Bantuan Musim Tengkujuh (Semakan status Tarikh Bayaran BMT 2023)
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini diwujudkan bagi meringankan beban pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatan mereka akibat tidak dapat menjalankan aktiviti berkebun seperti biasa setiap kali tibanya musim hujan.
Semakan Status BMT 2023 Bantuan Musim Tengkujuh
Bagi memudahkan anda buat permohonan online dan dapat duit bantuan semasa tarikh bayaran bmt 2023, Lembaga Getah Malaysia LGM & LIGS telah bangunkan sistem online di link pautan ini, bmt.risda.gov.my login semakan status kelulusan, lulus atau tidak
Anda juga boleh pergi ke mana-mana cawangan Lembaga Getah Malaysia untuk dapatkan borang permohonan bantuan bmt 2023 dan lengkapkan butiran yang diperlukan.
Selepas itu anda boleh mula nantikan semakan keputusan samada lulus atau tidak yang mana anda boleh semak dan check melalui pautan di jadual atas.
Jangan ada yang terkelirunya, bantuan ini tidak sama dengan tawaran bantuan risda ini. Anda boleh mohon kedua-keduanya sekali.
Pastikan anda hantar daftar borang, kemaskini maklumat anda sebelum tarikh tutup yang ditetapkan oleh pihak RISDA
Syarat Kelayakan BMT 2023
Tidak anda pemilik & pengusaha tanah / penoreh getah di Sabah Sarawak Kelantan Terengganu Johor Melaka Negeri Sembilan Pulau Pinang Penang Kedah Perlis Pahang Selangor Perak Labuan layak tuntut bantuan musim tengkujuh bmt 2023 jika melepasi syarat kelayakan di bawah.
- Pastikan anda daftar dengan pihak RISDA sehingga berjaya memiliki Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC)
- Ataupun anda sudah pun daftar dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM), Jabatan Pertanian Sarawak (JPS), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
- Mestilah anda terdiri dari warganegara malaysia yang sah
- Jika anda pemilik / pengusaha kebun getah, pastikan keluasannya antara 0.1 hingga 2.5 hektar
- Manakala yang hanya bekerja penoreh getah pastikan mempunyai kad permit autoriti getah (PAT-G) yang sah dan menoreh di antara keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
- Penoreh getah juga mesti ada surat kebenaran dari pemilik tanah kebun getah
- Penoreh getah hanya claim dan tuntut untuk 1 lot sahaja tanah sahaja
Tarikh Bayaran BMT 2023 Bantuan Musim Tengkujuh
Anda akan dapat pembayaran bantuan musim tengkujuh bmt dua kali iaitu untuk fasa 1 bulan November bagi kadar bantuan sebanyak RM300 dan fasa 2 pada bulan Disember dapat lagi RM300.
Permohonan BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2023
Kepada yang belum mohon, boleh mula membuat permohonan bmt 2023 dengan login masuk melalui link pautan ini bantuan musim tengkujuh risda, https://pekebunkecilmakmur.com.my
DOKUMEN DIPERLUKAN / Semakan Status BMT 2023
Pastikan anda sediakan dokumen diperlukan bagi memudahkan urusan permohonan anda seperti berikut:
PEKEBUN KECIL YANG BUKAN DI BAWAH MANA-MANA AGENSI
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
- Geran asal tanah dan salinan; dan
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
PENOREH BUKAN PEMILIK
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
- Salinan geran lot yang ditoreh; dan
- Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
- Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G; dan
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.
PEKEBUN KECIL DI BAWAH AGENSI
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
- Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah); dan
- Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
- Surat pengesahan daripada Agensi
- Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G (Wajib bagi permohonan di bawah Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan JAKOA sahaja).
Soalan Lazim & FAQ Semakan Status BMT 2023
- Apakah Maksud Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA?
- Mereka yang tersenarai di dalam Sistem Maklumat Pekebun Kecil RISDA dan mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC).
- Apakah Maksud Penoreh Bukan Pemilik?
- Mereka yang menorah getah di ladang sebagai pekerjaan utama dan tidak memilik tanah kebum tersebut.
- Apakah Maksud Pekebun Kecil Pemilik?
- Mereka yang memiliki tanah, menguruskan dan mengusahakannya sendiri.
- Siapakah yang layak menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang dilaksanakan oleh RISDA?
- Penerima yang layak menerima BMT adalah pekebun kecil / penoreh getah dan seorang penerima hanya layak untuk menerima bantuan ini sekali sahaja.
- Syarat-syarat kelayakan BMT seperti berikut :
- i) Warganegara Malaysia.
- ii) Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
- iii) Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
- iv) Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.
- v) 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh).
- vi) Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
- vii) Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).
1
- Berapakah kadar bantuan BMT 2022 yang dilaksanakan oleh RISDA?
- Kadar bantuan adalah RM600 dan bayaran secara 2 peringkat (RM300 x 2 bulan) pada bulan November dan Disember 2022
- Apakah yang dimaksudkan dengan “Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA”?
- RISDA”?
- i) Pekebun kecil yang tersenarai di dalam Sistem e-SPeK.
- ii) Bagi Penoreh Bukan Pemilik yang tiada di dalam senarai Perkara (i) di atas, pengisian Borang BMT dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.
- iii) Bagi pekebun kecil Pemilik Pengusaha di bawah Agensi lain, pengisian Borang BMT (Pemilik) beserta surat pengesahan daripada Agensi di bawah dikira sebagai berdaftar dengan RISDA iaitu Lembaga Getah
- Malaysia (LGM), Jabatan Pertanian Sarawak (JPS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), FELCRA dan lain-lain sumber Agensi/Jabatan.
- iv) Peserta yang menyertai program yang dilaksanakan secara bersepadu oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar merangkumi pembangunan ladang sejahtera, ladang komersial dan penempatan serta diuruskan oleh
- RISDA melalui Syarikat Milikan RISDA.
- Berapakah jumlah maksimum keluasan tanah bagi pekebun kecil yang ingin memohon bantuan BMT?
- Jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki adalah berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat.
2
- Bolehkah Pemilik Pengusaha dan Penoreh Bukan Pemilik mendapat bantuan ini bagi satu lot yang sama?
- Hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot yang sama, sama ada Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi.
- Bagaimanakah cara membuat semakan Penerima Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2022 (BMT 2022)?
- Pekebun kecil boleh membuat semakan kelayakan penerima bantuan melalui laman web pekebunkecilmakmur.com.my.
- Berapakah nombor talian hotline yang boleh dihubungi jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan BMT?
- Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan BMT boleh dihubungi melalui talian 03-42512125 atau 03-42512135 atau 03-42512023
SUMBER: Portal rasmi lembaga getah malaysia, https://www.lgm.gov.my & http://ligs.gov.my Sabah
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi hotline BMT RISDA melalui nombor di bawah:
Hotline BMT RISDA 03-4256 4022
PEJABAT RISDA,BANGUNAN RISDA,KM 7, JALAN AMPANG,KARUG BERKUNCI,11067,50990 KUALA LUMPUR.
ARTIKEL LAIN : PERMOHONAN EKASIH 2023
Recent Comments