PAKEJ 5G RAHMAH : PAKEJ INTERNET DAN TELEFON MURAH
Tahukah anda tentang pakej 5G Rahmah? Kerajaan Perpaduan serius dalam usaha merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat mendapat internet berkualiti pada harga berpatutan.Hari ini Kementerian Komunikasi dan Digital telah mengumumkan pakej perkhidmatan internet terlajak murah berbanding pakej sedia ada di pasaran!
APA ITU PAKEJ 5G RAHMAH
Pakej 5G rahmah adalah pakej perkhidmatan internet dan pembelian telefon pintar dengan internet berkelajuan tinggi. Rakyat Malaysia kini boleh menikmati Pakej 5GRAHMAH iaitu pakej telefon pintar 5G pelan data dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240.00 sempena Bulan Kebangsaan.
Pakej ini turut beserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60.00 sebulan.
Beberapa info mengenai pakej ini:
- Telefon jenama Samsung A14 5G & Honor 90 Lite 5G berharga RM240 dengan pelan data 60GB pada harga RM60 sebulan (untuk semua rakyat).
- 100,000 pelanggan terawal akan nikmati Pakej 5GRahmah dengan harga telefon serendah RM120 (untuk B40).
- Rebat RM10 sebulan Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam.
- Pakej ini turut menawarkan tempoh waranti dua tahun berbanding hanya satu tahun sebelum ini
MOHON SEKARANG : KREDIT E-TUNAI RM100 B40
KELEBIHAN PAKEJ 5G RAHMAH
Berikut adalah merupakan antara kelebihan sifat utama teknologi 5G iaitu:
- Kelajuan internet yang tinggi
- Kadar lengahan yang rendah (1milisaat)
- Mampu menghubungkan lebih banyak peranti bagi setiap 1 km persegi
- Harga yang Murah
TARIKH MULA PEMBELIAN ATAU PENDAFTARAN PAKEJ 5GRAHMAH
Pakej ini akan berada di pasaran bermula 31 Ogos 2023.
CARA PERMOHONAN PAKEJ 5GRAHMAH
Sebarang makluman terkini berkenaan cara permohonan akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Komunikasi (KKD) dan Digital serta telco yang terlibat.
CARA DAFTAR PAKEJ RAHMAH
Juga Sebarang makluman terkini berkenaan cara pendaftaran akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Komunikasi (KKD) dan Digital serta telco yang terlibat.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan media lengkap oleh Kementerian Komunikasi dan Digital dalam lampiran di bawah.
ATAU
Ikuti media sosial KKD untuk maklumat terkini tentang tawaran ini :
Facebook : Kementerian Komunikasi dan Digital
Twitter : Kementerian Komunikasi dan Digital @kkd_gov
Recent Comments