CARA SEMAK NOMBOR AHLI KWSP

SEMAK NO AHLI KWSP :Sekiranya anda terlupa no KWSP anda, semestinya anda ingin mengetahui cara untuk membuat semakan. Bagaimana caranya? Jangan bimbang ikuti artikel ini untuk mengetahui cara semakan secara manual dan online.
MAKLUMAT MENGENAI KWSP
SEMAK NO AHLI KWSP : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia. Ditubuhkan pada 1951, kami membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk persaraan mereka selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.
Hari ini, kami terus menyempurnakan lagi visi kami bukan saja untuk kekal relevan tetapi untuk mencipta persaraan yang lebih baik untuk semua ahli. Ia menguatkan lagi komitmen kami untuk melindungi simpanan ahli dan meningkatkan dedikasi kami dalam memberi perkhidmatan cemerlang.
Selari dengan visi utama kami iaitu membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, kami meneruskan mandat dengan merangkumi pembangunan infrastruktur negara dan dalam masa yang sama melindungi dan meningkatkan simpanan persaraan ahli.
BACA JUGA : PENGELUARAN AKAUN KWSP FLEKSIBEL
SEMAK NOMBOR AHLI KWSP MELALUI EPF CMC
- Sila hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP (EPF CMC) di talian 03-89226000.
- Sila maklumkan masalah anda berkaitan “terlupa nombor ahli KWSP”
- Anda perlu menjawab beberapa soalan untuk proses verifikasi
- Jika anda berjaya menjawab dengan betul,pihak EPF CMC akan memberikan nombor KWSP anda
SEMAKAN NOMBOR AHLI KWSP DI KAUNTER EPF
- Sila ke kiosk KWSP yang berdekatan dengan anda untuk membuat semakan no ahli KWSP.
SEMAKAN NOMBOR AHLI KWSP MELALUI i-AKAUN KWSP
- Antara dokumen dan maklumat yang perlu dibawa adalah kad pengenalan dan maklumat tentang no ahli KWSP
- Sila ke cawangan KWSP terdekat untuk tujuan pendaftaran i-Akaun.
- Selepas pendaftaran, ahli akan diberi kata laluan sementara melalui SMS bagi tujuan pengaktifan i-Akaun.
- Kemudian sila layari https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Masukan nombor ahli pada ruangan ID pengguna dan masukan kata laluan yang diterima melalui SMS dan Klik LOG MASUK
- Anda akan diarah untuk menukar id pengguna kata laluan,imej online,frasa keselamatan yang baru.Sila ikuti proses ini sehingga selesai
- Anda telah berjaya log masuk i-AKAUN KWSP dan boleh semak baki dan membuat urusan pengeluaran.
Sekiranya anda mempunya sebang permasalahan atau untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai nombor ahli KWSP, anda boleh berhubung melalui saluran berikut:
- Telefon: 03-8922 6000
- Laman Portal Rasmi KWSP
Ketahui juga tentang CARA SEMAKAN LAPORAN CCRIS ONLINE TANPA KE BANK
Trackbacks/Pingbacks