PERMOHONAN E-PENGAMBILAN TUDM 2024 (CARA DAFTAR ONLINE)

Bagi pelajar lepasan SPM/ SKM dan Diploma,Jika anda berminat dan berkelayakan untuk menyertai TUDM, anda adalah dipelawa untuk mengisi borang permohonan e-pengambilan TUDM yang boleh dimuat turun secara online di https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/
Berikut dikongsikan maklumat pengambilan terkini TUDM tahun 2024 melibatkan Pengambilan Perajurit Muda Udara. Belia negara adalah dipelawa untuk memohon kemasukan sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan. Di sini kami kongsikan bagaimana cara mohon dan juga cara semakan sistem e-Pengambilan TUDM.
TARIKH E-PENGAMBILAN TUDM
Tarikh permohonan pengambilan Perajurit Muda (PJM) Siri 66/23 (Lelaki) secara atas talian melalui laman web e-Pengambilan TUDM mulai (Akan dikemaskini)
SYARAT KELAYAKAN UMUM e-PENGAMBILAN TUDM
- Lelaki warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga TIDAK melebihi 25 tahun pada 1 Mac 2023.
- Lepasan SPM atau SVM.
- Lepasan Sijil SKM Tahap 2 dan SKM Tahap 3.
- Lepasan diploma dari Politeknik / Universiti Awam / Universiti Swasta.
CARA PENDAFTARAN SISTEM E-PENGAMBILAN TUDM
Sebelum anda membuat sebarang permohonan, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu dalam sistem e-Pengambilan TUDM. Berikut adalah cara-cara pendaftaran:
- Layari pautan daftar: https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/pages/daftar
- Masukkan maklumat peribadi anda seperti:
- Nama
- No Kad Pengenalan
- No Telefon (Pastikan yang aktif)
- Alamat Email (Pastikan yang aktif)
- Masukkan Password yang anda inginkan, dan sahkan sekali lagi password anda.
- Taipkan kod CAPTCHA yang tertera.
- Tick kan pada pengesahan kebenaran maklumat anda,
- Tekan DAFTAR. Kini pendaftaran anda telah selesai.
CARA PERMOHONAN E-PENGAMBILAN TUDM
Setelah anda mendaftar sistem epengambilan TUDM seperti di atas, anda kini telah boleh membuat permohonan. Berikut adalah cara Login sistem e-pengambilan:
- Layari pautan login: https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/pemohon/login
- Masukkan No Kad Pengenalan Anda
- Masukkan kata laluan anda
- Kemudian tekan Log Masuk.
- Selesai, anda telah berjaya login untuk membuat permohonan.
CARA STATUS SEMAKAN E-PENGAMBILAN TUDM
Hanya calon yang layak dan terpilih sahaja dikehendaki hadir ke pusat pemilihan untuk menjalani temuduga awal pemilihan awal mengikut tarikh dan tempat yang telah ditetapkan. Semakan permohonan boleh dibuat seperti berikut:
Layari pautan login: https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/pemohon/login
Masukkan No Kad Pengenalan dan Password anda.
Muat turun borang permohonan (untuk di bawa semasa menghadiri pemilihan temuduga awal)
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sebarang maklumat lanjut & pertanyaan sila hubungi Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM:
Tel: 013-6893814
Hari : Isnin – Jumaat
Masa : 9.00pg – 4.00ptg
Layari pautan: https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/
Artikel lain : Pengeluaran Kwsp Akaun Fleksibel
Recent Comments