BANTUAN STR FASA 3 BAYARAN (TARIKH DAN JADUAL BAYARAN)

BANTUAN STR FASA 3

Lebih 8 juta golongan B40 yang layak bakal menerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 (STR 3) mulai 26 Jun 2023.

“Kerajaan telah memutuskan pembayaran STR 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023. Ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat,” kata YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pembayaran ini membabitkan bperuntukan lebih RM2 bilion di mana penerima akan menerima antara RM100 hingga RM1,300 berdasarkan kelayakan masing-masing mengikut kaedah pembayaran seperti berikut:

Fasa pertama dan kedua STR telah disalurkan pada bulan Januari dan April lepas. Ketiga- tiga fasa STR ini melibatkan peruntukan pembayaran berjumlah RM5 bilion bagi tahun 2023. Pembayaran fasa keempat STR dijangka pada bulan November 2023.

Status kelulusan STR 3 dibuka untuk semakan mulai 26 Jun 2023. Sebagai langkah memastikan program STR 3 ini disasarkan kepada mereka yang layak, tempoh permohonan rayuan juga akan dibuka mulai 3 hingga 31 Julai 2023. Bagi permohonan yang ditolak, pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Maklumat lanjut berkaitan pembayaran STR 3 ini boleh dilayari di Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Bantuan yang diperuntukkan untuk golongan B40 kini diberi nama baru iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

STR adalah bantuan kewangan yang menggantikan Bantuan Tunai Rakyat, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan bantuan kewangan sebelumnya.

STR diberikan kepada golongan B40 yang berkelayakan, yang terdiri dari kategori bujang dan isi rumah berkeluarga.

Kerajaan membawa ke depan konsep ini yang disebut sebagai Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan. Dan untuk mengatasi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Pengenalan STR

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup
  • Kerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 dalam bentuk bakul makanan/baucar untuk barang makanan asas kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih
  • Bayaran STR akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
    • Bayaran Fasa 3 akan dikreditkan terus ke akaun bank kepada penerima yang lulus mulai 26 Jun 2023 hingga 5 Julai 2023
    • Bayaran Fasa 3 bagi penerima yang lulus tetapi tiada akaun bank (termasuk Sabah & Sarawak), tuntutan tunai boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Jun 2023
    • Bagi permohonan baru STR 2023 yang berstatus “TIDAK LULUS”, permohonan rayuan akan dibuka mulai 3 Julai 2023 hingga 31 Julai 2023
  • Penerima bayaran STR Fasa 3 merujuk kepada penerima yang telah membuat permohonan baharu/kemaskini permohonan pada 1 Mac 2023 – 31 Mac 2023 dan telah disemak oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)
  • Semakan status kelulusan STR Fasa 3 boleh dibuat melalui Portal Rasmi STR mulai 26 Jun 2023
  • Pembayaran fasa 4 STR dijangka pada bulan November 2023

Kelayakan Bantuan STR Fasa 3 Bayaran

  • Penerima bayaran STR Fasa 3 merujuk kepada penerima yang telah membuat permohonan baharu/kemaskini permohonan pada 1 Mac 2023 – 31 Mac 2023. Dan telah disemak oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)

Kategori Umur Pendapatan (RM)
Isi Rumah Tiada Had Umur ≤ 5,000
Warga Emas Sebatang Kara ≥ 60 tahun ≤ 5,000
Bujang 21 tahun – 59 tahun ≤ 2,500
Bujang OKU 19 tahun – 59 tahun ≤ 2,500
Isi Rumah Miskin Tegar Tiada Had Umur ≤ 1,169

Cara Memohon STR Fasa 3 Bayaran

  • Tarikh semakan status kelulusan STR Fasa 3 boleh dibuat mulai 26 Jun 2023 melalui Portal Rasmi STR
  • Bagi pemohon yang berstatus “LULUS”, kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

Jenis Penerima Tarikh Pembayaran Kaedah Pembayaran


Mempunyai akaun bank 26 Jun 2023 hingga 5 Julai 2023 Dikreditkan terus ke akaun bank
Tiada akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak) 26 Jun 2023 Pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Jenis Penerima Tarikh Pembayaran Kaedah Pembayaran

  • Mempunyai akaun bank 26 Jun 2023 hingga 5 Julai 2023 Dikreditkan terus ke akaun bank
  • Tiada akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak) 26 Jun 2023 Pembayaran tunai melalui cawangan Bank

Simpanan Nasional (BSN)

  • Bagi pemohon yang berstatus “TIDAK LULUS”. Permohonan rayuan akan dibuka mulai 3 Julai 2023 hingga 31 Julai 2023 di Portal Rasmi STR dengan mengemukakan dokumen berkaitan bagi tujuan semakan semula oleh pihak LHDN

Permohonan Rayuan STR 2023

  • Tempoh Permohonan Rayuan STR 2023:
    • Mulai 03 sehingga 31 Julai 2023.
  • Permohonan Rayuan STR 2023 secara dalam talian boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus tertentu sahaja.
  • Rayuan Tambahan tidak dibenarkan kepada Permohonan Lulus STR kategori Isi Rumah dengan amaun kelulusan asas sebanyak RM2,500.
  • Perkhidmatan kaunter STR LHDNM dibuka untuk Permohonan Rayuan STR 2023.

Artikel Lain : RAYUAN STR FASA 3