Semakan Harga Sawit Terkini: Harga 1 tan BTS MPOB

harga sawit terkini

Siapa yang ada tanah yang tanam sawit sekarang pastinya tersenyum lebar apabila melihatkan pulangan yang masing-masing nikmati sekarang. Mana tidaknya, harga buah sawit terkini hari ini sangat lumayan.

Harga buah sawit (BTS) kini menjadi tumpuan besar dalam pengiraan hasil bagi pekebun sawit yang lama dan juga yang baru.

Harga tinggi ini menjadi tarikan kepada orang ramai kembali ke bidang perladangan kelapa sawit.

Inilah pulangan kepada kalangan yang berbudi kepada tanah. Pulangan lebih stabil, dapat usahakan tanah yang terbiar dan mungkin dengan tawaran harga yang ada pada hari ini akan menarik lebih ramai anak muda untuk mengusahakan tanaman ini pada masa yang akan datang.

Antara soalan yang menjadi trend carian adalah :

  • Berapa harga buah sawit 1 tan?
  • Berapa harga sawit semasa?
  • Berapa harga buah tandan segar hari ini?
  • Bagaimana cara kira harga buah sawit 1 tan?

Semakan Harga Sawit Terkini?

Kepada yang anda mahu semak dan check harga sawit terkini termasuk hari ini dari bulan April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Ogos, September, Oktober, November dan Disember 2023 boleh gunakan link pautan ini, https://mpob.gov.my

Harga sawit terkini adalah mengikut harga harian yang ditetapkan oleh MPOB iaitu:

Harga Sawit MPOB
Purata Sem. Malaysia : RM 707 per tan

Purata Sabah Sarawak : RM 642 per tan

KPG: 18%

Faktor Harga Sawit Semasa Naik Semakan

Ada beberapa faktor yang memberikan kesan besar kepada lonjakan harga yang ada pada hari ini

  • Pengeluaran minyak jagung, minyak bunga matahari dan juga minyak soya telah menurun secara mendadak dek kerana perang besar yang berlaku sekarang ini membabitkan negara kuasa besar dunia seperti Rusia dengan jirannya Ukraine
  • Pengunaan minyak sawit terus melonjak tinggi selepas perkembangan yang boleh kita lihat ini, di mana ekonomi di Malaysia dan di dunia sudah kembali rancak selepas penutupan industri & ekonomi sekian lama akibat covid 19

Faktor Harga Turun

  • Seteru utama, pasaran sawit di Malaysia pada ketika ini dan pada masa akan datang adalah negara Eropah itu sendiri. Sejak akhir-akhir ini, acapkali mereka boikot bekalan sawit dari negara kita atas sebab mereka tersendiri.
  • Dalam pada masa yang sama mereka sedang berusaha meningkatkan pengeluaran ke tahap yang tertinggi menjelang tahun 2030 minyak bijan mereka tanpa perlu import dari negara luar
  • Peningkatan minyak soya yang dihasilkan negara Amerika Syarikat akan menyebabkan eskport dari Malaysia untuk bekalan minyak sawit berkurangan
  • Penutupan industri dan sektor ekonomi baik di Malaysia mahupun di negara luar

Kelebihan Buah & Tanam Pokok Kelapa

  • Semestinya pulangan yang lebih tinggi dengan kenaikan harga yang anda lihat pada ketika ini
  • Pengurusan ladang pokok kelapa sawit pun lebih mudah berbanding tanaman lain
  • Yang bagusnya, sekali anda tanam hasilnya boleh diperolehi selama tempoh 20 tahun lamanya jika anda menjaganya dengan baik termasuk pemberian baja yang cukup dan sebagainya
  • Berdasar kajian, setiap tahun setiap pokok kelapa sawit yang baik dapat mengeluarkan 26 buah tandan dan setiap ekar boleh tanam 60 batang pokok kelapa sawit. Jadi anda boleh dapat anggaran di sini dengan harga setan minyak sawit hari ini, berapa yang anda boleh perolehi setiap bulan, setiap tahun jika ada 3, 5 atau 10 ekar?

Itu sebablah melihatkan potensi harga sawit 1 tan terkini tahun 2023 yang ada pada hari ini, boleh lijhat banyak ladang di Sabah Sarawak Melaka Negeri Sembilan Johor Kelantan Terengganu Perlis kedah Pulau Pinang Penang Perak Selangor Pahang dibuka untuk tanam kelapa sawit. TERBAIK!

Semakan Harga Minyak Sawit Terkini

Untuk mengelakkan anda tidak ditipu oleh kedai runcit dan pasaraya yang jual melebihi pada harga yang telah ditetapkan KPDNHEP. Anda boleh semak contoh harga seperti di bawah ini:

  • Harga minyak masak sawit 1KG yang terkini : RM6.70
  • Botol 2KG : RM12.70
  • Botol 3KG : RM18.70
  • Botol 5KG : RM29.70

Berapa Harga Pokok Kelapa Sawit

Untuk makluman anda, untuk harga anak kelapa sawit terkini yang umur sekitar setahun 3 bulan. Anda boleh dapatkan pada harga sekitar RM14 – RM14 satu anak pokok yang mana baka benih berasal dari FELDA dan GUTHRIE yang dipantau oleh MPOB.

Saya sangat berharap harga sawit satu tan akan kekal stabil supaya dapat memberikan limpahan ekonomi terutamanya masyarakat luar bandar yang masih bergantung harap dengan pulangan kelapa sawit hari ini.

Berapa Harga Sawit Terkini ? Harga Sawit Semasa 1 tan

Harga sawit terkini adalah berdasarkan pengiraan menggunakan formula OER 1 %, di mana harga buah tandan sawit terkini 2023 adalah seperti di bawah:

Kiraan adalah berdasarkan OER 1% (Kadar Perahan Minyak) – 18.00%

Tarikh: 20 June March 2023

Perbandingan Harga

Purata Sem Malaysia : RM 707 per tan
Purata Sabah Sarawak : RM 642 per tan

Harga BTS satu Tan : 20 JUN 2023


Kawasan
Harga 1% OERHarga Satu Tan BTS (RM)
Utara39.02702.36
Selatan39.58712.44
Tengah39.44709.92
Pantai Timur39.11703.98
Sabah35.41637.38
Sarawak35.91646.38

Purata Harga Bulan May 2022 :

Semenanjung Malaysia : RM 1403.24 per tan

Sabah Sarawak : RM 1285.02 per tan

MPOB Price 2023

Harga MPOB Price 2023 seperti di bawah

Purata Semenanjung Malaysia : RM 739 per tan
Purata Sabah Sarawak : RM 670 per tan

Panduan Semasa Menjual Buah Tandan Segar

Apabila tiba di ramp sawit atau kilang sawit, terdapat banyak langkah-langkah atau proses yang perlu lalu semasa menjual buah tandan segar (BTS).

Antara Langkah-langkah adalah seperti di bawah

Penimbangan Buah
Greding Buah Tandan Segar (Pemeriksaan Kualiti Buah)

Harga Sawit Semasa

  • Harga sawit semasa dibahagikan kepada dua iaitu:
  • Harga sawit (minyak sawit) : Harga Pasaran Dunia
    Harga sawit (tandan segar) : Harga Rujukan MPOB
  • Harga sawit mpob pula adalah harga rujukan pengiraan harga tandan segar yang diulaskan di bawah.

Perlu ditegaskan bahawa MPOB tidak menetapkan atau menentukan harga BTS.
Harga panduan BTS MPOB pada kadar 1% OER ini adalah berdasarkan kepada harga
pasaran semasa CPO mengikut wilayah yang diperolehi daripada pendaftaran kontrak
oleh pelesen kepada MPOB.

Saya sangat berharap harga sawit satu tan akan kekal stabil supaya dapat memberikan limpahan ekonomi terutamanya masyarakat luar bandar yang masih bergantung harap dengan pulangan kelapa sawit hari ini.

ARTIKEL LAIN : NURSERI SAWIT (PANDUAN SEMAIAN SAWIT)