PENGURUSAN NURSERI SAWIT – TAPAK SEMAIAN SAWIT

NURSERI SAWIT

Untuk menyediakan Nurseri Sawit yang dapat menghasilkan benih sawit berkualiti tinggi, yang mana mesti siap tersedia untuk penanaman di Ladang apabila kawasan tanaman siap untuk penanaman.     

NURSERI SAWIT

A) Nurseri Sawit yang baik – akan menghasilkan benih pokok yang berkualiti dan   mengurangkan kos pengeluaran benih pokok sawit.

B) Nurseri Sawit yang kurang baik – akan menghasilkan benih pokok yang kurang berkualiti dan meninggikan kos pengeluaran benih pokok sawit.

1.Jenis-jenis Semaian Sawit:

a. Pengurusan Nurseri Sawit Satu (1) Peringkat

Kebaikan:

  1. Kurang memegang (handling) biji benih sawit.
  2. Kejutan penanaman (transplanting shock) di nurseri boleh dikurangkan.
  3. Pra Nurseri infrastruktur dan peralatan tidak diperlukan.

Keburukan:

  1. Memerlukan kawasan nurseri yang luas.
  2. Memerlukan sumber bekalan air dan sistem pengairan yang lebih banyak.
  3. Kegagalan sumber bekalan air akan mengakibatkan kerugian/kerosakan anak benih yang lebih banyak berbanding bekalan air di pra nurseri hanya memerlukan jirusan air dengan tangan sahaja.
  4. Penangkaian (culling) akan menjadi lebih rumit dan memakan masa yang lama kerana kawasan nurseri yang luas.
  5. Memerlukan penyeliaan yang lebih rapi dalam masa 4 minggu permulaan semaian.
  6. Setiap anak benih perlu dilindungi dengan perlindung hingga peringkat 4 helai daun tumbuh.

b. Pengurusan Nurseri Sawit Dua (2) Peringkat

Kebaikan:

  1. Memerlukan pada permulaan satu kawasan kecil. Setiap batch hanya memerlukan tempoh yang lebih pendek didalam nurseri utama berbanding nurseri 1 peringkat.
  2. Keperluan pengairan yang sedikit diperlukan.
  3. Penjagaan (Upkeep) yang menyenangkan.
  4. Penyeliaan awal yang menyenangkan.
  5. Kos penjagaan awal yang lebih rendah (0-4 minggu).
  6. Kos yang rendah untuk penangkaian, kemusnahan anak benih (polibag, upah buruh dll).
  7. Masa yang fleksibil untuk menyimpan anak benih jika berlaku penanguhan untuk pindah tanam ke nurseri utama.
  8. Doubletons boleh dipisahkan dan ditanam semasa pindah tanam.
  9. Penangkaian awal boleh dilakukan semasa pemindahan ke nurseri utama.

Keburukan:

  1. Lebihan memegang (handling) biji benih sawit.
  2. Pertambahan penjagaan (upkeep) dalam dua nuseri.
  3. Kemungkinan terjadi kejutan penanaman (transplanting shock) semasa pindah tanam daripada Pra Nurseri kepada Nurseri Utama.
  4. Pra nurseri terdedah kepada serangan serangga dan penyakit dengan tahap penyeliaan yang lemah.
  5. Pra Nurseri infrastruktur, peralatan dan sistem pengairan diperlukan.

NOTA * JANGAN RANCANG NURSERI YANG DAPAT MENJIMATKAN KOS TAPI RANCANG NURSERI UNTUK MENGELUARKAN BAHAN TANAMAN TERBAIK.

2. PERSEDIAAN TAPAK NURSERI SAWIT :

2.1 Objektif:

Untuk mengadakan tapak nurseri yang sesuai bagi menghasilkan benih pokok sawit yang berkualiti tinggi, laluan yang sentiasa boleh digunapakai serta memberi kondisi hygienik yang baik.

2.2 Ciri – Ciri Baik Tapak Semaian:

Tapak nurseri perlu diadakan berdekatan dengan kawasan penanaman. Ciri-ciri baik yang diperlukan untuk dijadikan tapak nurseri :-

  1. Mempunyai jalan yang boleh digunapakai dalam semua keadaan cuaca.
  2. Mempunyai perlindungan daripada banjir, air bertakung dan angin ribut.
  3. Mempunyai bekalan sumber air yang bersih dan mencukupi serta tidak senang dicemari racun perosak.
  4. Mempunyai bekalan tanah yang berkualiti dan tidak dicemari.
  5. Mempunyai pagar yang boleh menghindar kecurian dan kemusnahan oleh binatang.

Sediakan satu plan tapak nurseri dengan petunjuk arah mengenai lokasi pra nurseri, di nurseri utama, plan bekalan air, papan tanda mengenai keterangan petak-petak dan papan tanda keterangan lesen nurseri yang sah oleh MPOB.

Untuk memperolehi benih pokok yang baik dan mengurangkan risiko benih pokok sawit tumbuh menegak(etiolate), nurseri utama boleh memuatkan 13,000 polibag untuk satu hektar dengan jarak 3’ x 3’ x 3’ dan lebar jalan untuk kerja selenggara yang mencukupi.

2.3 Keperluan biji benih : –

Sebagai contoh untuk penaman di Ladang dengan keluasan 400 hektar :-

  1. Keperluan benih pokok                 –           400 hektar  x 136        =   54,400
  2. 5% Allowance dpd pembekal        –           5% x 54,400                =    2,720
  3. 25% Penakaian(culling)                –           25% x 57120               =   14,280

Jumlah keperluan untuk ditempah      –                                               =   71,400

Keperluan keluasan kawasan tapak nurseri :

  1. Biji benih disemai di pra nurseri                                                      = 71,400
  2. Penakaian(culling) sebelum pindah nurseri utama 10% x 71,400=   7,140
  3. Anak benih untuk dipindah tanam                                       =  78,540
  4. Keluasan untuk nurseri utama                              -78,540/13000   = 6.04 hektar

3.PRA NURSERI : pengurusan nurseri sawit                                          

3.1 Objektif  :

Untuk menyediakan nurseri dua(2) peringkat yang mampu menghasikan sekurang-kurangnya 70% anak benih pokok sawit yang sihat bagi penanaman di Ladang.

Diperingkat Pra Nurseri memungkinkan anak benih disimpan dalam 3-4 bulan sebelum dipindah tanam ke polibag besar.

3.2       Standard :

3.2.1    Polibag dan Tray :-

Penggunaan polibag ukuran 6’’ x 9” x 250 ‘gauge’ boleh diisi dengan tanah ‘sandy clay loam’ (tanah bahagian atas sahaja) dan dicampur dengan baja phosphate 10kg untuk 1000 polibag. Terbalikan dahulu polibag sebelum mengisi tanah untuk memudahkan kerja menyusun polibag.

Polibag disusun dalam petak dengan kelebaran 3-4 kaki dan 20 kaki panjang. Lorong untuk selenggara perlu ada diantara setiap petak.

Pengunaan ‘Biodegradable Tray’ pun boleh digunakan kerana menjimatkan isian tanah, tidak memakan ruang, boleh digunapakai berulangkali, senang diselenggara dan dipindahtanam ke polibag besar.

3.2.2    Menyemai Biji Benih Cambah :-

  1. Tempah biji benih satu tahun lebih awal daripada tarikh penanaman di Ladang.
  2. Perolehi biji benih dari pengeluar yang diperakui oleh MPOB.
  3. Mestilah disemai pada hari yang sama ianya diterima. Jika terpaksa ditangguh, hendaklah diletak dibilik berhawa dingin.
  4. Biji benih mestilah ditanam sedalam 1 cm dari permukaan tanah.
  5. Biji benih berkembar (doubleton) hendaklah disemai berasingan.
  6. Semai ‘Radicle’ ke dalam tanah dan ‘Plumule’ keatas
BIJI BENIH SAWIT

3.3.3    Menyiram Air :-

  1. Anak benih mestilah disiram dua kali sehari pada kadar bersamaan 2.5cm hujan.
  2. Awasi agar air tidak bertakung lebih dari 1 jam selepas siraman diberhentikan.

3.3.4    Merumput :-

  1. Merumput secara manual di dalam polibeg.
  2. Meracun menggunakan ‘BASTA’ diantara petak.
  3. Kekerapan kerja ini sekurang-kurangnya seminggu sekali.

3.3.5    Penyakit dan perosak :-

  1. Pemeriksaan serangan mesti dilakukan setiap hari.
  2. Tandakan dengan jelas pam racun serangga / kulat supaya pekerja tidak tertukar pam racun rumpai dengan racun kulat

3.3.6    Membaja :-

5 – 8 minggu           –  15:15:6:4       –                    100 gm dalam 4 gallen air untuk 400 anak benih sekali seminggu.

11 – 12 minggu       –  15:15:6:4       –                    100 gm dalam 4 gallen air untuk 200 anak benih sekali seminggu.

3.3.7    Penakaian ;-

  1. Dibuat sebelum anak benih dipindahkan ke polibeg besar.
  2. Anggaran peratus penakaian ialah sebanyak 8% – 10%.
  3. Jenis pokok benih yang ‘abnormal’ dan kebiasaanya ditakai semasa dalam Pra Nurseri. 

4. NURSERI UTAMA

      1)  Mengisi Polibag

  1. Siapkan isian tanah dalam polibag besar sebulan sebelum anak benih dipindah tanam ke Nurseri Utama.
  2. Gunakan polibag berukuran 38cm x 46cm x 0.15mm tebal, berlubang-lubang dan boleh didiri tegak.
  3. Terbalikan polibag agar ianya senang untuk didirikan.
  4. Gunakan tanah ‘Clay-loam’ bercampur Rock Phosphate (50 kg / 1000 bag).
  5. Isikan dengan padat dan kemas.
  6. Isikan sehingga keparas 1” dari paras penuh.

      2) Menyusun Polibeg

  1. Kerja membaris (lining) perlu dibuat dengan cermat pada jarak 3’ x 3’ x 3’ secara tiga segi.
  • Mengalih Anak Benih
  1. Lakukan apabila anak benih berumur 3 – 4 bulan.
  2. Anak benih hendaklah disiram secukupnya sebelum dipindahkan.
  3. Polibag besar hendaklah disiram sehingga basah sampai kedasar beg sebelum lubang dibuat.
  4. Baja “slow release” atau “control release” hendaklah dimasukkan ke dalam lubang. Sebagai contoh Agroblen atau Ajib – 50g / polibeg untuk 3-4 bulan pertama didalam nurseri utama. Selepas itu membaja setiap bulan pada kadar 40gm sepokok.
  5. Lubang yang dibuat mestilah sesuai agar polibag kecil tenggelam kira-kira 1cm. Elakkan dari menanam terlalu dalam atau terlalu cetek.

4) Sungkupan

  1. Boleh menggunakan serat (fibre) lebihan kilang sawit, surat kabar lama atau daun lalang kering.

5) Menyiram

  1. Dua kali siram sehari. Jumlah siraman menyamai sekurang-kurangnya 6.5mm hujan sehari.
  2. Jumlah ini bersamaan 135,000 liter sehektar.
  • Mengawal Rumpai
  1. Di dalam polibag dilakukan secara manual, sebulan sekali.
  2. Diantara polibag, menggunakan racun sentuh (bukan sistemik atau hormon).
  • Mengawal Musuh dan Penyakit
  1. Kawalan dari babi hutan dan lembu/kambing dengan menggunakan pagar.
  2. Siraman menggunakan racun serangga dan kulat juga dilakukan apabila perlu.

Racun yang biasa digunakan :-

Malathion, Husky, Cypermethrin, Dimexion                      –   Racun Serangga

Thiram, dithane, dipterex, mancozeb, Dithane                 –   Racun Kulat

  • Membaja
  1. Untuk tempoh 4 bulan selepas pemindahan memadai dengan baja “slow release” atau “control release”.
  2. Untuk bulan kesepuluh dan seterusnya baja 15:15:6:4 pada kadar 40g sepokok sebulan digunakan.
  3. Baja air seperti ‘Growfast’ juga boleh digunakan sebagai baja tambahan keatas benih pokok yang kekurangan baja.
  4. Baja tambahan kieserite pada umur 10 bulan dan 18 bulan pada kadar 20gm sepokok juga perlu.
  • Penakaian(culling)
  1. Penakaian (culling) dibuat pada umur pokok 6 bulan, 9 bulan dan sewaktu pemilihan untuk ditanam / jual.
  2. Jumlah takaian pada peringkat ini antara 10% – 15%, tetapi ia tidak terhad setakat ini sehingga mendapat keseluruhan kualiti pokok benih yang baik untuk di tanam di Ladang.
NURSERI SAWIT
  1. Penghantaran Anak Benih Sawit :-

UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT – BOLEH RUJUK https://mpob.gov.my/

ARTIKEL LAIN : PENANAMAN SAWIT