CARA RENEW SSM DI EZBIZ SECARA ONLINE

CARA RENEW SSM

Lesen SSM adalah satu lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana ianya satu lesen menunjukkan sama ada individu atau organisasi berkenaan menjalankan perniagaan jenis apa dan siapakah pemilik perniagaanya.

Lesen SSM kini boleh diperbaharui hanya secara atas talian. Ianya lebih mudah tanpa anda perlu hadir ke pejabat SSM yang berhampiran anda. Di sini kami kongsikan cara untuk anda renew SSM secara online.

Jika dilihat, banyak syarikat yang menawarkan servis untuk memperbaharui syarikat. Namun, SSM sendiri menawarkan cara yang official dari laman web mereka untuk anda renew lesen terus dari skrin peranti anda dari rumah.

​Apaka​h EzBiz?

Sistem perkhidmatan bagi pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh SSM untuk membenarkan pengguna untuk melakukan pendaftaran perniagaan baru, pendaftaran perubahan maklumat perniagaan, pembaharuan perakuan pendaftaran dan penamatan perniagaan.
Perkhidmatan EzBiz adalah 24 jam sehari, 7 hari seminggu dengan mengakses laman web https://ezbiz.ssm.com.my/.


CARA RENEW SSM ONLINE /Bagaimana untuk menggunakan EzBiz?

  • Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap.
  • Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  • Setiap pemilik / rakan kongsi perlu mendaftar sebagai pengguna Ezbiz Online. Sila rujuk ​Panduan Mendaftar Akaun Pengguna​​​​


Apakah perkhidmatan yang ditawarkan?

  1. Pendaftaran perniagaan baru:
  • Nama Sendiri
  • Name ‘Tred’
  1. Pendaftaran perubahan maklumat perniagaan:
  • Perubahan Alamat Perniagaan
  • Perubahan Jenis Perniagaan
  • Perubahan Maklumat Cawangan
  • Perubahan maklumat pemilik / rakan kongsi
  1. Pembaharuan perakuan pendaftaran. (boleh dibuat sebelum tamat hingga dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh tamat perakuan pendaftaran)
  2. Penamatan Perniagaan :- Hanya untuk perniagaan aktif (sebelum tamat tempoh perakuan pendaftaran)
  3. Perkhidmatan kompaun
  • Untuk menyemak kompaun tertunggak
  • Melakukan pembayaran kompaun

Fi Pendaftaran dan Pembaharuan

  • Pendaftaran Perniagaan baru:
    • Nama Sendiri = RM30.00 setahun
    • Nama ‘Tred’ = RM60.00 setahun
  • Perubahan butir-butir perniagaan = RM20.00
  • Cawangan = RM5 setahun bagi setiap cawangan
  • Penamatan Perniagaan = Tiada bayaran diperlukan
  • Pembaharuan Perniagaan
    • Nama Sendiri = RM30.00 setahun
    • Nama ‘Tred’ = RM60.00 setahun
    • Cawangan = RM5.00 setahun bagi setiap cawangan
  • Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00

Apakah cara pembayaran?

Kad Kredit dan FPX (Financial Process Exchange – Perbankan Online)

Tatacara Pengguna Ezbiz

  • Panduan Mendaftar Akaun Pengguna Ezbiz​​
  • Panduan Permohonan Nama Perniagaan
  • Panduan Pendaf​taran Perniagaan Baru​​
  • Panduan Perubahan Maklumat P​erniagaan​​​​
  • Panduan Pemb​aharuan Pendaftaran Perniagaan ​
  • Panduan Penamatan Perniagaan​​
  • Panduan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SP​PP) SSM​​​
  • Panduan Skim 1 OKU 1 Pe​rniagaan (S1O1P)​​
  • Tanggungjawab Pemilik Perniagaan

Piagam Pelanggan Ezbiz Online

Dalam tempoh satu hari (24 jam) bekerja selepas permohonan diterima
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel ke enquiry[at]ssm.com.my .

BERAPAKAH KOS UNTUK RENEW SSM EZBIZ ONLINE?

Kosnya bermula dari RM40 termasuk caj perkhidmatan. Kos untuk pembaharuan dalam talian sedikit berbeza kerana perkhidmatan pembaharuan yang cepat dan anda akan mendapatkan dokumen dalam softcopy (fail pdf).

CARA DAFTAR eZBIZ

Sebagai pengguna kali pertama seharusnya anda mendaftar terlebih dahulu. Berikut adalah merupakanc aranya:

  1. Layari portal eZBIZ: ezbiz.ssm.com.my
  2. Tekan pada “Sign Up”.
  3. Isikan semua maklumat yang bertanda ()
  4. Selepas selesai, tekan “Register”.
  5. Isikan semua maklumat yang bertanda ().
  6. Tanda √ di bahagian “Declaration”
  7. Selepas selesai, tekan “Save”.
  8. Pengguna akan menerima notifikasi emel untuk pengaktifan akaun pengguna Ezbiz.
  9. Pengguna perlu mengesahkan emel terlebih dahulu dengan klik CLICK HERE TO VERIFY EMAIL di emel yang berdaftar di Portal Ezbiz Online sebelum Sign In di portal Ezbiz

CARA AKTIFKAN AKAUN eZBIZ

Setelah Berjaya proses pendaftaran, anda dikehendaki untuk mengaktifkan akaun anda. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari portal eZBIZ: ezbiz.ssm.com.my
  2. Log masuk ke akaun anda:
    • Masukkan “USERNAME”
    • Masukkan “PASSWORD” – boleh klik ikon mata jika ingin lihat kata laluan yang telah ditaip.
    • Masukkan “VERIFICATION CODE” dan;
  3. Setelah lengkap Klik “Sign In”
  4. Klik user profile dan pilih user verification request
  5. Klik add new; dan Lampirkan dokumen wajib seperti berikut
    • Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang atau dokumen pengenalan sementara yang belum tamat tempoh (jika tiada kad pengenalan) di ruangan upload Mykad/MyPR; (saiz dokumen tidak melebihi 3mb, JPEG,PDF);
    • Gambar yang jelas dengan pemohon memegang kad pengenalan di paras leher di ruangan Upload Selfie; (saiz dokumen tidak melebihi 3mb, JPEG,PDF); dan
    • Kemukakan salah satu dokumen rasmi seperti lesen memandu / Passport / Sijil lahir / bil. utiliti atau dokumen rasmi atas nama sendiri di ruangan Supporting Document. (saiz dokumen tidak melebihi 3mb, JPEG,PDF).
  6. Setelah lengkap Klik submit
  7. Seterusnya, pengguna perlu membuat janji temu pengesahan pengguna dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan ini untuk mengaktifkan akaun pengguna.
  8. Pihak SSM akan menghubungi pengguna melalui panggilan video menggunakan aplikasi WhatsApp pada tarikh dan masa yang ditetapkan sebelum pengaktifan akaun pengguna dilakukan.

CARA RENEW SSM GUNA EZBIZ

Berikut adalah cara untuk renew lesen pernigaan anda menggunakan ezBIZ:

  1. Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Log Masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkan
  3. Klik bahagian ‘My Business Service’
  4. Pilih ‘Renewal by Owners’
  5. Kemudian pendaftaran perniagaan anda akan dipaparkan.
  6. Klik di simbol ‘Action’ untuk meneruskan proses pembaharuan lesen perniagaan.
  7. Semak maklumat perniagaan dan lengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan
  8. Pilih tempoh pembaharuan perniagaan yang diinginkan (1 tahun – 5 tahun). Klik Proceed to Payment.
  9. Detail pembayaran akan keluar, klik Pay Online. Buat bayaran mengikut transaksi yang dipilih.
  10. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa 15 minit selepas transaksi pembayaran dibuat.

NOTA: Pembaharuan pendaftaran perniagaan melalui Ezbiz Online dilakukan secara auto approved.

Syarat Perbaharui Lesen Perniagaan SSM

  1. Pemilik atau Orang Yang Bertanggunjawab sahaja dibenarkanuntuk membuat permohonan.
  2. Sijil Perakuan Pendaftaran boleh diperbaharui bila-bila masa sebelum tarikh luput pendaftaran sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh luput pendaftaran.

SOALAN LAZIM

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengesahan melalui panggilan video?
    Open Menu
    Ia merupakan kaedah tambahan bagi pengesahan pengguna untuk pengaktifan akaun pengguna EzBiz bagi meningkatkan lagi integriti perkhidmatan EzBiz Online.
  • Pendaftaran Akaun Pengguna EzBiz Online
  1. Bagaimana pengesahan panggilan video dilakukan?
    Open Menu
    ​Pengguna perlu membuat tempahan janji temu terlebih dahulu dan pihak SSM akan membuat panggilan video berdasarkan tarikh dan masa janji temu yang telah ditempah oleh pelanggan.
  • Pendaftaran Akaun Pengguna EzBiz Online
  1. Bagaimana saya boleh membuat tempahan janji temu untuk pengesahan ID EzBiz Online melalui panggilan video?
    Open Menu
    ​Pautan/link kepada borang janji temu akan diberikan setelah pengguna melengkapkan dan menghantar maklumat dan dokumen di portal ezbiz.​ssm.com.my (User Profile > User Verification Request) bagi pendaftaran pengguna​.
  • Pendaftaran Akaun Pengguna EzBiz Online

ARTIKEL LAIN :CHECK SAMAN JPJ