Semakan STR Fasa 1 (KEMASKINI PERMOHONAN)

Bantuan yang diperuntukkan untuk golongan B40 kini diberi nama baru iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

STR adalah bantuan kewangan yang menggantikan Bantuan Tunai Rakyat, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan bantuan kewangan sebelumnya.

STR diberikan kepada golongan B40 yang berkelayakan, yang terdiri dari kategori bujang dan isi rumah berkeluarga.

Kerajaan membawa ke depan konsep ini yang disebut sebagai Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan,untuk mengatasi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Tarikh Bayaran STR 2023

Bayaran akan disalurkan mulai 17 Januari 2023 (Selasa) secara berperingkat.

Semakan STR Fasa 1

Semakan STR boleh dibuat melalui cara berikut:

Layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my (akan dibuka pada 17 Januari 2023).

Jumlah Bayaran /Semakan STR Fasa 1

Kategori bujang akan menerima bayaran sebanyak RM100, manakala isi rumah pula adalah sebanyak RM300.

STR Fasa 1 melibatkan kategori penerima isi rumah sejumlah empat juta dengan kadar RM300, 1.2 juta warga emas tanpa pasangan (RM100), manakala 3.5 juta golongan bujang (RM100).

Penerima STR yang tidak mempunyai akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.

Bayaran Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diberikan untuk 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion, akan dimasukkan ke

dalam akaun bank penerima berdaftar di pangkalan data STR secara berfasa, mulai 17 Januari ini.

Sekiranya anda adalah seorang penerima yang berkelayakan untuk menerima STR, anda boleh membuat semakan melalui laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my. Anda boleh menggunakan maklumat login dari sistem sebelum ini seperti MYBKM, MBSH, MYBPN, MYBTR dan lain-lain untuk log masuk ke dalam sistem STR.

Anda juga boleh menyemak status bayaran STR anda di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023. Pastikan anda membawa kad pengenalan bersama.

RAYUAN STR FASA 1 : KLIK SINI

artikel lain : https://www.sumberharian.com/2022/08/03/permohonan-sprn-teduh/