PERMOHONAN BANTUAN PERKESO RM600 2022: CARA CLAIM

BANTUAN PERKESO

Kepada ahli perkeso yang terkesan akibat penangan wabak covid-19 terutamanaya kepada  kalangan pekerja dan majikan mula terasa bahangnya. Ini berlaku apabila kerajaan Malaysia mula bertindak drastik untuk tidak membenarkan rakyat Malaysia keluar rumah kecuali untuk urusan yang dibenarkan sahaja.

Kepada golongan perniaga dan pekerja serta majikan di Malaysia yang terjejas, pihak socso Malaysia telah melancarkan bantuan kewangan RM600 yang diumumkan kerajaan Malaysia. Sudah semestinya anda ingin mengetahui cara membuat permohonan, melalui artikel ini kami akan kongsikan.

 SEDIKIT MENGENAI BANTUAN PERKESO

Bantuan perkeso RM600 ini adalah merupakan usaha pihak kerajaan Malaysia melalui socso login di bawah Sistem Insurans Pekerjaan bagi membendung situasi ada kalangan majikan terpaksa memberikan notis cuti tanpa gaji dek kerana masalah kewangan syarikat yang meruncing sepanjang wabak ini berlangsung.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PERKESO

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk bantuan cuti tanpa gaji ini:

  1. Terbuka kepada mana-mana daripada anda sebagai pekerja swasta telah pun mencarum berdasarkan kadar caruman sip Sistem Insurans Pekerjaaan
  2. Jika anda hanya menerima gaji RM4000 sebulan dan ke bawah, anda layak untuk memohon bantuan rm600 perkeso ini ini
  3. Anda hanya layak mohon bantuan ini jika telah melalui sekurang-kurangnya 30 hari cuti tanpa gaji. Contohnya jika anda diberikan cuti tanpa gaji oleh majikan selama 4 bulan contohnya. Dan anda sudah pun cuti tanpa gaji selama 30 hari, hari yang ke 31 anda sudah layak untuk memohon dan berpeluang untuk menerima RM600 sebulan dan berjumlah RM2,400 untuk tempoh 4 bulan lamanya.

CARA PERMOHONAN BANTUAN PERKESO

Adakah anda memenuhi syarat kelayakan? Sekiranya ya disini kami kongsikan cara untuk membuat permohonan:

  1. Kepada anda yang berminat boleh membuat  permohonan dengan cara memuat turun (download) Borang Permohonan ERPC-19
  2. Setelah download borang tersebut, lengkapkan segala maklumat yang diperlukan
  3. Borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar terus melalui emel rasmi ini erpc19@perkeso.gov.my

Nota: Segala permohonan akan dilakukan sendiri oleh pihak majikan anda.

CARA PEMBAYARAN BANTUAN PERKESO

Kepada yang melepasi syarat kelayakan yang telah pun ditetapkan, anda akan diberikan bayaran sebanyak RM600 oleh pihak perkeso melalui majikan anda.

Majikan anda yang diberikan tanggungjawab untuk menyerahkannya kepada anda. Kegagalan majikan berbuat demikian, tindakan keras akan diambil terhadap majikan yang tidak amanah.

Bayaran bantuan socso rm600 sebulan ini sebagai ganti cuti tanpa gaji anda bergantung kepada jumlah notis cuti tanpa gaji yang diberikan oleh majikan anda. Maksimum had yang telah ditetapkan adalah sehingga 6 bulan sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Baca juga Tentang RUMAH MAMPU MILIK KHAS B40 (TEDUH)