CHECK PEMILIK KENDERAAN ONLINE MyCarInfo (CARA CHECK OWNER KERETA)

Adakah anda ingin mengetahui siapa pemilik kenderaan? Terkini anda boleh menyemak pemilik kenderaan dengan hanya menggunakan nombor pendaftaran kenderaan tersebut. Anda boleh melakukan semakan dengan menggunakan laman web MYEG dan MyCarInfo.

Bagaimana cara untuk membuat semakan menggunakan MYEG dan MyCarInfo? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

TUJUAN SEMAKAN MAKLUMAT KENDERAAN

Terkadang ramai yang berdepan dengan pelbagai masalah secara tiba-tiba tanpa disangka dan memerlukan maklumat tentang kenderaan tertentu dengan kadar segera. Biasanya, antara situasi tersebut adalah seperti berikut:

  1. Untuk semak laporan kecurian
  2. Total lost kenderaan
  3. Semak % NCD kenderaan
  4. Semak harga semasa kenderaan
  5. Untuk cover note insurans

CHECK PEMILIK KENDERAAN ONLINE MENGGUNAKAN MYEG

Untuk melakukan semakan menggunakan laman web MYEG, anda memerlukan nombor Pendaftaran kenderaan yang ingin disemak. Kemudian anda boleh lakukan langkah berikut:

  • Layari laman web MYEG https://www.myeg.com.my/
  • Log masuk akaun MYEG dengan menggunakan username dan password anda. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun MYEG lagi, anda harus daftar terlebih dahulu, rujuk panduan daftar DI SINI.
  • Setelah anda log masuk, klik pada menu PDRM > Summons Service > Enquiry/Semak Pemilik Kenderaan Secara Online
  • Seterusnya isikan pada ruangan diperlukan
    • Vehicle Plate Type – pilih sama ada kenderaan Malaysia/Non Malaysia
    • Vehicle No – Masukkan nombor plat kendaraan yang ingin disemak
  • Kemudian masukkan kod sekuriti yang terpapar dan klik pada Check Summons
  • Selesai, maklumat kenderaan yang disemak akan terpapar

CHECK PEMILIK KENDERAAN ONLINE MENGGUNAKAN MYCARINFO

Untuk melakukan semakan menggunakan laman web MyCarInfo, anda memerlukan nombor Pendaftaran kenderaan yang ingin disemak. Kemudian anda boleh lakukan langkah berikut:

  1. Layari laman web MyCarInfo https://www.mycarinfo.com.my/
  2. Log masuk akaun MyCarInfo dengan menggunakan username dan password anda. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun MyCarInfo lagi, anda harus daftar terlebih dahulu.
  3. Setelah anda log masuk, klik pada Services > i-Search.
  4. Terpapar beberapa jenis pelan yang perlu dipilih. Klik pada pelan Comprehensive
  5. Seterusnya anda akan dibawa ke pelan pembayaran dan klik pada Select 1 Credit (RM6)
  6. Seteusnya pilih kaedah pembayaran dan buat pembayaran.
  7. Kemudian anda dikehendaki untuk lengkapkan butiran berikut:
    • Vehicle Reg. No. – masukkan no pendaftaran kenderaan yang ingin anda semak,
    • Name – masukkan nama anda
    • Email – masukkan email anda yang sah
    • Confirm Email – sahkan sekali lagi email anda
  8. Seterusnya tick pada terms & Conditions dan klik Enquire
  9. Maklumat lengkap kenderaan dengan no pendaftaran yang dimasukkan akan dihantar ke email anda
    • NOTA: Bagi semakan secara peruma, anda boleh klik pada plan Free. Tetapi anda hanya akan mendapat report kereta hilang (dicuri) atau Total Lost sahaja.

CHECK PEMILIK KENDERAAN MELALUI LAPORAN POLIS

Anda juga boleh membuat semakan melalui laporan polis. Contohnya seperti apabila berlakunya kemalangan, pastikan anda mencatat no kenderaan tersebut dan membuat laporan polis. Pihak polis pastinya boleh tahu siapa pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.

ARTIKEL LAIN : CARA CHECK SAMAN SMS