KAEDAH PENGIRAAN TARIKH PERGERAKAN GAJI (TPG) TAHUNAN PENJAWAT AWAM (SPA)

TARIKH PERGERAKAN GAJI

APA ITU TARIKH PERGERAKAN GAJI (TPG)

Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) merujuk kepada tarikh kenaikan gaji bagi seorang penjawat awam.

Tidak kira di sektor awam atau swasta, kebiasaannya setiap pekerja akan diberikan kenaikan gaji selari dengan pertambahan pengalaman setiap tahun.

Bagi sektor swasta, amalan biasa kenaikan gaji adalah pada tahun berikutnya pada bulan yang sama dengan kemasukan kerja – misalnya jika kita baru menyertai sesebuah syarikat itu pada bulan Jun, maka pergerakan kita adalah pada bulan Jun setiap tahun.

Bagi sektor penjawat awam pula, kiraannya sedikit berbeza dengan anda boleh merujuk kepada Akta dan Surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia.


Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) adalah merujuk kepada tarikh pemberian kenaikan gaji tahunan kepada penjawat awam.

KADAR KENAIKKAN GAJI TAHUNAN


Kadar kenaikkan gaji tahunan adalah berbeza mengikut gred pangkat. Berikut adalah merupakan kadar kenaikkan gaji iaitu:

KUMPULAN PELAKSANANKUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL
Gred 11 – RM80
Gred 14 – RM90
Gred 16 – RM95
Gred 19 – RM100
Gred 22 – RM115
Gred 26 – RM125
Gred 29 – RM145
Gred 32 – RM155
Gred 36 – RM180
Gred 40 – RM225
Gred 41 – RM225
Gred 42 – RM225
Gred 44 – RM250
Gred 48 – RM270
Gred 52 – RM290
Gred 54 – RM320

KAEDAH PEMBERIAN KENAIKKAN GAJI TAHUNAN


Kaedah pemberian Pergerakan Gaji Tahunan sedia ada adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai ditambah dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) mengikut gred, terhad kepada amaun gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM) 2016 (tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia).

PENENTUAN TARIKH PERGERAKAN GAJI (TPG) TAHUNAN


Untuk makluman anda, penentuan bagi TPG akan adalah 4 peringkat iaitu pada bulan:

  • 1 Januari
  • 1 April
  • 1 Julai
  • 1 Oktober

FAKTOR PENETAPAN TARIKH PERGERAKAN GAJI (TPG) TAHUNAN

Berikut adalah merupakan faktor yang penetapan TPG anda iaitu:

  • Tarikh lantikan (baharu)

FAKTOR PERUBAHAN TARIKH PERGERAKAN GAJI (TPG) TAHUNAN

Berikut adalah merupakan faktor yang akan merubahkan TPG anda iaitu:

  • Tarikh Naik Pangkat
  • Tindakan Tatatertib: Tangguh pergerakkan gaji

CARA KIRA TARIKH PERGERAKAN GAJI (TPG) TAHUNAN


Disini kami akan kongsikan kepada anda beberapa contoh untuk anda jadikan rujukan iaitu:

SITUASICONTOH
Pegawai Lantikan BaharuTarikh lantik antara Jan – Mac: TPG adalah pada 1 Jan tahun berikutnya
Tarikh lantik antara Apr – Jun: TPG adalah pada 1 Apr tahun berikutnya
Tarikh lantik antara Jul – Ogos: TPG adalah pada 1 Jul tahun berikutnya
Tarikh lantik antara Okt – Dis: TPG adalah pada 1 Okt tahun berikutnya
Pegawai Naik PangkatNaik Pangkat antara Jan – Mac: TPG adalah pada 1 Jan tahun berikutnya
Naik Pangkat antara Apr – Jun: TPG adalah pada 1 Apr tahun berikutnya
Naik Pangkat antara Jul – Ogos: TPG adalah pada 1 Jul tahun berikutnya
Naik Pangkat antara Okt – Dis: TPG adalah pada 1 Okt tahun berikutnya
Pegawai Dikenakan Tindakan Tatatertib Tangguh pergerakkan gajiSebagai contoh, Pegawai A dikenakan hukuman Tangguh Pergerakan Gaji selama 6 bulan pada oktober 2022. Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pegawai sedia ada adalah pada bulan Julai 2022
Tarikh kuatkuasa hukuman adalah pada bulan Julai 2023 sehingga Disember 2023. TPG baharu pegawai adalah pada Janauri 2024 dan sehingga capai tangga gaji maksimum adalah pada setiap bulan Oktober.

KADAR KENAIKKAN GAJI BAGI PEGAWAI TELAH MENCAPAI GAJI MAKSIMUM

Pegawai yang layak untuk menerima pemberian pergerakan gaji tahunan berdasarkan kadar tetap 3% adalah sepertimana yang ditetapkan melalui Perkara 5, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020.

DIAWALKAN PERGERAKKAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN (PGT) KEPADA PEGAWAI YANG MENINGGAL DUNIA SEBELUM TARIKH PERGERAKAN GAJI (TPG)

Anda boleh merujuk pada Pekeliling dan soalan lazim melalui pautan di bawah:

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2019 – JPA

ARTIKEL LAIN : KWSP PENGELUARAN TERKINI