CARA CHECK NOMBOR SOCSO:CARA CHECK GUNA IC NOMBOR AHLI PERKESO

CHECK NOMBOR SOCSO

Tahukah anda, PERKESO / SOCSO memberikan pelbagai kemudahan kepada pekerja, terutamanya bantuan seperti kehilangan pekerjaan, perlindungan / pampasan akibat COVID-19 akibat jangkitan tempat kerja dan juga kecederaan.

Dalam situasi pandemik Covid-19 ini, anda mungkin boleh mendapat pelbagai faedah dan membuat tuntutan daripada PERKESO.

Maka penting untuk pekerja mengetahui nombor SOCSO atau no PERKESO masing-masing.

Dalam situasi pandemik Covid-19 ini,ramai rakyat Malaysia hilang bekerja dan mulakan pekerjaan yang baharu,hal yang penting bagi pekerja adalah nombor SOCSO atau nombor PERKESO.

Jika anda terlupa,bagaimanakah cara untuk check nombor SOCSO?Kami akan kongsikan cara mudah dan terkini untuk buat semakan nombor ahli PERKESO bagi memudahkan anda menguruskan hal pekerjaan.

APA ITU NOMBOR SOCSO?

Nombor SOCSO adalah nombor identiti bagi seseorang pekerja.Nombor ini digunakan untuk urusan caruman dan tuntutan jika berlaku kemalangan bagi melindungi keselamatan pekerja di Malaysia

Apakah nombor ahli PERKESO saya?

Nombor ahli PERKESO anda adalah nombor kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

CARA CHECK NOMBOR SOCSO MELALUI SLIP GAJI

Melalui slip gaji,anda juga boleh dapatkan nombor SOCSO.

CARA CHECK NOMBOR SOCSO MELALUI TALIAN KHIDMAT PELANGGAN

Sila hubungi 1-300-22-8000 untuk dapatkan maklumat tentang no SOCSO anda.

SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN MAJIKAN DAN PEKERJA

Jika anda ingin bekerja di sesebuah syarikat,anda boleh membuat semakan sama ada syarikat tersebut berdaftar dengan PERKESO.

Hal ini penting untuk memastikan majikan anda mengambil berat tentang keselamatan dan masa depan anda dengan mencarum SOCSO.

SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN MAJIKAN (PERKESO)

Berikut adalah cara buat semakan status pendaftaran majikan:

  • Layari http://esemak.perkeso.gov.my/
  • Pilih menu Majikan dan masukkan Nama Majikan / Nombor Kod Majikan
  • Status dan maklumat majikan akan dipaparkan.

ARTIKEL LAIN : PERMOHONAN BANTUAN PERKESO

SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN PEKERJA (PERKESO)

Berikut adalah cara buat semakan status pendaftaran pekerja:

  • Layari http://esemak.perkeso.gov.my/
  • Untuk menyemak status pendaftaran pekerja, pilih menu Pekerja dan masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa ‘-‘
  • Status dan maklumat pekerja akan dipaparkan.

Jadilah pekerja yang bijak dan ketahui hak anda sebagai majikan.Sila pastikan maklumat penting da dokumen seperti nombor SOCSO disimpan ditempat yang selamat dan mudah diakses bagi memudahkan urusan pekerjaan anda.