SPA9:SENARAI JAWAPAN BAGI CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK SPA

UJIAN PSIKOMETRIK SPA

Berikut adalah contoh soalan ujian Psikometrik SPA. Bagi yang memohon jawatan dengan kerajaan, anda diwajibkan untuk menjawab soalan ujian psikometrik sebagai salah satu syarat pemilihan untuk jawatan yang ditawarkan.

Bagi yang tidak tahu, Ujian Psikometrik merupakan langkah kedua dalam peringkat tapisan kerja kerajaan selepas tapisan kelayakan akademik di peringkat pertama.

Sekiranya anda melepasi Ujian Psikometrik, barulah anda anda ke peringkat seterusnya untuk Ujian Fizikal dan Sesi Temuduga.

Baca Juga : Cara Mengisi Permohonan SPA9 (Jawatan Kosong Kerajaan)

Apa Itu Ujian Psikometrik SPA?

Ujian Psikometrik secara mudah difahaminya adalah satu kaedah atau alat yang digunakan untuk mendapatkan data-data dari sudut sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon.

Daripada keputusan daripada ujian inilah pihak SPA dapat mengenalpasti perwatakan seseorang calon dan menentukan kesesuaian dengan jawatan yang akan dipohon.

Calon calon diberikan masa 1 jam 30 minit untuk menjawab kesemua 199 soalan (jumlah soalan akan dimaklumkan dan mungkin berubah).

Ujian akan bermula tepat pada pukul 9 pagi dan akan berakhir tepat pada pukul 5 petang – calon boleh pilih untuk menjawab mengikut kesesuaian masa masing-masing.

Tujuan Ujian Psikometrik

Ujian ini dijalankan untuk tujuan-tujuan berikut:

  1. Mengecilkan jumlah calon – Ujian ini adalah cara termudah untuk mengecilkan jumlah calon yang layak untuk sesuatu jawatan yang dipohon
  2. Mencari pertawatakan tertentu – Setiap jawatan memerlukan calon memiliki perwatakan tertentu disebabkan skop dan tanggungjawab pekerjaan yang berbeza


Tiada jawapan yang betul atau salah dalam ujian psikometrik ini tetapi hanya calon yang menepati perwatakan tertentu yang dicari untuk jawatan yang dipohon sahaja akan dibenarkan untuk ke peringkat seterusnya.

Tiada markah gagal atau lulus dalam ujian ini kerana yang sebetulnya, lulus atau gagal ujian psikometrik ini dinilai berdasarkan kepada sejauh mana perwatakan seseorang itu dapat memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan.

Untuk info, boleh baca Panduan Ujia Psikometrik di lam web SPA di pautan https://www.spa.gov.my/spa/panduan/peperiksaan/sukatan-peperiksaan-psikometrik

Kriteria Penilaian Ujian Psikometrik

  1. Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).
  2. Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya.
  3. Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis Contoh soalan

Berikut merupakan contoh soalan ujian psikometrik yang bakal dijawab oleh calon yang menduduki ujian SPA.

Seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini, tiada jawapan betul atau salah jadi calon diminta menjawab dengan jujur mengikut perwatakan diri sendiri.

A.Contoh Soalan 1:

Saya merasa bersalah sekiranya tidak dapat hadir pada masa yang dijanjikan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

B.Contoh Soalan 2:


Saya akan melakukan apa sahaja kerja untuk mendapatkan apa yang saya idamkan.

  • Setuju
  • Tidak Setuju

C.Contoh Soalan 3:

Sesekali saya akan melepaskan kemarahan kepada kerja bawahan saya apabila rasa tertekan.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tidak Pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

D.Contoh Soalan 4:

Walaupun meja kerja saya berselerak tetapi saya tahu dimana saya meletakkan barang saya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

E.Contoh Soalan 5:

Dalam penyelesaikan masalah, saya memberi banyak idea berbandingkan orang lain.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

F.Contoh Soalan 6:

Seandainya saya seorang cikgu, saya lebih gemar mengajar subjek berasaskan fakta berbanding subjek berasaskan teori.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

G.Contoh Soalan 7:

Saya lebih suka berkawan dengan individu yang sentiasa mempunyai idea baharu berbanding individu yang berpendirian realistik.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

H.Contoh Soalan 8:

Setiap orang layak diberikan peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan mereka.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

I.Contoh Soalan 9:

Biasanya, saya tenang dalam bertindak balas terhadap situasi yang menimbulkan bahaya.

  • Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
  • Tidak Menggambarkan Diri Saya
  • Agak Menggambarkan Diri Saya
  • Menggambarkan Diri Saya
  • Sangat Menggambarkan Diri Saya

J.Contoh Soalan 10:

Sabar dan tidak cerewet adalah tabiat saya.

  • Ya
  • Tidak

Berikut hanyalah sebahagian contoh soalan ujian psikometrik SPA. Semoga membantu.