SPA9 LOGIN: PANDUAN MEMOHON JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2023

Layari ke laman web SPA9 dan isikan borang jawatan SPA, klik → Pendaftaran Pengguna
Maklumat yang perlu anda lengkapkan dalam borang permohonan adalah seperti maklumat pemohon, maklumat kata laluan, soalan keselamatan & persetujuan.
Baca Juga : CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK SPA : Jawapan & Panduan
- Maklumat Pemohon
- No. Kad Pengenalan (Tanpa -) *
- Nama Penuh (Isi mengikut IC anda) *
- No. Telefon Bimbit *
- Alamat E-mel *
- Maklumat Kata Laluan
- Masukkan Kata Laluan * (Buat kata laluan anda)
- Sahkan Kata Laluan * (Ulang kata laluan anda)
- Kod Keselamatan * (Masukkan kod keselamatan yang tertera)
- Soalan Keselamatan (Untuk tujuan reset kata laluan)
- Nama Pertama Ibu Pemohon *
- Negeri Kelahiran Pemohon *
- Persetujuan
- Klik petak kecil untuk persetujuan. Pemohon diminta untuk menanda kotak persetujuan sebelum menghantar pendaftaran tersebut. KLIK DAFTAR.
Nota :
Bahagian yang bertanda * wajib diisi.
Pendaftaran MyID boleh dilakukan sekali sahaja
Pendaftaran akaun yang telah berjaya, boleh terus login ke SPA9.
Sila masukkan No Kad Pengenalan anda
Masukkan Kata Laluan. Sila pastikan kata laluan yang dimasukkan adalah seperti yang didaftarkan sebelum ini.
Klik “Log Masuk”
Jika korang adalah pengguna kali pertama, sila klik “Pengguna Kali Pertama”
Jika korang ingin reset kata laluan, sila klik “Lupa Kata Laluan”
MAKLUMAT PERIBADI
Klik pada pautan MAKLUMAT PERIBADI dan skrin berikut akan dipaparkan dengan maklumat-maklumat tertentu telah dimasukkan secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan semasa pemohon melakukan proses “Daftar Akaun Baru”.
Yang mana maklumat belum dilengkapkan, korang hendaklah lengkapkan. Sila isi semua maklmuat peribadi di ruang disediakan. (Rujuk gambar di atas).
Klik “Simpan” setelah semua maklumat lengkap diisi. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul dan tiada yang tertinggal sebelum disimpan.
MAKLUMAT KELAYAKAN AKADEMIK JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2023
Pada pautan MAKLUMAT KELAYAKAN AKADEMIK, sila isi mengikut tahap pendidikan korang masing-masing ya.
- Sila pilih Tahun, Peperiksaan, Mata Pelajaran, Gred dan klik “+Tambah” untuk tambah mata pelajaran di senarai mata pelajaran.
- Sila isi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)
- Sila pilih Tahun Graduasi, Masukkan CGPA (PNGK). Pilih Peringkat Pengajian, Peringkat Kelulusan, Institusi Mengeluarkan Sijil, Institusi Francais Luar Negara, Pengkhususan, Masukkan Nama Sijil, Tarikh Kelulusan Senat dan Biasiswa Pengajian.
- Klik “simpan” setelah maklumat lengkap diisi untuk memastikan maklumat tersebut disimpan.
- Sekiranya korang dah pernah mendaftar SPA8i sebelum ini, maklumat bagi tahap pendidikan anda akan dimasukkan secara automatik dalam sistem SPA9 yang baharu.
- Jadi sekiranya sebelum ini korang terlanjur letak tahap pendidikan Ijazah Sarjana Muda, maka korang dah tak boleh padam tahap pendidikan tersebut.
Nota & Arahan:
Paparan keputusan Pengajian Tinggi mulai tahun 2010 adalah diperoleh dari Kementerian Pengajian Tinggi.
Pemohon perlu melengkapkan Pengkhususan, Tarikh Kelulusan Senat dan medan kosong yang bertanda *.
Bagi maksud pelantikan dalam Perkhidmatan Awam, pemohon hendaklah memiliki kelayakan akademik yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Pemohon disarankan terlebih dahulu menyemak pengiktirafan kelayakan akademik yang diperoleh melalui Portal Rasmi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di pautan https://www2.mqa.gov.my/mqr/ atau melalui Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) di pautan https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm.
Kelayakan akademik yang diiktiraf oleh Kerajaan sahaja akan disenaraikan dalam senarai pilihan Pengkhususan/Institusi Mengeluarkan Sijil.
Tarikh kelulusan Senat merujuk kepada tarikh Senat institusi pengajian tinggi pemohon meluluskan penganugerahan Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah anda. Sila rujuk pihak institusi pengajian tinggi mengenai tarikh kelulusan senat pemohon.
Sebarang kemas kini maklumat pengajian tinggi hendaklah dikemukakan ke alamat e-mel: spa9@spa.gov.my dan disertakan nama penuh, nombor kad pengenalan, salinan sijil akademik dan transkrip akademik yang berkaitan untuk bantuan teknikal.
KEBOLEHAN BAHASA JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2023
Ruang Kebolehan Bahasa hanya diisi oleh pemohon yang memohon jawatan di bawah klasifikasi perkhidmatan Kebolehan Bahasa.
- Pilih Bahasa/Dialek.
- Pilih Penguasaan Bahasa – Bertutur / Menulis
- Klik “+Tambah”.
Ambil serius pada ruangan “Kebolehan Bahasa/Dialek Selain Bahasa Melayu” pula wajib anda mengisi dengan “BAHASA INGGERIS”. Penguasaan “BERTUTUR DAN MENULIS”. Ia akan memberi kelebihan kepada permohonan anda berbanding calon lain. Jangan takut untuk mengisi jawapan pada soalan ini.
CARA MEMILIH JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2023 YANG SESUAI DALAM SPA9
Pilih jawatan mengikut kelayakan akademik yang layak dipohon dan tekan “+Tambah”. Korang boleh pilih max 15 jawatan.
Tips Semasa Memilih Jawatan Dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam :
- Kalau boleh pilih jawatan yang sepadan dengan kelayakan anda.
- Susun jawatan mengikut keutamaan (Jawatan yang anda mahu paling atas)
- Perhatikan syarat bertulis dalam kurungan, sekiranya anda memiliki apa yang disebutkan sebagai keutamaan ini, jadikan jawatan tersebut salah satu daripada pilihan utama anda.
PERAKUAN PEMOHON JAWATAN KOSONG KERAJAAN
Semakan Maklumat Permohonan
PERINGATAN: Calon mesti semak kembali senarai jawatan yang di mohon adalah seperti yang calon pilih. Pastikan tarikh hantar dan tarikh daftar adalah sama. Jika sama bermaksud permohonan Berjaya sampai ke SPA. Jika tidak sama, sila semak semula padanan maklumat yang dimasukkan di setiap menu. Pastikan semua medan bertanda (*) diisi dan di SIMPAN.
Sila klik pada petak SETUJU dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan. Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR.
Kecuaian pemohon meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan pemohon tidak akan diproses. Pemohon boleh mencetak Slip Akuan Pendaftaran sebagai rujukan.
MAKLUMAN JAWATAN KOSONG KERAJAAN :
Kalau salah isi bahagian MAKLUMAT KELAYAKAN AKADEMIK sila terus hubungi pihak SPA9 untuk maklumkan pembetulan. Tidak boleh ubah melalui online.
Maklumat akademik yang kita dah isi dah ada dalam sistem. So kita tidak boleh delete sesuka hati sebab itu adanya PERAKUAN PEMOHON. Maksudnya KITA MENGAKUI MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH BENAR.
SPA9 hanya ambil 2 pendidikan tertinggi untuk sebarang jawatan yang dimohon. Sekiranya korang mahu memohon jawatan SPM tetapi korang punya kelayakan akademik ialah SPM, STPM/Diploma dan Ijazah, maka 2 tahap pendidikan teratas sahaja yang kita boleh memohon jawatan iaitu STPM/Diploma & Ijazah.
Tarikh Kelulusan Senat (Tarikh naib canselor luluskan graduasi yang ada di sijil) boleh letak tarikh terima sijil graduasi (tengok di sijil korang ya). Kalau belum konvo aku galakkan korang jangan isi bahagian Ijazah dahulu sebab memang tak boleh isi selagi tak konvo.
Letak saja tarikh terima sijil graduasi (tengok di sijil korang ya) walaupun korang cuma konvo online.
Apa sahaja KESILAPAN semasa mengisi borang SPA9 ataupun KEMASKINI TETAPI TAK BOLEH UBAH ATAU PADAM, sila rujuk atau hubungi pihak SPA9 untuk sebarang pembetulan dan perubahan yang tak dapat diubah secara online.
Trackbacks/Pingbacks