolak dengan kos pembaikan.
  • Anda boleh kuat kuasakan semula amaun dengan membayar sumbangan tambahan kepada kami atau kekalkan baki yang ada selepas tuntutan.


Dokumen yang diperlukan tuntutan takaful malaysia:

  • Borang Tuntutan Takaful Kenderaan yang lengkap diisi
  • Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Peserta yang Sah
  • Salinan terkini Kad Pendaftaran Kenderaan (lihat contoh) atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) (lihat contoh)
  • Bil Tunai Asal
  • Gambar menunjukkan kerosakan
  • Gambar selepas penggantian cermin kereta​
  • ​Surat Kebenaran Pembayaran (sekiranya peserta sudah menggantikan cermin kereta di bengkel)
  • Salinan Borang Pendaftaran Syarikat (Borang 9, 24 dan 49 – hanya sekiranya peserta adalah Syarikat)

4.Kerosakan Harta-benda Pihak Ketiga (TPPD)


Definasi

Tuntutan yang dibuat oleh anda terhadap Syarikat Insurans /Takaful Pihak Ketiga untuk kos pembaikan sekiranya kemalangan berlaku berkaitan dengan perjanjian KFK ( Knock-for-Knock).

Dokumen yang diperlukan:

  • Salinan Laporan Polis
  • Pelan Lakaran dan Kunci (Police Sketch Plan and Key)
  • Hasil Siasatan daripada Polis
  • Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemilik Pihak Ketiga yang Sah
  • Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemandu yang Sah
  • Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (lihat contoh) atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) (lihat contoh)
  • Gambar Pelekat Cukai Jalan
  • Laporan Pelaras, Bil, Resit and Gambar yang Asal
  • Tuntutan Kerosakan/Quantificasi
  • Anggaran daripada orang yang membaiki (untuk tuntutan yang minor, pelaras tidak akan dilantik)
  • Resit bayaran asal kepada orang yang membaiki untuk Excess dan Undercover (untuk kerugian uncovered)

5.Kecederaan Tubuh Badan dan Kematian Pihak Ketiga (TPBI)

Definisi
Tuntutan kecederaan/kematian pihak ketiga di dalam kemalangan melibatkan kenderaan peserta. ​

Dokumen yang diperlukan:

  • Surat perlantikan sebagai peguam plantif
  • Saman dan Penyata Tuntutan
  • Anggaran tuntutan
  • Laporan –laporan polis Plantif dan Defenden
  • Keputusan siasatan polis
  • Laporan perubatan dan laporan pakar
  • Penyemakan JPJ
  • Rajah kasar dan kekunci serta gambar asal pihak polis
  • Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Plantif yang Sah
  • Polisi insuran kenderaan Plantif

6.Penundaan dan Pembersihan Akibat Banjir

Definisi
Sekiranya kereta anda mengalami kerosakan akibat banjir, banjir kilat, limpahan air dari parit, longkang, sungai atau banjir lumpur yang memerlukan penundaan dan pembersihan, anda boleh mengemukakan dokumen yang diperlukan untuk tuntutan pembayaran balik kos penundaan dan pembersihan berkenaan. Setelah dokumen lengkap diterima, kami akan membayar balik sehingga had jumlah perlindungan yang dipilih di dalam Jadual. Sila rujuk Takaful myMotor – Sijil Komprehensif Kenderaan Persendirian (rujuk Endorsemen C203) untuk maklumat lanjut.

Dokumen yang diperlukan:

  • Borang Tuntutan Takaful Kenderaan yang lengkap diisi
  • Salinan Laporan Polis
  • Invois Asal
  • Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Peserta yang Sah
  • Salinan terkini Kad Pendaftaran Kenderaan (lihat contoh) atau Sijil Pemilikan Kenderaan (lihat contoh)
  • Gambar sebelum dan selepas proses pembersihan​

7.Penggantian Kunci

Definisi
Tuntutan yang dibuat sekiranya kunci kereta dicuri atau hilang di dalam tempoh perlindungan takaful. Setelah kami menerima dokumen lengkap, kami akan membayar balik 80% kos penggantian kunci sehingga had jumlah perlindungan yang dipilih di dalam Jadual. Sila rujuk Takaful myMotor – Sijil Komprehensif Kenderaan Persendirian (rujuk Endorsemen C202) untuk maklumat lanjut.

Dokumen yang diperlukan:

  • Borang Tuntutan Takaful Kenderaan yang lengkap diisi
  • Salinan Laporan Polis
  • Invois Asal
  • Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Peserta yang Sah
  • Salinan terkini Kad Pendaftaran Kenderaan (lihat contoh) atau Sijil Pemilikan Kenderaan (lihat contoh)
  • ​​​​​​​​​​​​

ARTIKEL LAIN : KLIK SINI RENEW INSURANS ROADTAX KENDERAAN